Friday, October 31, 2014

Info SINUS - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. baca info SINUS pula...
Luangkan masa seketika ye...;)

APAKAH SINUS ?
Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

Ramai beranggapan tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.

Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.

Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung.

Sehubungan itu, pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung.

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.

Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity) yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.

Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.

Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.

Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.

Terdapat empat ruang sinus utama iaitu :

* Sinus maxilla
* Sinus ethmoid
* Sinus frontal
* Sinus sphneoid
Jangan abaikan SINUS menguasai diri kita, Membawa BAHAYA...

Dah cuba pelbagai cara moden & tradisional, sudah pulih datang kembali... 
jom.. dapatkan supplemen :

** Jangan malu & segan ye...:



No comments: