Wednesday, March 26, 2014

Segalanya Tentang ESP

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Sejak kita dalam kandungan ibu hinggalah ke warga emas..kita perlukan kalsium untuk tulang & gigi yang kuat dan sihat. Barulah kita boleh menjalankan kehidupan harian kita dengan sempurna.
Tulang yang sihat                              Gigi yang kuat

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?
KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN
Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.
Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.
PENTINGKAH PROTEIN?
Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.
Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-
1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%
TAHUKAH ANDA ?
Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.
SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.
PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!
Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):
1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
Kelebihan ESP ini ialah;
membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).
Kredit- Master Dila Roslan


Hubungi saya :

Tuesday, March 25, 2014

Mengapa Makan Vitamin Tapi Tiada Kesan?

Ada juga segelintir pengamal vitamin merungut kenapa mereka ambil vitamin tapi takde nampak kesan pun? Lebih-lebih lagi mereka yang baru mengamalkan pengambilan supplemen yang ingin melihat kesan dengan cepat. Sebagai contoh, ambil vitamin untuk kurangkan berat badan tetapi merungut kenapa berat badannya masih tak turun-turun. Perlu diingatkan di sini makan vitamin tak sama kesannya dengan ubat. Nak tahu apa beza vitamin dan ubat?


Bagi menjawab persoalan di atas, jom kita lihat kat bawah ni beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya masalah ini :-

1. Merasakan minum air kosong tidak penting

Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Gemar makan banyak vitamin sekaligus dalam suatu masa

Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Mengambil vitamin bersama ubat

Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Pengambilan kafien yang tinggi dalam diet harian

Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5, Tidak tahu pantang larang makan vitamin.

Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

kredit pada blog adamalishauni

Friday, March 21, 2014

ANAK ANDA KURANG SELERA MAKAN?SELALU DEMAM?

RISAU ANAK ANDA KURANG SELERA MAKAN?SELALU DEMAM??

 DAPATKAN MEALSHAKE SHAKLEE

Manfaat Mealshake Shaklee :
---------------------------------
  • Anak lebih cergas dan cerdas
  • Anak menjadi lebih fokus dan bertenaga
  • Masalah selera makan dapat diatasi
  • Penyakit asma atau lelah yang dihidapi anak juga semakin pulih
  • Sembelit yang biasa berlaku juga dapat diselesaikan
  • Anak tidak mudah terkena penyakit
  • Menurunkan berat badan anak obesiti
  • Memudarkan kesan parut terkena api dan sebagainya
  • Berat badan bertambah bagi anak yang terlampau kurus



MEALSHAKE JUGA SESUAI UNTUK


 sesuai untuk kaum ibu yang mengandung & menyusu
sesuai untuk kaum bapa yang sering rasa keletihan akibat stress kerja di pejabat
 sesuai untuk golongan dewasa yang tidak suka telan pil multivitamin
 sesuai untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan
 sesuai untuk muslimin dan muslimat sebagai persediaan untuk kekal bertenaga di bulan Ramadhan.
sesuai untuk individu yang sentiasa busy di waktu pagi, ia merupakan breakfast yang enak di bancuh bersama cold fresh milk .




Anda nak cuba ?

Hubungi saya ;
Facebook : Yusla Mahat,
SMS/ WhatsApp: 0126855282


Tanda amaran serangan jantung

Oleh: DATUK DR. KHOO KAH LIN

JIKA anda telah mengikuti siri berkenaan tentang penjagaan jantung dan diabetes ini, maka anda sudah ten Dalam perbualan bersama rakan-rakan anda, pernyataan “Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di Malaysia” selalunya akan diikuti dengan “Diabetes merupakan faktor risiko utama bagi penyakit jantung.”
Dan, kini setelah anda berjaya menarik perhatian mereka, anda boleh menutup perbincangan dengan, “Tetapi tahukah anda bahawa anda tidak perlu menghidap diabetes untuk menjadi mangsa kepada serangan jantung atau strok?”
Pernyataan-pernyataan ini adalah benar dan di dalam bahagian terakhir daripada enam bahagian bersiri ini, kita akan mengkaji ketiga-tiganya dengan lebih mendalam lagi.
Apakah itu penyakit jantung? Bagaimana untuk mengekalkan jantung yang sihat tidak kira sama ada kita menghidap diabetes ataupun tidak? Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui sama ada jantung kita bermasalah?
*Penyakit jantung
Penyakit jantung merupakan satu keadaan yang menjejaskan otot-otot jantung (miokardium) dan saluran-saluran darah dalam jantung (arteri koronari). Punca penyakit jantung yang paling lazim adalah penyempitan arteri koronari iaitu satu proses yang dikenali sebagai aterosklerosis.
Aterosklerosis bermula apabila lapisan bahagian dalam arteri koronari telah rosak atau cedera akibat bermacam- macam faktor termasuk merokok, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan sesetengah penyakit seperti diabetes.
Kolesterol dan bahan-bahan lain akan berkumpul dalam dinding arteri untuk membentuk plak. Semakin lama, semakin banyak plak yang akan terbentuk. Akhirnya, plak ini akan menyempitkan ruang dalam arteri, menghalang bekalan darah serta mungkin akan pecah untuk membentuk darah beku.
Jika darah beku menghalang pengaliran darah ke jantung anda, maka anda akan mendapat serangan jantung; jika ia menghalang pengaliran darah ke otak anda, maka anda akan mendapat strok.
Kehadiran plak sahaja, walaupun jika ia tidak pecah, masih boleh membahayakan. Plak akan menyempitkan saluran darah dengan teruk hingga anda akan mempunyai simptom-simptom penyakit koronari jantung (CAD) seperti angina (sakit dada).
Jika tidak dirawat dengan betul, anda mungkin akan mendapat serangan jantung atau kegagalan jantung kongestif (kegagalan jantung).
Adakah ini akan berlaku kepada saya?
Risiko untuk anda menghidap penyakit jantung adalah tinggi terutama sekali jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung atau anda sudah berusia lanjut.
Jantina turut merupakan faktor: lazimnya, kaum lelaki akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung manakala risiko bagi wanita pula akan meningkat tinggi selepas menopaus. Malangnya, anda tidak boleh mengubah faktor-faktor risiko ini.
Di sini terdapat beberapa faktor risiko yang masih boleh anda ubah: merokok, gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat makan yang tidak sihat, tekanan dan berat badan yang berlebihan atau obes.
Kesemua faktor ini akan mengkucar-kacirkan glukosa darah, tekanan darah serta kolesterol darah anda di mana ia akan meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
Seperti yang telah disebutkan tadi, diabetes merupakan faktor risiko yang utama. Mereka yang menghidap diabetes adalah dua hingga empat kali lebih cenderung untuk mendapat penyakit jantung ataupun strok, berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Dua daripada tiga orang yang menghidap diabetes akan meninggal dunia akibat penyakit jantung atau strok dan mereka mempunyai kemungkinan yang lebih untuk meninggal dunia akibat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes.
Jika anda mempunyai sebarang daripada faktor-faktor risiko ini, maka anda dinasihatkan agar segera mendapatkan nasihat doktor. Anda perlu sedar bahawa masalah jantung memerlukan perhatian perubatan yang segera.
Jangan tunggu sehingga berlakunya serangan jantung atau strok. Pengesanan serta rawatan awal akan dapat menyelamatkan nyawa anda.
*Tanda-tanda serangan jantung
Tidak semua serangan jantung akan berlaku secara mengejut dan sangat menyakitkan.
Sesetengahnya bermula dengan sangat perlahan serta kurang menyakitkan atau hanya rasa kurang selesa hingga ramai yang tidak sedar bahawa mereka sedang mengalaminya dan ini menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Majoriti akan mengalami simptom- simptom. Berikut adalah simptom-simptom yang menandakan anda sedang mengalami serangan jantung:
* Tekanan yang tidak selesa, rasa sesak, penuh atau sakit di bahagian dada yang berlanjutan selama lebih daripada beberapa minit, atau sakit yang hilang dan datang semula.
* Sakit atau ketidakselesaan pada bahagian- bahagian lain di bahagian atas badan.
* Pendek nafas dengan atau tanpa rasa ketidakselesaan pada bahagian dada.
* Berpeluh sejuk, rasa loya atau pitam.
* Gejala dan tanda amaran serangan jantung
Satu daripada tanda amaran adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA) – iaitu satu gangguan sementara bekalan darah ke bahagian tertentu otak.
TIA adalah serupa seperti strok tetapi ia hanya berlaku untuk jangka masa yang lebih pendek sebelum terus hilang dengan tidak meninggalkan sebarang kesan kekal yang ketara.
TIA menandakan satu serangan strok yang betul mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Jika anda mempunyai satu atau lebih daripada simptom-simptom berikut, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan perubatan:
* Rasa kebas atau lemah secara tiba-tiba pada sebelah bahagian badan
* Kesukaran untuk bertutur atau memahami pertuturan, gagap
* Penglihatan menjadi kabur secara tiba-tiba
* Kesukaran untuk berjalan, rasa pening, hilang keseimbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
* Sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba tanpa sebarang sebab
* Masalah ingatan atau kekeliruan
*Tujuh tip jantung sihat
1- Apakah sejarah keluarga anda?
Ketahui sejarah perubatan keluarga anda dan beritahu doktor anda tentang sebarang risiko-risiko keturunan.
Jika salah seorang daripada datuk nenek, ibu bapa atau adik-beradik anda pernah mengalami penyakit jantung sebelum berusia 55 tahun, maka anda turut cenderung untuk turut mendapatnya.
Mengetahui maklumat sedemikian akan membantu anda mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mencegahnya daripada berlaku.
2- Di meja makan
Makan diet yang seimbang yang terdiri daripada buah- buahan, sayur- sayuran, bijirin penuh dan makanan tenusu rendah lemak. Amalkan masa makan yang tetap pada setiap hari dan elakkan dari terlebih makan.
Kesemua lemak mempunyai kalori yang tinggi dan akan meletakkan anda berisiko untuk mendapat kolesterol darah tinggi, jadi anda perlu mengehadkan pengambilannya. Jika anda mesti mengambil lemak, maka pilihlah lemak-lemak tidak tepu. Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu, asid lemak trans dan kolesterol.
3- Serat larut: senjata rahsia anda
Serat larut (terutama sekali beta-glukan) adalah karbohidrat kompleks yang sangat bermanfaat terutama sekali untuk kesihatan jantung. Ia telah terbukti secara klinikal akan menurunkan kolesterol darah dengan menggabungkan asid-asid hempedu (yang mengandungi kolesterol) di dalam saluran pencernaan anda.
Mereka kemudiannya akan dikeluarkan bersama bahan buangan badan anda dan ini bermakna kolesterol akan diserap dengan lebih sedikit ke dalam aliran darah anda. Ini akan membawa kepada paras kolesterol darah yang lebih rendah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Oleh kerana serat larut (seperti beta-glukan) merupakan makanan rendah GI (Indeks Glisemik), maka ia juga berkesan untuk menstabilkan paras glukosa darah anda.
Ini dilakukan dengan memperlahankan pencernaan serta penyerapan agar glukosa (gula) akan mengambil masa yang lebih lama untuk memasuki aliran darah anda. Ini akan mengelakkan paras glukosa darah naik secara mendadak.
Oleh yang demikian, memasukkan lebih banyak serat larut serta makanan karbohidrat rendah GI ke dalam makanan seharian anda adalah suatu langkah yang bijak. Sesetengah contoh makanan rendah GI termasuklah barli, beras perang, muesli dan roti rendah GI yang telah dirumus khas.
4- Mengawal tekanan darah
Tahukah anda bahawa hanya enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia dapat mengawal tekanan darah mereka? Jangan biarkan diri anda menjadi salah seorang daripada 94 orang tersebut! Periksa tekanan darah anda sekurang- kurangnya dua kali setahun dan pastikan anda mengekalkannya pada paras yang rendah (130/80 mmHg atau lebih rendah) tanpa mengira usia anda.
5- Awasi berat badan anda
Lakukan senaman selama sekurang- kurangnya 45 minit pada kebanyakan hari dalam seminggu (atau lebih baik lagi, lakukannya pada setiap hari).
Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes, maka anda perlu lebih kerap melakukan senaman (dan dalam tempoh yang lebih lama) untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Secara amnya, anda perlu mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) pada lebih kurang 18-23 kg/m2. Bagi orang Asia, ukur lilit pinggang yang kurang dari 90sm bagi lelaki dan kurang dari 80sm bagi wanita adalah ideal.
6- Berhenti merokok
Tembakau dalam rokok akan mengakibatkan saluran darah anda menjadi sempit serta mengurangkan bekalan darah ke jantung dan organ-organ penting anda yang lain. Jadi, jika anda merokok, hentikannya sekarang demi kebaikan jantung anda.
7- Jangan lupa berjumpa doktor!
Dan akhir sekali, jangan terlepas daripada menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan anda. Pemeriksaan yang kerap akan dapat mengesan serta merawat kes-kes awal penyakit jantung dan diabetes.
- Dr. Khoo Kah Lin merupakan Perunding Kardiologi, Yayasan Jantung Malaysia.



Mahukan supplemen CoQ10 Shaklee, hubungi saya seperti :
Facebook : Yusla Mahat
SMS/ WhatsApp: 012-6855282

Thursday, March 13, 2014

Promosi ESP Mac '2014

Promosi ESP.. masih ada lagi sehingga hujung bulan MAC'2014.

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Di sini saya paparkan : Khasiat ESP dan Cadangan Combo set bersama ESP :




Ramai orang sudah tahu tentang kelebihan ESP dan mencubanya.
Anda bila lagi.. PROMOSI bulan MAC 2014.
Amat jimat...
beli 1 dapat 1
beli 2 dapat 2
beli 3 dapat 3
beli 4 dapat 4
beli 5 dapat 5
beli 6 dapat 7
yang paling superb... percuma daftar keahlian bersama Shaklee.., jom.. kongsi-kongsi dengan k'kwn.. jimat berbaloi-baloi... untuk bulan MAC sahaja ye.
Yang paling best... pertengahan bulan.. dapat bonus..jika anda sudah menjadi ahli Shaklee.. best kan...

Berminat ke???... hubungi saya :


Monday, March 10, 2014

Mahu tambah cahayamata / Masih mencuba untuk dapat zuriat...

Assalamualailum & salam 1 Malaysia,

Anak-anak sudah besar.. sudah tidak dengar lagi..tangis..gelak..anak kecil. Terasa sunyi la..pulak. Nak cuba suppliment kesuburan Shaklee..

Info ringkas suppliment kesuburan:

GLA Complex :

  • Menstabilkan hormon.
  • Menyediakan environment yang sesuai memudahkan sperma & ovum.

Vitamin E :
  • Melancarkan perjalanan daran.
  • Meningkatkan kelakian & kesuburan organ reproduksi lelaki & wanita.
B Complex :
  • Mengandungi Asid Folic & Biotin yang penting untuk persediaan kehamilan.
  • Mengawal stress
  • Membantu dalam proses penghasilan tenaga.
Zinc :
  • Penting untuk penghasilan hormon Testosteron
  • Membari tenaga kepada sperma supaya lebih aktif menuju ke ovum.




Hubungi saya ;

Wednesday, March 5, 2014

Faedah ESP Shaklee

Assalamualaikum...

Bulan Mar'2014, promosi ESP...beli 6 percuma 1. Jika mahukan harga runtuh... kongsi-kongsi lah...dengan kawan. Hubungi saya : SMS/ WhatsApp: 012-6855282 ye.

Kehebatan ESP...ramai yang sudah tahu dan mencuba. Anda mesti cuba, baru tahu kehebatan ESP. Nak tahu lebih lanjut tentang ESP... luangkan masa anda :

Apa faedah ESP?
Faedah ESP mmg banyak. Antaranya: 

1. Kekal Muda : Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga. 
 
2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.

5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.


Jadi apa tunggu lagi?? Perkara yang baik tak elok kita tangguhkan. Jangan berlengah untuk merasai kebaikan ESP ini. Dapatkan ESP ini bukan untuk anda seorang sahaja tetapi untuk seisi keluarga!

Tuesday, March 4, 2014

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?

Kenapa Perlu Minum Banyak Air Bila Ambil Suplemen?


KES 1:
Mak saya sering mengadu berasa panas dan dahaga sejak mengambil vitamin-vitamin Shaklee.


KES 2:
Ina mengadu pening, sakit pinggang dan lemah badan sejak mengambil vitamin dalam set Shaklee untuk lelaki.

 
KES 3:
Mama Fida mengadu susu badannya semakin berkurangan sejak mengamalkan vitamin dalam set breastfeeding Shaklee.
Setelah diselidiki ketiga2 kes di atas, hanya satu jawapan saja:

KURANG AIR

Baik mak saya, Ina mahupun Mama Fida, mereka tidak meningkatkan pengambilan air selepas mengambil suplemen vitamin. Lalu menyebabkan mereka mengalami healing crisis yang teruk.
Mengapakah perlu banyak air apabila mengamalkan suplemen?

(1) Vitamin (suplemen) adalah dalam bentuk dos yang pekat, berbanding vitamin dalam makanan yang biasa kita makan. Vitamin dalam makanan memerlukan masa untuk diuraikan oleh tubuh, dan ada yang tak terurai pun. Sebaliknya vitamin (suplemen) terus dalam bentuk yang ringkas.

Analoginya, satu gelas air cukup untuk melarutkan 1 sudu gula, tapi kita perlukan lebih air untuk melarutkan 1 senduk gula.

(2) Pengambilan vitamin  memerlukan air untuk membuang toksin dalam badan.

Analoginya, bila kita basuh kotoran dengan air sabun, kita perlu lebih air untuk membersihkan sisa sabun itu pula.


Jadi, pengambilan air bukan main-main bila anda mengamalkan suplemen. Pastikan melebihi 3 liter sehari. Jangan risau kalau asyik rasa nak ke tandas (sebenarnya cuma persepsi saja).

Jadi, minumlah air secukupnya, agar kebaikan vitamin yang anda ambil dapat dioptimumkan sebaiknya.



Hubungi saya ;


Untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. In shaa Allah...saya sedia bantu anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul.