Thursday, April 30, 2015

Jimat ruang bagasi - promo hari terakhir TODAY!!! - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Esok cuti .... Hari Pekerja - 1 MEI 2015.
Jumaat... Sabtu... & Ahad... anda rancang hendak balik kampung, atau bercuti..

Kami mengambil kesempatan juga untuk jumpa sanak-saudara... hihihiii.. macam raya pulak.

Lihat paparan saya :

Jimat ruang betul taww...
Sebelum ni, 3 ke 4 beg... saya packing.
Sekarang tidak lagi, 4 dalam 1 bagasi.
Macam tak percaya saja, anda cuba anda akan tahu.

Kengkawan, promo 5 vitamin.... hari ini hari terakhir untuk bulan April 2015 taww...
jangan malu & segan taww... wassap / sms saya untuk order/  mahu jadi ahli.
Best... jimat banyak & dapat cash bonus... jika nak berbisnes pun OK juga... banyak benefit yang kita boleh dapat.


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Jom... hubungi saya :


Alhamdulillah - Berjaya siapkan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah... berjaya juga menyiapkan soalan persediaan untuk anak 4 tahun.

*** Si kakak 7 tahun, ummi tidak berapa bijak nak olah soalan untuk nya.
Jalan mudah beli buku latihan, yang penting berasaskan buku teks.. untuk memudahkan anak rujuk serta ummi sekali.. hihihiii..

Jom.. intai ummi perah otak untuk soalan anak 4 tahun ni... si Adib.
Banyak cakap sekarang..


Ummi buat soalan berdasarkan buku tadika anak. - untuk pertengahan tahun
soalannya tidak banyak... :
Contoh :
Matematik : 1 hingga 5
Bahasa Malaysia : huruf kecil a hingga m
Bahasa Inggeris : huruf besar A hingga M

Jika mama, ummi, ibu, mummy... nak soalan yang saya buat ni.. SMS/ WA lah... 
Saya sudi kongsi info bersama kengkawan.
** Anak saya belajar di tadika cina... 


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Anda mahukan vitamin, hubungi saya :

Tuesday, April 28, 2015

Anak nak peperiksaan, ummi risau - Matematik Mei 2015

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Peperiksaan pertengahan tahun 2015, tidak lama lagi.
Ibu, mama, mummy & ummi dah sediakan apa yang patut tak untuk anak kita.

Persediaan awal amat perlu, supaya anak kita tidak panik.

Saya sedang asah bakat terpendam saya membuat soalan untuk anak 4 tahun, hihihiii... macam pelik aje kan.. anak 4tahun ada exam.

Saya hantar anak saya ke tadika yang ada exam untuk lihat penilaian anak murid.
Jom... lihat soalan Matematik anak saya :
*** 4 tahun, macam kacang saja...- tapi kita harus buat soalan & gambar-gambar yang menarik.
Bagi anak kita semangat sikit..:-)



Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :

Jangan malu & segan taww... nanti rugi.

Sunday, April 26, 2015

Aktiviti Anak - macam menarik saja...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... kita enjoy buat aktiviti bersama anak kita...

Bahan yang diperlukan :

  1. Kertas warna - lebih dari 2 warna
  2. Gunting
  3. Pencil
  4. Bentuk bulat
Lihat paparan saya sebagai rujukan :


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
Saya mahu sihat & ceria bersama anda

Hubungi saya :


Jangan malu & segan yerrr... saya insan biasa yang suka kongsi info baik-baik saja.

Thursday, April 23, 2015

Anak kerap bersin di pagi hari

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Chewable Vita C perasa orange ini baik untuk anak2 anda..
Antaranya ..jika anak anda selalu bersin pagi2..selsema dan lain2..

Risau tak cukup bajet nak belikan vitamin set untuk anak,
** Chewable amat murah & kesannya amat cepat... bawah RM50 termasuk pos.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - mampu milik
Saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya ;


Wednesday, April 22, 2015

Testimoni Set Sendi & tulang warga emas. - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. kita hadiahkan vitamin untuk ibu bapa kita.
Mereka tak akan beritahu pada anak tentang kesakitan nya.
Kita sebagai anak harus peka sikap ibubapa kita.. 
Ibubapa kita tak mahu susahkan kita.. 

Luahan ibu kepada bapa : " telefon lahh.. along, ibu sakit lulut bila nak bangun dari solat"
Bapa cakap : "kita jangan susahkan along, penat along bekerja cari duit"
Sedihkan.. bila kita dapat dengar perbualan antara ibu & bapa kita jika gitu.

** Jika kita beritahu nak bagi vitamin, pasti ibubapa kita tak mahu... - anggapan mereka tak mahu susahkan anak.



Vitamin yang saya maksudkan adalah set Sendi & Tulang.

Jom.. lihat testimoni seorang kawan hadiahkan kepada ibunya.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda

Hubungi saya ;


Monday, April 20, 2015

10 hari lagi... Promo 5 vitamin

Assalamualaikum & salam 1 Malaysi

Sekadar mengingati, 10 hari lagi promo bulan April 2015 akan tamat.

5 vitamin yang saya maksudkan ialah :
  1. DTX complex - untuk kesihatan hati kita.
  2. Lecithin - untuk memecahkan lemak dalam badan kita. Untuk stabilkan kolestrol pun amat sesuai juga.
  3. Cinch Shake Mix perisa coklat - untuk membina otot badan kita.
  4. Cinch Shake Mix perisa latte - untuk membina otot badan kita.
  5. Vitalea kids - chewable multivitamin untuk anak kita, anda tidak suka telan pil.. boleh juga ambil (lebihkan dos yerrr..)

saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda

Mahukan vitamin, hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat,
WA/ SMS : 012 6855282

Pelangsingan dan Kawalan BERAT BADAN

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Info ringkas kenapa kita perlu ambil Lecithin + protien - ESP/ Cinch perisa Chocolate/ Latte

Pelangsingan dan Kawalan BERAT BADAN :


  1. Ambil Lecithin betul-betul sebelum makan, kerana makanan yang kita akan makan nanti akan terus dipecahkan lemaknya oleh Lecithin.
  2. Dalam diet seharian, amalkan ambil protein seperti ESP/ Cinch Shake Mix untuk membina otot dalam badan. Apabila terbinanya otot dalam badan, lemak juga dapat dikurangkan.
  3. Perlukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Supaya otot terbina dengan cepat bersama dengan bantuan ESP/ Cinch Shake Mix.
Sempena Promo : 
[lihat paparan di bawah]


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Jangan malu & segan, hubungi saya ;

Sunday, April 19, 2015

Aktiviti Mingguan Anak : April 15 - Butang

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... kita ajar anak 3 ke 4 tahun cara pasang & buka butang baju.

Saya guna bahan kitar semula :


  1. Baju lama - abaikan baju telah pudar warnanya.
  2. Kotak - saya guna kotak shaklee.. hihihiii...
Lihat paparan saya :


** Menguji kesabaran, mengajar anak-anak yang tidak tahu duduk diam ni.. - anak boy saya lah...

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :



Saturday, April 18, 2015

Aktiviti Mingguan bulan April 2015

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. kita ajar anak yang masih tidak tahu mengikat tali kasut.

Guna Reben & kotak..- kitar semula. 
Jangan membazir yerrr... guna apa yang ada dalam rumah kita.



Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

JIka anda mahu vitamin,
Hubungi saya :

Jangan malu & segan tawww...



Friday, April 17, 2015

Janji dikotakan... - Penanda buku

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Saya pernah cerita tentang penanda buku...

Nak beli... macam tak best saja. So... homemade lagi best.. hihihiii... untuk suami & anak-anak.

Jom.. lihat penanda buku yang tak berapa comel...


Belum siap sepenuhnya, takut terlupa.. :)

Saya suka kongsi info yang elok saja... jika kengkawan tak suka tak apa.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya, jika anda mahu tahu tentang vitamin, jadi ahli, nak tahu promo bulan ni.. boleh saja. Harga special akan saya kongsi dengan anda. In shaa Allah...




Terlalu LETIH semasa hamil - trimester pertama

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... luangkan masa kita.


Mengapakah saya berasa terlalu letih semasa hamil?

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan anda, dan ini boleh membuatkan anda sangat letih. Apa yang kebanyakan wanita paling ingat mengenai fasa awal kehamilan ialah rasa letih yang berterusan. Mereka yang biasa berjaga malam pun mendapati mereka terpaksa menahan mengantuk untuk menonton program TV kegemaran mereka.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan anda bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi anda. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama. Tahap hormon dan metabolisme anda juga sedang berubah dengan pesat, manakala gula dalam darah serta tekanan darah mungkin akan menurun. Kesemua ini menyebabkan anda menjadi terlalu letih.

Berapa lamakah keletihan ini akan berlanjutan?

Ia berbeza bagi setiap orang, tetapi wanita hamil biasanya mengalami keletihan dalam trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu simptom mabuk hamil pagi yang hadir bersama loya, muntah dan hilang selera makan. Jika simptom anda mengganggu tidur, tidak hairanlah anda akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Anda mungkin merasa bosan berada dalam keadaan ini, tetapi simptom-simptom ini biasanya akan berlalu tanpa perlu sebarang rawatan. Bagi kebanyakan wanita (kira-kira enam daripada 10) simptom-simptom mabuk hamil pagi hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Bagi yang lain, mereka berasa lebih baik dalam trimester kedua. Kurang daripada satu dalam 10 orang yang tidak bernasib baik masih berasa tidak sihat selepas 16 minggu kehamilan.

Harap-harap, anda ialah salah seorang yang bernasib baik dan mungkin akan rasa sangat bertenaga dalam trimester kedua dan membawa ke trimester ketiga di mana anda akan mula rasa letih semula dalam bulan ketujuh.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan semasa hamil?

Dengar apa yang badan anda cuba beritahu
Cuba tidur sebentar pada waktu siang atau tidur malam lebih awal. Di tempat kerja, 15 minit tidur sebentar pun boleh membuat perbezaan, jadi jika anda bernasib baik mempunyai pejabat yang bertutup, tutuplah pintu, letakkan kepala anda di atas meja dan berehat. Atau cuba tidur semasa waktu rehat tengahari – anda boleh tidur dalam kereta jika tiada tempat lain untuk tidur.

Cuba ubah jadual
Jika boleh, bawa balik kerja untuk dibuat pada hari minggu supaya anda boleh pulang awal sekali-sekala. Atau jika anda sudahpun menjadi ibu, berehatlah sekali-sekala dan tinggalkan anak-anak anda dengan orang lain supaya anda boleh tidur.

Pastikan anda jaga makan
Anda tidak perlu mula "makan untuk dua orang" sebelum trimester ketiga dan begitu pun anda cuma perlukan kira-kira 200 hingga 300 kalori tambahan setiap hari daripada makanan berkhasiat, bukannya kerepek atau coklat. Pemakanan yang sihat yang mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, susu rendah lemak dan daging tanpa lemak boleh memberi tenaga; sebaliknya, makanan ringan hanya menjejaskan tahap tenaga anda. Makan dan minum yang sedikit tetapi kerap dapat membantu menangani loya dan muntah.

Bertahanlah
Tidak lama lagi anda akan berada dalam trimester kedua dan harap-harap anda akan kembali bertenaga. Anda mungkin cukup bertenaga untuk pergi menonton wayang atau bercuti hujung minggu, walaupun anda mungkin tidak mahu menjadikannya sebagai satu kebiasaan. Tidak lama lagi anda akan merenung kembali waktu ini di mana tidur anda tidak terganggu sebagai satu nostalgia. Jadi tidurlah sebanyak mungkin selagi anda boleh.

Semakan terakhir: Februari 2012


http://www.babycenter.com.my/a1050873/keletihan-semasa-hamil#ixzz3XWkYpKzj


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
saya mahu sihat & ceria bersama anda

Hubungi saya :

Thursday, April 16, 2015

Tulang Rapuh (Osteoporosis) - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. luangkan masa seketika.

Pengenalan
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga emas kualiti hidup mereka terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.
Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' dan Crohn's disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang rapuh lalu menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.
Rawatan
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah - senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.
Kumpulan Sokongan
Persatuan Menopos Malaysia Persatuan Ortopedik Malaysia Persatuan Osteoporosis Malaysia
Semakan Akhir:01 Mei 2012
Penulis:Dr. Hj. Mohd Hatta M.Tarmizi
Penyemak:Dr. Heselynn Hussein

Jangan pandang remeh pasal tulang & sendi kita.


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - mampu milik
saya mahu sihat & ceria nersama anda

Hubungi saya ;


Dulu lain sekarang dah lain..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Betul ke...?

Dulu-dulu nak lakukan sesuatu.. kerap cakap "Takut, tak boleh buat".
Itu dulu...

Sekarang tidak lagi...
Percakapan kita memainkan peranan, jadi fikir yang elok-elok.. baik-baik saja.
Buat selagi berdaya, berdoa & tawakal... in shaa Allah...

Wednesday, April 15, 2015

Kek Moist semudah ABCD

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi info... sedih.. huhuhuu...
Saya pernah paparkan resepi kek milo kan... kecewa... buat tak lulus, saya pun tak tahu.. kenapa tak menjadi kek milo.
Rupa kek ada.. ada terlalu manis.. suami & anak-anak makan macam kerana terpaksa saja.
Mungkin dia orang nak cakap tak sedap.. takut ummi nya kecewa kot...:(

Cuba cari resepi mudah di kek coklat dengan pertolongan pak Google,
dah jumpa.. memang mudah... tak jadi juga.
Kesudahannya, tong sampah jadi mangsa.
Kesian.. kek coklat...

Kek Moist - 500gram : RM20 tidak termasuk postage.

**Mudah saja, jika kita guna tepung kek moist ni...
HANYA masukkan :

  1. Minyak masak,
  2. Air
  3. Telur &
  4. Adukan
  5. Akhir sekali, kukus ataupun bakar..
  6. SIAP


Memang berbaloi bagi kita...
Macam saya la.. anak-anak feberate kek moist..
Sekali beli - RM1 dapat 3 kek cawan kecil saya.. ciputtt... anak saya tak cukup.. 3 cawan kecil tu.. kena beli RM3.. dapatlah 9 kek cawan kecil.. makan sorang.

Itu belum kira beli dalam bekas - RM5.. ada kedai jual RM7.

Saya tak kedekut bab makan... tapi, jika dah hari-hari anak-anak minta - poket ummi pun jadi kering. Hihihiiii...

Saya jumpa tepung kek moist ni, di mukabuku.. nama fanpage tak ingat.
Sekiranya, kengkawan nak order dekat saya pun boleh juga..

Saya sedang mengukus kek moist ni lah.. guna tepung abcd.
Tepung kek moist abcd ni... boleh kukus / bakar.
Macam saya belum ada oven so, saya kukus saja laa...:)

In shaa Allah.. lepas siap saya angkat gambar.. kek cawan comel saya tu yerr...


*** Opsss... jika anda mencari vitamin, hubungi saya juga tawww....

Saya suka kongsi yang elok saja.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik.
saya mahu sihat & ceria bersama anda.


SUDAH ADA PENYEWA - Mencari rumah sewa di Melaka Tengah - Paya Rumput

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

SUDAH ADA PENYEWA - Mencari rumah sewa di Melaka Tengah - Paya Rumput

Wednesday, April 8, 2015

Resepi mudah : Bar Bounty - macam coklat cloud9 gitu..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi resepi mudah untuk kita seisi keluarga.



Cara Buat Bar Bounty

Bahan-Bahan:

+ 400g coklat - Boleh guna coklat cadbury atau jenama lain.
+ Kelapa kering/parut
+ susu pekat manis

Cara Membuat:

1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

2. Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tak terlalu basah atau terlalu kering.

3. Simpan sekejap bahan dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

4. Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit.

~ Selamat Mencuba ~


Copy & paste di Facebook : Resepi Sedap

AWAS.... jangan terlalu banyak makan makanan yang manis taww...
Bahaya untuk kesihatan, sekali-sekala takpe.. hihihiii...

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - murah saja
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :

Penanda buku.. bookmark

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sedang mencari idea untuk buat penanda buku untuk suami & anak-anak.
Yang comel-comel gitu..:).

Minta bantuan di google...
Image result for Bookmark

Image result for Bookmark



Rambang mata di buatnya...

In shaa Allah.. jika hasil kerjatangan saya dah siap akan saya kongsi di sini.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - murah saja
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya ;

Jangan malu & segan taww... nanti rugi..:)



Monday, April 6, 2015

Idamkan Badan kurus

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Ramai mengidamkan tubuh badan yang kurus dan yang penting sebenarnya sihat. Terdapat banyak produk di pasaran yang menawarkan produk kurus yang pelbagai bentuk, pelbagai rasa dan pelbagai kesan sampingan juga. Apa yang penting dalam pemilihan produk untuk kurus ini adalah kita perlu pilih yang selamat dan berkesan. Kriteria itu terdapat pada produk Shaklee. Semulajadi, Selamat dan Berkesan.


Okey, produk kuruskan badan Shaklee terdiri dari rangkaian, Bakar. Buang. Bina. 

Untuk produk Bina, Shaklee menawarkan Cinch Shake Mix.
‪#‎promocinchchoclatte‬  - bulan April'15 promo

Untuk produk Bakar :Herbalax/ ‪#‎lecithin‬ - bulan April'15 promo
Untuk produk Buang  : Alfalfa / Omegagaurd 



Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - murah saja
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya ;