Tuesday, September 30, 2014

Kanak-kanak, bayi juga kena migrain???

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Jom...luangkan masa seketika, membaca adalah jambatan ilmu.


Sewaktu kebanyakan kita melalui zaman kanak-kanak, istilah sakit kepala tidak pernah wujud. Tetapi hari ini, anak-anak sering mengadu sakit kepala. Malah, bukan sesuatu yang luar biasa apabila seorang kanak-kanak mengunjungi pakar tiga kali sebulan kerana sakit kepala.
Sakit kepala masalah yang sangat biasa dan dialami semua orang. Tetapi, sakit kepala di kalangan kanak-kanak yang belum pandai bercakap tentunya lebih meresahkan ibu bapa dan anak itu sendiri.
Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Roliza Ibrahim, berkata bukan saja kanak-kanak berusia setahun ke atas mengalami sakit kepala, malah bayi.
“Bayi akan memberitahu sakitnya dengan menangis dan merengek. Tetapi jika berusia lebih setahun, dia mungkin memberitahu kesakitannya dengan menggosokkan mata, menarik rambut atau memukul kepala sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, kanak-kanak juga suka berlakon. Jika dia pernah sakit kepala sekali atau mendengarnya daripada kawan-kawan, setiap kali mengalami kesakitan dia akan mengatakan dia sakit kepala walaupun sebenarnya tidak.
Justeru, ibu bapa harus tahu dengan pasti, adakah anak sememangnya sakit kepala atau sekadar berlakon. Cara paling mudah, anda tanya anak bagaimana rasa sakit yang dialaminya?
Biasanya kanak-kanak yang benar-benar mengalami sakit kepala akan memberitahu kepalanya terasa berdenyut-denyut, diikuti muntah dan jika sakit kepalanya sangat kuat, dia tidak boleh bangun. Sakit kepala ada beberapa jenis.
Biasanya kebanyakan kanak-kanak mengalami sakit kepala disebabkan masalah tekanan dan sakit kepala kerana masalah migrain. Selain itu masalah penglihatan dan resdung juga menyebabkan sakit kepala. Jika diserang demam denggi juga boleh sakit kepala.
“Ada juga kes sakit kepala sebenarnya simptom terhadap penyakit lain. Misalnya ketumbuhan dalam otak atau meningitis. Kanak-kanak ini biasanya sakit kepala dan muntah. Tetapi ia kes yang sangat jarang berlaku,” katanya.
Secara umum, sakit kepala yang di alami kanak-kanak adalah sakit kepala disebabkan tekanan dan migrain. Dr Roliza berkata, sakit kepala disebabkan tekanan biasanya mudah sembuh jika punca tekanan itu dapat dikenal pasti.
“Misalnya, anak kita berasa tertekan setiap kali hendak ke sekolah. Jika perhatikan, pada hari cuti dia tidak pula sakit kepala,” katanya.
Beliau berkata, kadangkala apabila diserang sakit kepala, anak lebih selesa bersendirian dalam bilik gelap dan senyap untuk melegakan kesakitan.
Cahaya lampu hanya akan menambahkan kesakitan. Jika itu berlaku ibu bapa harus memahami keadaan anak.
Sakit kepala disebabkan migrain pula biasanya diwarisi daripada keluarga. Jika ibu bapa adalah pesakit migrain, anak-anak juga berisiko berhadapan masalah sama.
Sakit kepala disebabkan migrain terbahagi kepada dua jenis, ‘common migrain’ dan ‘classical migrain’.
‘Classical migrain’ adalah sakit kepala yang disertai amaran iaitu aura.
Aura adalah gangguan visual yang menyebabkan seseorang itu terasa disuluh dengan cahaya. Sakit kepala jenis ini berlaku dalam kepala.
‘Common migrain’ pula sakit kepala yang tidak disertai aura. Sakitnya itu terjadi di sebelah bahagian kepala saja.
Common migrain tidak begitu sakit, tetapi berpanjangan. Biasanya keadaan ini dicetuskan pelbagai faktor seperti makanan, tekanan atau melakukan aktiviti fizikal terlalu lasak.
“Sakit kepala boleh diubat dengan mudah dengan hanya mengambil panadol, tetapi dos yang diberikan mestilah sesuai dengan usia dan berat badan kanak-kanak itu. Jika sakit kepala terlalu kerap menyerang dan mengganggu pelajaran, pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan harus dibuat,” katanya.
FAKTA :
Sakit kepala
  • Kebanyakan sakit kepala berlaku di luar tengkorak, dalam saraf, salur darah dan otot yang melindungi kepala dan tengkuk.
  • Otot atau salur darah boleh bengkak, sempit atau melalui perubahan yang menstimulasi atau memberi tekanan pada saraf keliling.
  • Migrain
  • Saraf ini menghantar mesej rasa sakit kepada otak yang menyebabkan sakit kepala.
  • Disebabkan tekanan dan ketegangan fikiran.
  • Oleh sebab salur darah di bawah kulit kepala berkembang, menyebabkan serat saraf yang ada kaitan dengannya membengkak serta mengeluarkan bahan kimia rasa sakit.
  • Membabitkan sistem saraf automatik sehingga menyebabkan pesakit berasa loya, muntah, cirit, seram sejuk, kabur penglihatan dan lebihan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
  • Biasanya diwarisi dalam keluarga.
  • Tanda migrain
  • Sakit kepala (di sebelah atau kedua-dua belah kepala).
  • Sakit berdenyut.
  • Semakin sakit jika melakukan sebarang aktiviti.
  • Rasa mual yang mungkin diikuti dengan muntah.
  • Sensitif pada cahaya dan bunyi.
  • Jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan empat hingga 72 jam (berbeza antara individu).
  • Serangan mungkin berlaku beberapa kali sebulan atau hanya sekali setahun.
  • Sumber: Berita Harian

    Anda mahukan, supplemen untuk anak-anak supaya anak kita sentiasa sihat & ceria sepanjang masa :

    Hubungi saya, jangan malu & segan. In shaa Allah.. saya sedia membantu anda.

    Sunday, September 28, 2014

    Info Rabun Jauh, Rabun dekat - Caratomax Shaklee

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Jom... kita luangkan masa seketika, membaca adalah jambatan ilmu.

    RABUN antara masalah penglihatan yang paling biasa berlaku pada semua peringkat umur. Kini masalah rabun juga dialami kanak-kanak sebelum persekolahan. Pun begitu, usah bimbang kerana banyak cara boleh dilakukan untuk memperbaiki penglihatan.

    Apakah jenis rabun?
    Rabun ada dua jenis, iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Rabun jauh ialah keadaan di mana seseorang tidak dapat melihat objek yang jauh dengan jelas, tetapi dapat melihat objek dekat dengan jelas. Perkara sebaliknya berlaku pada individu yang mengalami rabun dekat iaitu objek yang dekat kelihatan kabur, tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas.

    Apakah gejala kanak-kanak yang mengalami rabun jauh?

    Selalunya mereka akan membaca buku pada jarak dekat dan apabila melihat objek yang jauh seperti televisyen, mereka mengecilkan kedua-dua mata supaya objek itu kelihatan lebih jelas.

    Apakah punca rabun jauh?
    Setakat ini tiada teori tepat mengenai punca berlakunya rabun jauh. Bagaimanapun, faktor keturunan mempunyai pengaruh terhadap berlakunya rabun jauh. Kemungkinan seorang anak yang ibu bapanya rabun jauh mengalami masalah sama ialah 40 peratus.


    Ada teori mengatakan, rabun jauh berlaku jika seseorang gemar membaca pada jarak dekat. Sesetengah pakar lain pula mengatakan, kerana rabun jauhlah seseorang itu membaca pada jarak dekat.

    Adakah rabun jauh sejenis kecacatan?
    Tidak. Sebenarnya struktur mata orang yang rabun jauh adalah normal. Apa yang berlaku ialah, biji mata mereka lebih besar dan panjang berbanding orang yang tidak rabun. Imej yang masuk ke dalam mata tidak dapat difokus dengan tepat ke atas retina, tetapi terfokus di depannya. Situasi ini dapat diumpamakan dengan perbezaan manusia berambut lurus dan berambut kerinting, ada yang bercermin mata dan ada yang tidak bercermin mata.


    Benarkah jika cermin mata selalu dipakai, `power' atau kuasa cermin mata kerap bertukar atau bertambah?
    Ini tidak benar. Sebenarnya sama ada cermin mata dipakai atau tidak, kerabunan meningkat setiap enam bulan di mana kuasa cermin mata harus ditukar. Ini satu proses semula jadi yang dialami individu rabun. Penambahan tahap kerabunan berlaku sehingga mereka dewasa iaitu apabila meningkat umur 18 hingga 25 tahun. Oleh itu, penting cermin mata dipakai untuk memberi keselesaan kepada kanak-kanak rabun dan menentukan mereka mendapat melihat sejelas mungkin di sekolah.

    Bolehkah faktor pemakanan mempengaruhi rabun?

    Tidak dapat dinafikan, vitamin A diperlukan dalam proses biokimia di dalam retina pesakit. Namun, ini tidak bererti vitamin A dapat mengubat kerabunan, seperti dilakukan kebanyakan ibu yang memberi anak mereka makan sayur lobak merah dengan harapan kerabunan itu hilang. Ini satu usaha yang tidak memberi manfaat.

    Bagaimanakah rabun jauh dirawat?
    Kaedah rawatan paling mudah ialah memakai cermin mata. Kaedah lain pula ialah menggunakan kanta lekap yang diletakkan di atas lapisan kornea. Rawatan terbaru ialah rawatan laser atau lasik yang memberi seseorang itu keyakinan dan tidak perlu memakai cermin mata.

    Apakah komplikasi yang mungkin dialami individu rabun jauh?

    Sebilangan daripada mereka mungkin mengalami kelekangan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada koroid yang menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan di sebelah bawah.

    Apakah jenis rabun yang berlaku apabila seseorang itu dapat melihat
    objek yang jauh dengan baik, tetapi tidak dapat membaca dengan baik
    ?
    Ini dinamakan presbiopia yang berlaku pada seseorang yang mencapai umur lebih 40 tahun. Ia disebabkan proses pengerasan kapsul kanta yang menyebabkan pengurangan pergerakan kapsul ketika melihat objek.


    Dalam keadaan seseorang ingin memfokus pada objek yang dekat, kapsul harus mengendur untuk menjadikan kanta itu lebih cembung. Apabila berlaku engerasan, proses ini payah dilakukan dan keupayaan mata melihat objek yang dekat berkurangan. Masalah ini perlu diatasi dengan memakai cermin mata membaca dan harus ditukar setiap dua tahun.

    Apakah yang dikatakan rabun dekat?
    Apabila seseorang itu rabun dekat, otot mata mereka harus bekerja kuat untuk menfokuskan objek ke atas retina. Jika usaha ini terlalu kuat, akan terjadi tanda seperti kekaburan, sakit di atas kening dan mata yang selalu letih dan berair, terutama selepas membuat kerja yang menggunakan englihatan dekat seperti menjahit dan membaca.

    Bagaimana merawat rabun dekat?Rabun dekat dapat dirawat dengan memakai cermin mata atau kanta lekap. Kadangkala ada kanak-kanak di mana kejulingan mata hilang selepas memakai cermin mata

    Apakah kaitan di antara rabun dekat dan presbiopia?
    Mereka yang bermasalah rabun dekat atau 'hiperopia' menghidapi presbiopia pada umur lebih muda iaitu sebelum 40 tahun berbanding mereka yang tiada masalah ini.

    "Saya berumur 45 tahun dan dapat melihat jauh dengan terang tetapi apabila saya membaca, semua menjadi kabur. Adakah ini bererti saya mempunyai katarak?"


    Tidak, jika seseorang itu dapat melihat objek jauh dengan mudah. Ini bererti potensi mata untuk melihat ialah 100 peratus. Seseorang yang ada katarak tidak dapat melihat objek jauh dengan jelas dan objek masih nampak kabur walaupun memakai cermin mata. untuk mengetahui sama ada seseorang itu menghidap presbiopia, kekaburan dekat berlaku pada kedua-dua mata dan ketajaman objek itu menjadi lebih jelas apabila objek dijauhkan sedikit.

    Artikel : 1 Jun, 2009 - Isnin

    Oleh: Dr.Muhaya Mohamad

    **  Kita mesti mahukan mata kita sentiasa sihat walaupun kadangkala kita lupa untuk menjaga mata dengan baik sebenarnya. Bagi yang mengalami masalah mata silau, rabun dekat dan jauh serta masalah katarak,glaucoma, gegelung mata hitam, mata kering dan sebagainya, mesti tercari-cari apakah supplemen yang sesuai untuk mata anda.
    Saya ada jawapan untuk masalah mata anda.

    Jangan malu & segan ye... hubungi saya ;


    Thursday, September 25, 2014

    kongsi info - Kemasukan ke Tingkatan 1 2015

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Saya nak kongsi info bersama anda.
    Jika kengkawan berhajat mahu hantar anak ke sekolah aliran Agama, Seni.. jom layari sesawang :
    www.moe.gov.my/

    Saya jual shaklee, berminat hubungi saya ;




    Wednesday, September 24, 2014

    Info Ekzema SAKIT... - Shaklee

    Kulit pesakit ekzema biasanya sangat gatal, kemerahan dan kadangkala melepuh ketika mengalami serangan. Akibat kerap menggaru, kulit bukan saja semakin rosak, tetapi membolehkan bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus) yang 95 peratus ada pada kulit penghidap ekzema atopik (permukaan), berjangkit dan membiak.

    Ekzema disifatkan sebagai kegagalan fungsi penghadang kulit yang boleh menyebabkan alahan dan seterusnya kegatalan. Apabila kegatalan yang amat sangat berlaku, pasakit tidak lagi dapat menahan seterusnya menggaru di kawasan tersebut. Akibatnya, kulit bukan saja lebih berisiko menjadi kering dan rapuh, tetapi ia juga semakin sensitif kepada impak bahan kimia atau elemen lain.
    “Apabila bakteria memasuki bahagian kulit yang renggang dan rosak kerana digaru, resapan toksin membuatkan kulit terus membengkak dan kegatalan yang teramat. Jangkitan ini memperlahankan lagi penyembuhan penyakit ini. Lama-kelamaan, kulit semakin bersisik tebal dan berkerak.


    Ekzema : Anak kecil/ Bayi :
    Sistem imunisasi bayi yang masih baru berkembang mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis jangkitan, termasuk eczema. Ekzema adalah sejenis penyakit kulit yang boleh terjadi di kulit bayi terutamanya di bahagian muka, tangan dan leher.
    Terdapat 2 jenis eczema yang utama :
    1. Acute Eczema – kulit berasa panas, gatal dan keradangan. Dalam sesetengah kes, terdapat tompokan merah di bahagian badan.
    2. Ekzema Kronik – Kulit menjadi kering, berair dan bersisik.


    Antara punca utama :
    • Faktor genetik
    • Alahan kepada makanan seperti produk tenusu, makanan laut dan sebagainya.
    • Alahan kepada habuk seperti habuk karpet, di jalanan dan debunga serta bulu haiwan peliharaan
    • Alahan kepada produk kecantikan seperti syampu dan sabun


    Langkah-langkah mengubati Ekzema :
    • Sentiasa melembapkan kulit dengan bahan yang sesuai kerana keradangan bermula akibat kulit yang kering dan tidak lembab.
    • Jaga pemakanan, elakkan memakan makanan yang menjadi punca eczema
    • Pakai pakaian yang diperbuat daripada kapas dan pakai secara longgar.
    • Elakkan penggunaan sabut/ syampu yang tidak sesuai dengan kulit.

    Rawatan susulan :
    Sekiranya, anda atau anak anda yang mengalami masalah eczema, jangan tunggu sehingga ia melarat. Dapatkan rawatan dengan segera.


    Shaklee juga ada produk yang terbukti sangat BERKESAN untuk masalah eczema, 




    Vitamin Ekzema untuk bayi/ anak kecil :
    • Meal Shakes - Minum
    • Pencuci Basic H - Mandi
    • Herbal Blend Cream - Sapu

    Vitamin Ekzema untuk anak 12 tahun ke atas :

    • Bcomplex
    • Alfalfa
    • Vitamin C plus 500mg
    • Herbal Blend Cream - Sapu
    Klik di sini :
    1. ummidihatiku/setekzemabayi
    2. ummidihatiku/setekzemadewasa

    Jom.. dapatkan dari saya :



    Turunkan Berat Badan [DIET] - Shaklee

    Turunkan Berat Badan



    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
    Jom...luangkan masa kita. 
    **Membaca adalah jambatan ilmu.
    Mengapa Turunkan Berat Badan?

    Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

    Turunkan Berat BadanBMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

    Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan KITA?

    Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

    Apa Yang Boleh kita Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

    Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

    Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

    Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

    Anda mahukan, supplemen diet sihat... dapatkan dari saya.
    Lihat paparan ini :
    atau
    Klik di di sini :
    ummidihatiku/dietsihat

    Jangan malu & segan ye.. hubungi saya ;
    In syaa Allah... saya sudi membantu sekiranya, ada pertanyaan tentang supplemen mengikut bajet anda. 

    Tuesday, September 23, 2014

    Tiroid tidak kenal usia


    Jom... luangkan masa anda seketika, membaca jambatan ilmu.

    Tiroid biasa atau kanser?



    Kanser tiroid menyerang mangsa letupan loji nuklear di Chernobyl.

    ARKIB : 03/02/2009

    PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.
    Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka.
    Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten.
    Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

    Kanser tiroid
    Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
    Kanser tiroid papilari dan folikular:
    l Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.
    Kanser tiroid medulari:
    l Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.
    Kanser tiroid anaplastik:
    l Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.
    Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.
    Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.
    Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis.
    Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.


    Simptom
    Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

    • Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
    • Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
    • Nodus limfa bengkak terutama di leher.
    • Sukar menelan atau bernafas
    • Sakit pada tekak atau leher.

    Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
    Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.

    Diagnosis
    Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan diri dan keluarganya.
    Doktor yang merawat itu boleh menjalankan ujian makmal dan pengimejan untuk menghasilkan gambaran tiroid serta kelenjar lain.
    Pemeriksaan fizikal: Sebelum itu, doktor akan merasa tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.
    Ujian darah: Doktor mungkin menguji darah pesakit untuk sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) dalam darah.
    TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.
    Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram.
    Dari gambar itu, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan adakah mendatangkan bahaya kepada pesakit.
    Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.
    Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

    COMBO PROMO SEPTEMBER : COLLAGEN POWDER & MEAL SHAKES SHAKLEE

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Jom.. intai paparan saya, 
    COMBO PROMO : 
    • Collagen Powder Shaklee : 6 percuma 1
    • Meal Shakes : 3 percuma 1
    Jimat banyak.. dari duit hingga lah ke khasiatnya.



    Jom.. kongsi-kongsi dengan adik, kakak, kawan atau saya pun boleh... 
    hubungi saya, in shaa Allah.. #sayaokaje


    Thursday, September 11, 2014

    Info Demam Denggi - Shaklee

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
    Info bersama... jom luangkan masa seketika.

    Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.


    Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
    Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

    Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
    Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
    • Demam panas
    • Sakit kepala
    • Sakit tulang belakang
    • Sakit sendi-sendi
    • Loya dan muntah-muntah
    • Sakit biji mata
    • Ruam
    Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
    Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
    Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
    • Mudah lebam
    • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
    • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
    Apakah rawatan untuk demam denggi?
    Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
    Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
    Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
    1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
      • Membuang bekas yang boleh menakung air
      • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
      • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
      • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
      • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
    2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
    3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
      • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
      • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
      • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
      • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

    ** Mahukan makanan tambahan untuk cegah demam denggi ;




     Hubungi saya ;

    In syaa Allah... saya sudi membantu sekiranya, ada pertanyaan tentang supplemen mengikut bajet anda. 

    Wednesday, September 10, 2014

    Info Kanser Usus Punca Sembelit Kronik? - Shaklee

    Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

    Jom...kita baca info Makanan tak seimbang punca hidap kanser usus.
    Betul ke???... baca dahulu, baru tahu...
    Luangkan masa seketika..

    kanser usus
    ADAKAH anda kerap menghadapi masalah sembelit sehingga ke tahap yang serius? Tahukah anda kanser usus merupakan salah satu faktor punca berlakunya masalah sembelit kronik?
    Kanser usus merupakan kanser ketiga tertinggi di Malaysia dan statistik daripada Kementerian Kesihatan turut mencatatkan 90 peratus daripada pesakit kanser ini adalah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
    Namun, kanser ini turut menyerang golongan muda atas faktor pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok.
    Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Seenivasagam Theruvenkidan, kanser usus sukar dikesan di peringkat awal kerana kebanyakan pesakit hanya akan mengetahuinya setelah menunjukkan petanda apabila penyakit ini berada di peringkat serius.
    “Antara tanda kanser usus sudah kronik ialah apabila pesakit mengalami masalah membuang air besar akibat daripada pembentukan sel kanser di dalam usus besar yang menghalang laluan najis,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
    Tambah Dr. Seenivasagam, sembelit yang kronik merupakan salah satu simptom kepada masalah kanser usus atau kolon apabila sel kanser yang semakin membesar menyebabkan bukan sahaja najis tidak dapat melalui usus dengan sempurna malah terdapat juga masalah lain seperti tidak dapat mengeluarkan angin daripada badan.
    Beliau berkata, kesedaran mengenai kanser usus masih lagi kurang dalam kalangan masyarakat di negara ini kerana ramai pesakit datang berjumpa doktor hanya ketika kanser telah berada di peringkat ketiga dan keempat iaitu peringkat yang serius di mana sel kanser telah merebak ke bahagian usus dan organ badan yang lain.
    “Beberapa simptom yang boleh mengesan kanser usus antaranya adalah najis yang bercampur darah, sembelit kronik diselang-seli dengan najis yang berair dan beberapa simptom lain,” katanya.
    Namun kebanyakan pesakit gagal mengesan kanser ini di peringkat awal dan menurut Dr. Seenivasagam beberapa ujian akan dijalankan untuk mendiagnos penyakit ini.
    Antara ujian yang akan dilakukan ialah kolonoskopi yang mana tiub akan dimasukkan ke dalam badan untuk melihat keadaan di dalam kolon.
    “Jika terdapat ketumbuhan biasa, ia akan dibuang dengan menggunakan peralatan tersebut dan jika kanser usus dikesan, pembedahan akan dijalankan bagi membuang usus yang dijangkiti sel kanser,” katanya.
    Setelah pembedahan dilakukan sistem pencernaan akan kembali berfungsi dengan baik dan masalah sembelit akan hilang.
    Sumber: Utusan Malaysia
    Mahukan makanan tambahan untuk mengelakkan sembelit seperti paparan di bawah :

    Hubungi saya ;