Monday, June 30, 2014

Minuman bertenaga sepanjang bulan Ramadhan - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Salam Ramadan kepada umat Islam.. semoga di bulan yang mulia ini... kita dapat beribadat dengan sepenuhnya dengan jiwa & raga kepada Illahi. In shaa Allah...

Saya nak kongsi ini, tentang minuman bertenaga sempena di bulan puasa :
Lihat paparan saya;

Berminat, hubungi saya ;

Wednesday, June 25, 2014

Kelebihan dan Cara mendaftar Keahlian Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sebelum anda meneruskan pembacaan. Anda perlu tahu bahawasanya ada jenis individu yang mendaftar untuk keahlian Shaklee iaitu:
Pertama, individu yang mendaftar ahli Shaklee untuk mendapatkan faedah HARGA AHLI iaitu diskaun 20-30 peratus dari harga runcit. Ahli jenis ini tak semestinya buat bisnes dan layak untuk mendapat konsultasi premium untuk 24 jam sehari dan seumur hidup!
*Bermula dari Mac 2014, pihak Shaklee telah menguatkuasakan secara tegas, harga ahli adalah untuk ahli Shaklee berdaftar dan harga runcit adalah untuk bukan ahli. Mana-mana pengedar Shaklee yang tidak mematuhi penguatkuasaan tersebut akan diambil tindakan tegas oleh pihak Shaklee.
Kedua, individu yang mendaftar bukan sahaja untuk menjadi pengguna produk dan mendapat diskaun harga tetapi juga untuk menjana pendapatan dari perniagaan Shaklee

1. Bagaimana saya ingin daftar menjadi ahli / pengedar Shaklee?
Ada 2 cara anda boleh daftar menjadi ahli Shaklee:
  • Buat bayaran pendaftaran ahli Shaklee sebanyak RM75 (Semenanjung) atau RM85 (Sabah/Sarawak) - termasuk pos member kit.
  • ATAU ada boleh membeli mana-mana kombinasi produk Shaklee melebihi 200 mata iaitu lebih kurang RM680 (Semenanjung) atau RM850 (Sabah/Sarawak)
2. Apa kelebihan produk Shaklee ini berbanding lambakan supplemen lain di pasaran?
Produk Shaklee dijamin selamat dan sumbernya adalah tumbuhan semulajadi. Melalui ujian klinikal dan mendapat pengiktirafan FDA.
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
3. Produk Shaklee tidak halal.

  • Produk Shaklee adalah HALAL. Saya juga muslim seperti anda dan mencari yang HALAL itu adalah fardhu. Produk Shaklee mendapat sijil HALAL daripada Islamic Services of America (ISA) sebuah badan pengeluar sijil halal yang mendapat pengiktirafan dari JAKIM, Malaysia.
4. Shaklee memerlukan modal besar untuk daftar ahli?
  • TIDAK...Anda boleh pilih 2 opsyen di atas untuk menjadi ahli Shaklee. Stok dan penghantaran akan diuruskan 100% oleh pihak Shaklee Malaysia. Oleh itu, tiada sebarang kos tersembunyi.

5. Apa kelebihan daftar dan jadi ahli Shaklee?
  • Anda akan dapat berjimat sehingga 20 peratus dengan membuat pembelian dengan harga ahli. Lebih-lebih lagi, dari setiap pembelian, anda akan diberikan mata ganjaran dan kemudian ditukarkan kepada bentuk wang tunai [BONUS] pada setiap bulan.

6. Menarik! Apa yang saya perlu buat untuk daftar?
  • Anda cuma perlu bagi personal data, sebelum itu message saya di Facebook & pembayaran untuk pendaftaran RM75 sahaja. Selepas itu, anda tunggu di rumah..member kit akan sampai di depan rumah anda.
Sekarang, pendaftaran secara online.. setelah anda membuat pembayaran, 
saya akan mendaftar anda menjadi ahli.. saya akan memberi anda Nombor 
keahlian anda [SID No.]. 

Semudah ABC.. semuanya di hujung jari anda.

Berminat, hubungi saya ;




Tuesday, June 24, 2014

HB rendah & selalu letih - Shaklee

Assalamualaikum...

HB bimbang terlalu rendah semasa mengandung?
Untuk memperbaiki dan meningkatkan HB anda lagi?
Puasa bimbang tidak dapat melakukannya dengan betul?
Tidak bertenaga & sentiasa lemah?

Bukan hanya untuk kamu mengandung ... sesiapa yang ada 
masalah Hb rendah boleh cuba mengambil Shaklee sama ada
semasa berpuasa atau tidak.

Jadi di sini vitamin Shaklee yang saya cadangkan kepada mereka
yang selalu letih dan rendah HB adalah ESP Shaklee, VITALEA
& VITAMIN C 500mg.



Mari kita lihat kelebihan vitalea, ESP dan Shaklee vitamin C;

❤ ️ VITALEA - tenaga, kecergasan badan dan kekuatan mental. 
Mengandungi zat besi yang penting untuk membawa oksigen
yang mencukupi kepada sel-sel darah.  

❤ ️ VITAMIN C - membina sel darah merah untuk penyerapan
zat besi adalah lebih baik, membantu sel-sel darah putih 
melawan bakteria dan kuman dan menguatkan sistem imun.  

❤ ️ ESP - membekalkan tenaga segera dan meningkatkan
sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah
migrain, insomnia dan tekanan.  

InsyaAllah, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga dan 
pasti sihat selepas mengambil Shaklee.

Apa-apa soalan?, hubungi saya ;


Sunday, June 22, 2014

Bajet kurang & bajet lebih - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Dah nak menyambut Ramadan.. para ibu yang tahu menjahit sedang sibuk menjahit baju & langsir..ada juga ambil tempahan..tambah duit poket.. yang pandai membakar biskut.. sibuk juga kan.. macam saya sibuk menjahit langsir... Untuk rumah mak..mak mertua & nenek ku di kampung.. akan saya siapkan sebelum Ramadan..in shaa Allah. Kita harus tolong apa yang mampu.. Sambil-sambil tu.. iklan kejap..best kan jika buat bisnes online ni..kongsi info bersama. Nak join ke.? 1 lagi..nak kongsi, bila dah khusus buat kerja.. duduk/berdiri lama..kaki & pinggang mula laa..rasa payahnya..nak bangun..semutan la..pulak. 

Jom..dapatkan Ostematrix (bajet kurang)..



ESP (bajet lebih).. 

Hubungi saya seperti di atas..

Saturday, June 21, 2014

OmegaGuard™



Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.



Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Hubungi saya ;

Collagen Powder

Untuk rasa lebih sihat, kulit lebih muda menawan

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



* Berat molekul diukur dalam unit Dalton

Berminat, hubungi saya ;

NutriFeron®


Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima.

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta Nutriferon® selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain. 

Nutriferon® mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya ;

Chewable Vita-C Plus™ 100 mg


 Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.



Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Mahukan vitamin ini untuk anda & keluarga,

Hubungi saya;

Minuman Elektrolit - Performance Drink Shaklee

Info tentang elektrolit :
Antara elektrolit yang utama dalam badan adalah Sodium ion, Chloride Ion, Magnesium ion Calcium Ion, Potassium ion. 
Fungsi elektrolit adalah untuk mengawal keseimbangan air dalam badan dan menghasilkan impuls elektrik yg digunakan oleh saraf-saraf dan otot-otot badan. 

Anda sedang mencari minuman elektrolit, pastikan pilihan anda adalah yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga anda. Pilihan saya semestinya Performance Drink Shaklee. Kenapa? rasanya yang lazat, yg penting ia tak bergas dan atas sebab sebab dibawah .... Kelebihan Performance Drink Shaklee:
  1. Ia terbukti secara klinikal  dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  2. Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain.
  3. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.
  4. Terbukti secara klinikal:Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  5. Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Antara produk terbaik Shaklee... beza? memang berbeza
   Hai kawan-kawan, jangan pandang remeh kepentingan minuman elektrolit kerana jika kandungan elektrolit tak seimbang dalam badan atau terganggu, ia boleh membawa maut. Dan satu lagi, kalau anda mengalami haus terlampau, kulit bibir mengelupas atau rasa mual itu juga tanda2 badan sedang menghadapi tahap dehidrasi yang terlampau. jadi sila lah bancuh segelas Performance Drink Shaklee hari ini. Ia memberi tahap hidrasi lebih baik berbanding air biasa. Pasti berbaloi...Lebih2 lagi kita dah nak menghampiri bulan puasa, pastikan Performance Drink ada dirumah anda..

Mahukan minuman bertenaga ini, hubungi saya :


Friday, June 20, 2014

Kelebihan Selenium dalam Vitamin E.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Hari Jumaat yang penuh barakah, saya nak kongsi info ringkas tentang sunburn.

Kelebihan Selenium dalam Vitamin E.
Selenium ni salah satu antioksida yang membantu menghalang Sunburn.
Sunburn ni salah satu aktiviti stress oksidatif yang menyebabkan kulit rosak.
Jadi pengambilan Vitamin E dengan Selenium ni pelihara kulit daripada rosak bila terkena matahari direct.
Lagi 1 Selenium ni aktifkan pengeluaran Glutathione Peroxidase, juga antioksida kuat.
Pernah dengar Pil Glutathione yang buat putih tu?? Pengambilan terus tidaklah sehebat mana banding pengeluaran oleh badan kita sendiri..
Sebab tu kalau amalkan Vita E ni boleh CERAH secara semulajadi. Vita E dan Selenium protect drp matahari, glutathione yang dihasilkan mencerahkan kulit..

Selenium ni juga bantu kulit lebih anjal.

Berminat hubungi saya ;

Thursday, June 19, 2014

Sakit Tekak



Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Di pagi Khamis, saya nak kongsi info tentang sakit tekak. Cuaca sekarang tidak menentu. Jika cuaca panas...panas terik, hujan..hujan lebat.
Lebihkan minum air untuk mengelakkan sakit tekak.

Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.
Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.
Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.
Agen Penyebab
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.
Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.
Tanda dan Gejala
Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:
  • Hingus meleleh
  • Gatal dan sakit tekak
  • Batuk
  • Rasa sesak
  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
  • Kerap bersin
  • Mata berair.
  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
  • Kepenatan
Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
  • Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)
Gejala
Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
Tanda
Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.
Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.
Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah:
Rawatan berdasarkan gejala.
Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
  1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
  2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.
  3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
  4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
Terapi Antibiotik :
Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.
Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.
Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy
Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.
Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.
Semakan Akhir:22 April 2008
Penulis:Dr. A. Khalek Abd. Rahman
 Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil
  • Vitamin C
  • Nutriferon (immune booster Shaklee)

Mahukan supplemen di atas, hubungi saya ;

Wednesday, June 18, 2014

Cuaca Panas

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Info bersama... membaca jambatan ilmu :

Nasihat Kepada Orang Ramai :

1.  Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.2.  Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.Penghidap penyakit sistem pernafasan.Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada  penyejatan/ pengeringan peluh.3. Gejala cuaca panas melampau adalah :


  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot–otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah
**  Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:     4.1 Anda Perlu :Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunanHadkan aktiviti luarKerap berehatMandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan andaPakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.Pakai topi atau payung yang besar


   4.2 Elakkan:Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.Bersenam dalam cuaca panas


5.  Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.


Hubugni saya :


Athma / Lelah

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu.  Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.


Faktor-faktor Pencetus :
  • Habuk di rumah dan  hama.
  • Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing.
  • Jangkitan pada salur pernafasan atas.
  • Senaman.
  • Angin yang sejuk.
  • Menghidu produk berminyak wangi.
  • Ketawa.
  • Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia.
  • Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin dll.
  • Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu.
  • Penambah (additives) makanan tertentu.
  • Tekanan emosi atau teruja.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala :

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat  gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan  tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit  mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti

  • Batuk.
  • Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
  • Perasaan ketat pada dada.
  • Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
  • Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke dalam semasa bernafas.
  • Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

Komplikasi :
Kegagalan pernafasan akut yang boleh menyebabkan maut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda :
  • Seorang doktor haruslah dirunding apabila nafas anda menjadi termengah-mengah pada pertama kalinya.
  • Gunakan suatu alat yang bernama meter aliran puncak (Peak Flow Meter) untuk mengukur angin yang keluar dari paru-paru. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda mengenai penggunaan meter aliran puncak.
  • Ambil ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Tanya mengenai nama ubat yang dipreskripsi pada doktor atau pegawai farmasi anda. Pastikan anda mengetahui ubat manakah yang memberi “kelegaan” dan yang mana satukah yang “mencegah”.

Ubat-ubat “melegakan” adalah ubat-ubatan yang bertindak serta merta untuk membantu anda bernafas dengan mudah apabila serangan bermula. Jika anda harus menggunakan ubat-ubat “pencegah” dengan lebih kerap, ini bermaksud lelah anda tidak dikawal dengan sebaiknya. Contoh-contoh ubat tersebut adalah salbutamol dan terbutalin.
Ubat-ubat “pencegah” adalah ubat-ubatan yang mengelakkan anda dari mendapat serangan. Ia biasanya dipakai atau diambil setiap hari, misalannya steroid. Apabila terdapat serangan lelah, ubat “melegakan” haruslah diambil dahulu kerana “pencegah” tidak akan menghentikan serangan tersebut. Contoh-contoh “pencegah” adalah budesonid dan beklometason.
Apakah Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor :


Lelah bergantung kepada keadaan dan tahap serangan. Perkara-perkara yang mungkin dilakukan oleh seorang doktor: -

  • Memberi pengembang bronkus – samada melalui laluan mulut (oral) atau menggunakan nebulizer. 
  • Memberikan perubatan oral atau memberikan ubat secara intravena, misalannya steroid, dalam serangan-serangan yang tenat. 
  • Memberikan perubatan dalam bentuk inhalasi (penyedutan) kerana ia bertindak cepat dan menghasilkan kesan-kesan samping yang sedikit serta sukatan ubat (dos) yang rendah boleh digunakan. 
  • Memberi oksigen.
  • Memberi antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan sekunder yang mungkin hadir bersama. 
  • Mengajar pesakit mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghalang serangan dan juga memberi nasihat mengenai ubat yang harus diambil semasa serangan. 
  • Menunjukkan cara penggunaan meter aliran puncak untuk memantau keterukan lelah.
  • Memberitahu mengenai apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya serangan. 
  • Merujuk kepada hospital untuk pengurusan lanjutan, jika perlu.

Tabiat-tabiat Baru :
  • Belajar untuk beristirehat. 
  • Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda. 
  • Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah. 
  • Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya. 
  • Elakkan merokok. 
  • Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar. 
  • Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti. 
  • Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
  • Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda. 
  • Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut (inhaler) yang betul.

Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

Dapatkan set combo Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan kesihatan anda!

Hubungi saya :