Friday, October 31, 2014

Info SINUS - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. baca info SINUS pula...
Luangkan masa seketika ye...;)

APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.

Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.

Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.

Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
Jangan abaikan SINUS menguasai diri kita, Membawa BAHAYA...

Dah cuba pelbagai cara moden & tradisional, sudah pulih datang kembali... 
jom.. dapatkan supplemen :

** Jangan malu & segan ye...:



Thursday, October 30, 2014

2hari lagi... Promo ESP & Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Anda mahu ESP & Meal Shakes... CEPAT!!... 2 hari lagi.

Rugi tau, jika tak beli sekarang.. nak buat stok pun boleh juga. Expire date : JAN 2016.
LAMA tu...

Mahukan harga promo... hubungi saya k. 
Saya OK aje...


Hilangkan Resdung Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jangan abaikan masalah RESDUNG dalam diri anda.
Bahaya... :







** Pelbagai cara telah cuba, masih ada lagi...









Apa kata, kali ini... cuba amalkan secara sihat... ambil makanan yang seimbang serta supplemen semulajadi...:

Supplemen untuk anak kita yang ada resdung :

*** Untuk dapatkan hasil yang memuaskan, haruslah KONSISTEN.
Niat nak pulih sepenuhnya...


Hubungi saya, jangan malu & segan yee...:


Info Resdung lagi..."Sinusitis" - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Info : RESDUNG "SINUSITIS"

Resdung merupakan sejenis penyakit di mana terjadinya radangan pada rongga sinus yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Antara kuman yang menjadi punca penyakit ini ialah:
* Streptococcus
* Staphylococcus

Pada keadaan normal, kedua-dua jenis kuman ini sememangnya sedia ada terdapat pada rongga hidung tetapi ia tidak menyebabkan apa-apa penyakit.

Malah, dengan sistem pertahanan tubuh yang kuat ia dapat dikawal. Sebaliknya, sekiranya berlakunya kepincangan pada pertahanan tubuh bakteria ini dapat membiak tanpa kawalan dan menyebabkan resdung.

GEJALA RESDUNG (SINUSITIS):
• Hidung selalu tersumbat
• Lender dari hidung dan tekak
• Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
• Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
• Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
• Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

KEMUDARATAN RESDUNG (SINUSITIS):
• Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
• Jangkitan otak
• Sakit tekak yang kronik
• Jangkitan tulang muka
• Menerukkan keadaan lelah
• Berdengkur secara kronik
• Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
• Alahan hidung
• Selsema biasa yang melarat

PUNCA BAKTERIA MEMBIAK:
Punca utama yang menyebabkan bakteria membiak apabila pintu-pintu rongga sinus tersumbat. Ia tersumbat apabila berlakunya:
a. Radangan pada hidung.
Faktor-faktor yang menyebabkan radang hidung ialah apabila berlakunya:
* Jangkitan kuman dan alergi (alahan).
Sekiranya keadaan ini berlaku dinding hidung membengkak. Apabila lapisan ini membengkak ia akan menutup pintu sinus.

b. Ketumbuhan atau polip pada hidung di mana tumor ini menutup pintu rongga sinus (ostia) seperti ketumbuhan malignant (kanser    di hidung)
Apabila ostia tertutup cecair daripada rongga sinus tidak dapat keluar dan bertakung. Apabila berlakunya takungan ini, bakteria akan membiak yang menyebabkan terjadinya resdung.

c. Jangkitan pada gigi geraham atas
Akar umbi gigi geraham atas berada di sinus maxilla. Apabila seseorang mengalami sakit gigi, ia akan menjangkiti akar gigi dan keluar ke sinus. Keadaan ini berlaku sekiranya gigi yang berpenyakit tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya oleh doktor gigi. Ada kalanya dalam proses mencabut gigi, akarnya terpatah dan tertinggal.

d. Genetik
Resdung bukanlah penyakit genetik, tetapi alahan yang diwarisi yang menyebabkan sinusitis itu merupakan genetik.
               
JENIS  RESDUNG (SINUSITIS):
Akut
*  Kronik

AKUT:
Ia berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung.
Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
Antara ciri-cirinya ialah :
* Hidung berair, tersumbat dan terjadinya rasa sakit berdenyut di muka dan bahagian depan kepala terutama di dahi dan pipi.
* Serangan biasanya berlaku pada waktu pagi dan semakin berkurangan pada waktu petang.
* Rasa sakit apabila seseorang tunduk dan sujud.

KRONIK:
Serangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik.
Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami:
  • Kegatalan pada bahagian muka yang teruk
  • Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat.
  • Kerap bersin pada waktu pagi
  • Ada kalanya hidung tersumbat
  • Tanpa demam tetapi hingus bertambah
  • Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala
  • Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.
** Takutnya... kita semua tak boleh lari dari masalah. Semua telah/ pernah mahupun sedang menghadapi masalah, haruslah banyak bersabar & berusaha untuk menyelesaikan masalah kita. Berdoa & bertawakal kepada Yang Maha Esa.

Mahukan supplemen RESDUNG...:

Jangan malu & segan, hubungi saya ye..:



Wednesday, October 29, 2014

Resdung/ Alahan - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

RESDUNG???.... Macam-macam ubat sudah makan & ubatinya samada cara Moden ataupun tradisional.. hilang datang kembali... RESDUNG ku...:(



Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

**Jangan terlalu abaikan pasal RESDUNG... akan membawa MAUT pada diri anda.**

Jom.. dapatkan makanan tambahan dari saya, amalkan secara konsisten.. supplemen/ vitamin bukannya makan terus hilang RESDUNG anda. In shaa Allah...akan berkurangan sedikit demi sedikit...

**Jangan malu & segan yee... dengan saya**

In shaa Allah... akan saya kongsi info tentang  'sinusitis' 

Hidup biarlah sederhana...:)

Kongsi-kongsi yokk!!...- ESP & Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sudah lama, saya tidak memblog di blog saya ni... hampir 2 minggu.

Jom.... kengkawan, kita kongsi-kongsi order makanan tambahan :

ESP (Energy Soy Protein) - beli 6 DAPAT 7 tong

MEAL SHAKES - beli 3 DAPAT 4 tong

Hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat
WhatsApp/ SMS : 012-6855282


**Nak harga special, hubungi saya OK.. jangan malu & segan.. nanti rugi. :)
*saya OK aje.

Sementara stok masih ada di cawangan Shaklee.

Saturday, October 18, 2014

Migrain lagi!!.. - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Info MIGRAIN lagi, 
Jom... baca sekejap...

Perlu kita ketahui terdapat beberapa jenis migrain/sakit kepala ini:
1) Sakit kepala di sebabkan tekanan emosi
2)  Sakit kepala di sebabkan migrain
3) Sakit kepala di sebabkan sinus

Untuk mengelakkan MIGRAIN berlaku ELAKKAN daripada:
  • Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
  • Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG) elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
  • Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
  • Stress dan tekanan
  • Jadual tidur yang tak tetap
  • Melambat-lambatkan waktu makan dan membiarkan perut kosong terlalu lama

*** Pengambilan makanan yang betul dan berkhasiat serta mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan rehat/tidur yang cukup mampu membantu mengurangkan masalah ini serta pengambilan supplement juga dapat membantu.

1) Ostematrix - Terdiri dari kalsium,magnesium dan vitamin D.Kalsium yang dapat meringankan stress,memperbaiki jantung berdebar,memperbaiki depresi,mood swing dan sakit kepala.Magnesium daoat membantu sistem saraf,pengecutan otot dan saraf,menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap Migraine. 
Ostematrix juga sangat2 bagus untuk membantu kita untuk tidur lebih lena.

2) B complex - mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain.Juga pengambilan vitamin ini dapat mengurangkan gejala stress,strok dan depressi.Juga sangat terkenal dengan jolokan "painkiller semulajadi".


Hubungi saya, jika anda mahukan vitamin di atas / vitamin yang lain ;


Friday, October 17, 2014

Koko & ESP Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Petang-petang, duduk berehat bersama famili... jika tak di hidang kan minuman MEMANG tak patut. Jom... buat minuman koko + ESP shaklee.



Bersama makanan kegemaran keluarga... secawan pasti tak cukup... bercawan-cawan minum.
Cer order ESP Shaklee dengan saya... 

PROMO bulan OKTOBER 2014, jangan lepaskan peluang ye....
kongsi-kongsi dengan sedara mara... kengkawan... beli 6 dapat 7 tong.


PROMO bulan ini juga, MEAL SHAKES
beli 3 dapat 4 tong.

nak order 1 tong dengan saya pun ok juga. saya tak kisah... amat dialu-alukan...



Cer hubungi saya :

Thursday, October 16, 2014

Kisah ESP Shaklee lagi - Promo Oktober 2014

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. ambil tahu... sumber protein dari soya mengandungi :


Macam banyak aje kan... begitu rumit sekali jika kita nak makan makanan yang mendatangkan protein dalam harian kita. Jadi, apa kata... kita & keluarga minum ESP 

Imbas kembali : 

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan


Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

*** PERINGATAN : Khas kepada kengkawan... mahukan sesuatu pemberian ikhlas dari saya... jom, order!!!
Hubungi saya ;
Siapa cepat dia dapat.... 14 hari lagi...:) 


Alhamdulillah... syukran Ya Allah.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Saya nak kongsi info :
Anak-anak saya suka main hujan, saya galakan bila sudah puas bermain hujan... mandi bersihkan badan untuk elakan demam.

Alhamdulillah... anak-anak jarang demam.. sejak saya sediakan minuman Meal Shakes & Chewable sekali.

** 3 hari batuk.. 2 hari selesema... [buat masa ini, kami tak ambil ubat dari klinik lagi... sebab nya.. anak takut makan ubat] terasa rugi yang amat... RM40 ke atas perlu disediakan sebelum ke klinik.. :(

Set kanak-kanak Shaklee... memang terbaik.

atau klik : ummidihatiku.blogspot.com/setforkids

Hubungi saya ye...:
[Jika mahukan harga promo / shaker], saya ok ajee...



Wednesday, October 15, 2014

Lelong-lelong...October 2014 - 15hari lagi

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sempena promosi... MEAL SHAKES & ESP.
So... saya ada sesuatu untuk anda..

Yang mana 1.. pilihan anda :

Jika anda order dengan harga promosi dapat shaker ini:



atau

Jika anda order ESP [RM150]/ Meal Shakes [RM113.75], dengan harga runcit [harga boleh runding lagi].. dapat shaker special ini. 
Saya ok aje...



Pemberian ikhlas dari saya... jika anda order dengan saya.

INGAT... bulan ini, aje tau...

Hubungi saya;

Jangan malu & segan yee.... jika malu & segan anda rugi...:)


Monday, October 13, 2014

Senyum .... tak perlu kata apa-apa. - bajet Shaklee


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Senyum seindah suria,






Mahukan Vitamin/ supplemen/  makanan tambahan mengikut bajet anda...



Hubungi saya, jika ada pertanyaan & harga special juga...:

Sunday, October 12, 2014

PETUA HILANGKAN BATUK KANAK-KANAK

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Makan madu asli untuk hilangkan batuk.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari.
Guna kunyit hidup atau bawang putih. Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..
Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.
Gunakan daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.
Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
Pucuk ubi bersama kapur sirih
Pucuk ubi, selain digunakan dalam masakkan, ia juga ada khasiatnya tersendiri dalam perubatan.
Ini adalah satu cara alternative untuk rawatan batuk. Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.
Dipersilakan Share
dibawakan oleh : Iriz Gallery

Anda mahukan supplemen untuk kesihatan anak-anak, 




Hubungi saya :

Saturday, October 11, 2014

Masa itu Emas - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Macam biasa saja dengar peribahasa ini kan...


Masa Itu Emas

Lidah Pendeta : Masa  Itu  Emas
Maksudnya     : Masa itu  sangat  berharga
Contoh ayat     : Janganlah kita membuang masa dengan sia-sia kerana masa itu emas.


Masa itu emas

Teks: Rozida Ismail

Masa bagi sesetengah orang terlalu banyak. Dalam sehari, begitu banyak masa terluang untuk melakukan pelbagai hobi. Dan hobi paling mudah dan memakan banyak masa ialah tidur. Beruntunglah sesiapa yang mempunyai banyak masa untuk melakukan hobi seperti itu. Tetapi bagi kebanyakan orang pula, masa terlalu sedikit. Walaupun satu hari diperuntukkan 24 jam, namun mereka terkejar-kejar untuk melakukan banyak tugasan seharian. Tugasan rumah, pejabat, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.

Tidak kira sama ada masa untuk kita habiskan sedikit atau banyak, kita perlu pandai membahagikan dan mengadakan masa. Inilah yang sering menjadi kemusykilan pada semua orang. Mana satu tugas yang patut didahulukan dan yang mana pula patut dikemudiankan. Sebenarnya hanya diri sendirilah yang tahu mana satu tugasan yang penting dan perlu disegerakan berbanding tugasan penting yang boleh ditangguhkan (urgent vs. important). Kerana itu pepatah orang dulu-dulu mengatakan masa itu emas. Pepatah  Arab mengatakan ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita'. Pepatah Inggeris pula mengatakan 'time is money'. Semua masyarakat menghargai masa sebagai sesuatu yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar kembali. Masa yang sudah berlalu takkan dapat diganti walau menangisinya dengan air mata darah sekali pun.


Hargai masa, jangan biarkan ia terbuang begitu sahaja.
Sekiranya kita mempunyai banyak kerja dan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang terhad, eloklah kita merancang masa terlebih dahulu. Susun aktiviti mengikut keutamaan dan kepentingan. Seringkali kita terperangkap dalam sesuatu aktiviti yang melekakan menyebabkan perkara yang lebih penting terpaksa dikorbankan. Contohnya, saya seorang berniaga secara online jadi harus ada jadual dari awal pagi hinggalah ke malam... senaraikan apa yang wajib, tugas yang besar hingga ke tugas yang paling kecil. Dari situ, akan kita tahu.. mana yang perlu dihabiskan hari yang sama atau keesokannya.

Jika kita berpeluang bersama :
  •  anak-anak gunakanlah peluang tersebut sebaik mungkin. - bawa berkelah, ke perpustakaan / ke taman permainan.
  • ibubapa bermesralah sebaik mungkin dengan mereka. Peluang kita...tak tahu akan dapat lagi ke tidak bersama mereka. Hadiahkan lah sesuatu walaupun tidak mahal.. tapi mereka pasti tersenyum bila dapat hadiah tersebut pemberian dari anak tersayang. Contoh hadiah : pisang goreng di tepi jalan, buah-buahan mahupun vitamin set sendi&tulang... alhamdulillah...tersenyum panjang ibubapa kita... [tak caya cer order dekat saya & hadiah kepada ibubapa anda]..:). Jika anda sudah kehilangan ibubapa...sentiasalah bersedekah al-fatihah untuk mereka. 
**Mahukan vitamin untuk ibubapa/ anak-anak kita, hubungi saya :

Friday, October 10, 2014

Percuma Shaker / Cawan penggoncang Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Anda mahu shaker / Penggoncang istemewa untuk minuman anda.

Jom.. dapatkan dari saya...
Free Gift gitu...

Jika anda order ESP, Meal Shakes ataupun Performance Natural Orange terus dari saya.

CEPAT..CEPAT...jangan terlambat siapa cepat dia dapat!!...


Dah tak mahu pakai spec lagi...- Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom..kengkawan lihat paparan saya, mahukan perubahan tahun depan... tanpa spec.
Dapatkan supplemen CARATOMAX dari saya.
Yang penting... pengambilan secara konsisten.. baru dapat hasilnya.


Jangan malu & segan.. dengan saya ye...
Saya suka berkawan...saya tak suka sombong-sombong..:)