Wednesday, December 31, 2014

Kalendar 2015

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Di sini, saya paparkan Kalendar tahun 2015.

2014.. banyak kenangan suka & duka.
  • Yang duka... jadikan kita sentiasa bersemangat untuk perbaiki kelemahan kita untuk menuju ke arah kebaikan.
  • Yang suka... jadikan satu kenangan indah untuk kita 
Bersama-samalah kita mengharungi tahun 2015 sehingga menuju kejayaan apa yang kita impikan. 
Ingat Allah s.w.t walau apapun keadaan kita susah mahupun senang.
Allah Maha Penyayang & Maha Pengasih.




Sunday, December 28, 2014

Jagalah kebersihan walaupun di mana berada & keadaan.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Di malam yang hening, diharapkan kawasan yang mengalami banjir sudah surut.

Sabar & tabahkan wahai sang hati... sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t adalah kunci utama setiap umatNya yang sedang diuji bencana banjir.

Kebersihan perlu diutamakan supaya kita sentiasa sihat. In shaa Allah...

Friday, December 26, 2014

Vitamin E Complex anti-penuaan - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Tangani masalah : Tua sebelum usia...


Setiap insan pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai kulit yang sentiasa kelihatan muda dan menawan. Namun, sejauh mana keinginan tersebut dapat direalisasikan? Selain daripada menjaga pemakanan dan melakukan senaman, produk anti-penuaan turut menjadi pilihan bagi sesetengah individu untuk memelihara kulit daripada kesan penuaan. Proses penuaan kulit dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu proses semulajadi dalam badan dan kesan persekitaran. Antara faktor persekitaran yang boleh menjejaskan struktur kulit adalah cahaya matahari, asap serta pendedahan kepada bahan kimia tertentu. Pendedahan berterusan terhadap sinaran matahari adalah punca utama yang menyebabkan kesan penuaan kulit pramatang. Kesan penuaan kulit selalunya dapat dilihat dengan wujudnya garis-garis halus atau kedutan, kulit kendur, kasar dan kusam pigmentasi, serta tona warna kulit yang tidak sekata. Oleh yang demikian, kita seringkali melihat iklan di kaca tv atau majalah tentang produk anti penuaan yang menjurus kepada produk yang boleh membantu untuk mengurangkan atau melindungi kulit daripada kesan penuaan tersebut.

Kenapa saya & ramai pengamal produk Shaklee tegar Vitamin E complex ini?

Saya pilih jenama Shaklee sebab ia memenuhi garis panduan di atas:

1. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli
2. Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol
    concentrate and d-alpha tocopheryl acetate
3. Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]*

 
 
 
 
 
Hubungi saya ;

 
 
 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 
 

Thursday, December 25, 2014

5 minuman bantu turunkan berat badan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia
 
Kongsi info yang elok-elok saja, jom.. luangkan masa seketika.
 
 
Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan atau minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan. Berikut 5 jenis minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan:

1. Air putih
 

Air putih adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air putih sebagai minuman utama. Sekiranya berasa bosan untuk minum air putih, boleh di pelbagaikan dengan meletakkan hirisan lemon segar, limau nipis ataupun hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa tanpa menambah nilai kalori dengan banyak.

2. Jus sayur-sayuran
 
Jus sayur-sayuran adalah minuman terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar bagi mengurangkan berat badan. Jus sayur-sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama. 

3. Teh kurang manis
 
Teh boleh membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan, khususnya teh hijau kurang manis. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula ke dalam minuman tersebut.

4. Kopi

 

Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan dalam kuantiti yang sedikit untuk mendapat kesan yang baik.

5. Susu rendah lemak

 

Susu adalah sumber protein yang sangat baik dan dapat membantu menurunkan berat badan. Ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang di pilih adalah susu rendah lemak. 

Rujukan:
http://www.thefamilygroove.com/CarrotJuice.jpg
http://liasutandio.files.wordpress.com/2010/11/air-putih.jpg
http://ciricara.com/wp-content/uploads/2012/05/Teh-Hijau-Tanpa-Gula.jpg
http://img2.timeinc.net/health/images/gallery/eating/low-fat-milk-superfood-400x400.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhi-stWXSkPxqzFtRYDM__2iqzcjjUczKX8xFZjd72BxZM5kgh0YK2K5T6k4AXycaas-tNABjvBsnnbPkCyBc5HE5SwxkCAYxykE3Z_Lox-3E5pZNCNfba2rpR4enxFZPvQABsZepVGY0GJ/s320/2.jpg
 
Anda mahu supplemen turunkan berat barat..
Klik di sini : ummidihatiku/dietsihat
 
hubungi saya :
 

Anemia cetus risiko keguguran

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kepada pembaca blog saya, terlepas membaca info kesihatan di suratkhabar Utusan Harian.

Ibu hamil perlukan zat besi

Jangan pandang remeh, jika ada masalah kesihatan buruk padahnya.

LESU, letih, tidak bertenaga, semput, pening, rasa berdebar, kulit pucat, dan tidak boleh berfikir dengan jelas, merupakan di antara simptom-simptom seseorang itu menghidap anemia.
Selalunya, mereka yang mengalami simptom-simptom ini tidak begitu mengendahkannya dan hanya mengandaikan tidak mendapat rehat yang cukup.
Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi golongan yang lebih kerap dikaitkan adalah ibu-ibu mengandung.
Simptom-simptom ini dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika hamil, malah mereka seringkali dimaklumkan supaya mengabaikan gejala-gejala tersebut memandangkan semua itu disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil.


Begitupun awas, kerana mungkin menandakan wanita mengandung itu menghidap anemia akibat kekurangan zat besi.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Kiren Sidhu, zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Tambah beliau, wanita yang menghadap risiko anemia perlu merancang serta menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Ini kerana katanya, antara komplikasi yang biasa dialami wanita hamil akibat kekurangan zat besi ialah ancaman keguguran.
“Disebabkan masalah ini semakin kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil hari ini, amat penting supaya perhatian ditumpukan kepada penjagaan pranatal yang sewajarnya.
“Kepentingan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan juga mustahak agar kesulitan atau masalah kesihatan untuk ibu dan anak yang lebih rumit dapat dielakkan,” ujarnya ketika ditemui pada bengkel Komplikasi Berkaitan dengan Wanita Hamil, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai penyakit anemia, ulas Dr. Kiren, penyakit ini berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat.
Pada masa yang sama, badan turut tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahagian sel darah merah yang membolehkan oksigen disampaikan ke seluruh badan.
Katanya lagi, kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk, dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan tumbesaran bayi.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
Malangnya hari ini ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya dan berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak.

Dr. Kiren juga memberitahu, wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali, dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.
“Anemia yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil dan selepas melahirkan anak boleh mengakibatkan masalah lain seperti keguguran, kelahiran pramatang, kekurangan berat badan, kemurungan selepas bersalin, kerencatan perkembangan dalam seseorang kanak-kanak, kerencatan semasa dilahirkan, dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.
“Namun apa yang lebih malang, penyakit ini jika tidak dicegah serta dirawat boleh menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang,” katanya lanjut.

Oleh itu, golongan wanita disaran menjalani ujian darah sebelum merancang hamil bagi mengetahui tahap hemoglobin masing-masing.
Namun, senario yang lazim dilihat ialah kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas mereka disahkan mengandung dan pada masa itu, mereka sudah pun didapati mengalami anemia yang ringan.
Pada masa yang sama, wanita-wanita hamil dinasihatkan agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.


Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan, dan tauhu.
Bagi kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Justeru, wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil serta empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

Untuk mengekalkan kecergasan, pengambilan zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah turut digalakkan.
Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana, jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia terutama bagi wanita-wanita hamil.
 
***Kita perlu jaga kesihatan tidak kiralah semasa hamil ataupun tidak.
 
Mahukan supplemen untuk anda & keluarga bersama produk Shaklee,
Hubungi saya ;
 
 
** Makanan tambahan untuk semua dari usia 1 tahun hingga ke warga emas.
 
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
 
 
 



Tuesday, December 23, 2014

Jangan biarkan berterusan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Pembaca blog saya yang disayangi,
Jangan biarkan Selesema.. batuk... demam...menghantui diri anda!!!...

Asma... semput...batuk tanpa henti.
Cepat-cepat pergi merawat sebelum mudarat kesihatan anda!!!...

Mahukan vitamin untuk kesihatan anda & keluarga, hubungi saya ;
* Jangan malu & segan...yer

Saya galakkan pengambilan Vitamin C SR untuk permulaan supplemen.
Tak rugi.. apa-apa pun..

1 botol 180biji... makan seorang untuk 6 bulan.
Vitamin C untuk ketahanan imunisasi tubuh kita serta bonus kulit kita sihat & cantik.

***Promo Vitamin C SR & Vitamin E Complex :

 ** 2 botol dengan 5%
 ** 6 botol dapat 7 botol

** Collogen Powder Shaklee :
  *** 3 kotak dapat 4

## Kongsi-kongsi dengan kenalan, sahabat, adik-beradik.. yok!!...

2 vitamin Gabungan untuk kulit kita - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Apa khabar, kengkawan? Diharapkan sihat & ceria bersama insan-insan tersayang.

Saya nak cerita tentang Gabungan vitamin untuk kulit bersama produk Shaklee.

*** Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit.


Vitamin C SR Shaklee : 1 biji tablet persamaan 7biji oren.
 
Selain Vitamin C SR, saya juga mengambil Vitamin E, B Complex, ESP dan pelbagai lagi vitamin untuk kesihatan dalaman dan luaran.



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Artikel Penuh:  Utusan Melayu

Anda tidak pernah ambil sebarang supplemen/ vitamin ataupun makanan tambahan, jom... dapatkan vitamin produk Shaklee dari saya.

Hubungi saya ;

**Cuba dahulu, pasti berpuas hati & terus nak order lagi &
nak sertai ahli bersama saya bersama rangkaian kumpulan kami.
Mahu jadi pengguna ataupun berbisnes...jom!!...roger-roger saya.:-)

Hujan... Alhamdulillah.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Diharapkan pembaca blog saya yang budiman sentiasa di dalam keadaan sihat & ceria di samping insan-insan tersayang.

Hujan sedang melanda di pantai timur... Kelantan, Terengganu & Pahang.
Banjir di sesetengah kawasan...

Jom... kita hayati doa-doa ;

Doa ketika hujan turun
"Allahumma Shoyyiban naafi'an"

Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa maanfaat" - Hadith Riwayat Bukhari
 
“Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [HR Abu Daud]
 
 

Tatkala Turunnya Hujan Lebat

.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,
 
اللَّÙ‡ُÙ…ّ Ø­َÙˆَالَÙŠْÙ†َا ÙˆَÙ„َا عَÙ„َÙŠْÙ†َا اللَّÙ‡ُÙ…َّ عَÙ„َÙ‰ الْآكَامِ Ùˆَالْجِبَالِ Ùˆَالظِّرَابِ ÙˆَبُØ·ُونِ الْØ£َÙˆْدِÙŠَØ©ِ ÙˆَÙ…َÙ†َابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
 
 
 

 

Monday, December 22, 2014

10 hari lagi... promo vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kengkawan... jangan tunggu lama-lama taww... 10hari lagi [22 Dis - 31 Dis '14]

Promo 3 Vitamin :

  • Vitamin C RS,
  • Vitamin E Complex &
  • Collegen Powder Shaklee
Lihat paparan saya :






Hubungi saya, jika mahukan harga special ye... 
Saya suka kongsi yang elok-elok aje....


Saturday, December 20, 2014

Aktiviti anak...

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... main warna air...[water colour] :



Sekali-sekala, biarkan anak menghayati bakat mewarna pula : berus & water colour.
Asyik membaca buku & menulis sahaja..


Saya suka Shaklee, 
saya jual Shaklee.

Mahu sihat & ceria bersama saya.. yokk, hubungi saya.
Jangan segan-segan & malu-malu taww...
Saya OK aje..

Friday, December 19, 2014

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Imbas kembali, bagusnya vitamin Shaklee untuk kesihatan kita seisi keluarga.
 
Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan : 
Adakah ia benar supplement terbaik untuk kesihatan tubuh badan? Pasti ramai yang mencari kebaikan vitamin Shaklee, dan mahu tahu adakah ia benar-benar bagus untuk kesihatan.

Ya, memang tidak disangkal bahawa produk vitamin Shaklee merupakan produk terkenal dan dipercayai di lebih 7 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, Indonesia, Jepun, Mexico dan Taiwan. Itu satu fakta, tetapi sejauh mana fakta ini ada kebenarannya?

Produk Shaklee bukan produk biasa. Ia telah menjalani pelbagai ujian termasuk lebih daripada 100,000 ujian kualiti untuk mengesahkan ia merupakan sumber kesihatan tubuh badan yang selamat dan terjamin terbaik. Malah, Shaklee memperuntukkan lebih daripada $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan :

Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan tubuh kerana ia dihasilkan dari sumber-sumber tumbuhan yang telah diyakini secara saintifik mempunyai khasiat terbaik. Ia bukan diperbuat dari sumber haiwan, jadi keraguan mengenai status halal tidak timbul apatah lagi setelah ia mempunyai pengiktirafan sijil halal daripada badan antarabangsa yang diperakui oleh Jakim.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Reputasi Shaklee Vitamin Kesihatan

Reputasi Shaklee sebagai antara jenama terbaik di dalam produk kesihatan memang tidak dinafikan lagi. Ramai yang telah menggunakan produk-produk kesihatan terbaik Shaklee ini, dan mendapat manfaat daripada pengambilannya.

Apa yang ditawarkan oleh Shaklee memang sesuai dengan tubuh badan, apatah lagi ia merupakan makanan tambahan atau supplement untuk tubuh. Bukan dalam kategori ubat, vitamin Shaklee menawarkan set supplement yang boleh diambil hari-hari, dijadikan sebagai pelengkap kitaran makanan seorang manusia yang mementingkan kesihatan sempurna dan terbaik.

Vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan tidak kira jantina. Ia merupakan produk kesihatan dan bukannya ubat, ia adalah vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia. Ia sangat selamat. Ramai yang telah mengakui bahawa produk vitamin Shaklee adalah bagus untuk kesihatan sekeluarga. Setiap set vitamin Shaklee ada kebaikan khusus untuk sesuatu tujuan.

Pelbagai Set Produk Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan

Produk vitamin Shaklee terdiri daripada beberapa set yang mengkhusus kepada masalah kesihatan tertentu, dan diantaranya ialah:
  • Set kurus vitamin Shaklee
  • Set Vita-Lea - multivitamin Shaklee
  • Set vitamin Shaklee untuk kecantikan kulit - B-Complex, Vita-C dan Vita-E Complex
  • Set vitamin untuk penyusuan Shaklee
  • Vitamin set kurus Shaklee untuk ibu menyusu
  • Set vitamin Detox Shaklee untuk keluarkan toksin daripada badan
  • Set vitamin Shaklee untuk cegah boroi

Yang mana satu pilihan anda, mengikut bajet :

 
Jangan malu & segan dengan saya,

Hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat,
WA/ SMS : 012 6855282


Thursday, December 18, 2014

Harus percaya... Testimoni Set Pantang Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Di Kuantan, musim hujan sekarang... kawasan kampung & tanah paya sudah banjir. Masih dalam kawalan. 
Hujan masih berterusan, jadinya.. baju sudah dicuci dan jemur akan jadi lembap.
Itu kisah baju...:)
Baju harian saya, cuci di rumah & keringkan di kedai dobi layan diri.
Jika tidak buat begitu... tidak berbajulah kami.. huhuhuu...

Kita pula, hujan-hujan ni... jika imunisasi lemah lalu mudah lah di serang demam, batuk & selesema.
Orang yang ada asma.. harus berjaga-jaga. Jauhkan dari makanan yang sejuk.

Jom... baca testimoni seorang kawan saya.

Alhamdulillah.. saya tumpang gembira.
Beliau & si comel sihat. Yang penting si comel tidak meragam macam 2 kakak & abang nya.

Kengkawan yang masih was-was tentang kehebatan produk Shaklee, YOK!!!... 

Hubungi saya ; Saya akan berikan yang terbaik untuk anda & si comel supaya sihat & ceria semasa pantang dan selepas berpantang.




Wednesday, December 17, 2014

5 petua : Hilangkan Lingkaran Hitam bawah Mata

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

 
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan terjadinya lingkaran hitam bawah mata. Ianya terjadi mungkin disebabkan oleh keletihan, pertambahan usia atau tidak cukup tidur.



Antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah lingkaran hitam bawah mata adalah seperti berikut:

1. Hilangkan lingkaran hitam bawah dengan mata teh
Ambil uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Letakkan uncang itu di atas kawasan mata dan biarkan selama 15 minit. 

2. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan timun/ kentang
Potong nipis sebiji timun dan lekapkan hirisan timun itu di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air. Boleh juga gunakan kentang dan caranya sama seperti timun. 

3. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan daun pudina
Lenyekkan beberapa helai daun pudina segar dan letakkan di bawah mata. Biarkan selama 10 minit dan boleh dibilas sdengan air.

4. Hilangkan lingkaran hitam bawah mata dengan madu
Ambil sebiji kuning telur dan campurkan dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan pada sekeliling mata dan biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air. Boleh dilakukan sebelum tidur. 


***Banyak kegunaan bahan dapur ni selain bahan untuk memasak kan...:)



Sesekali kita memanjakan diri dengan melakukan perawatan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tersedia di dapur. 
 
Jom... kita amalkan petua di atas untuk mata.
Jika anda mahukan supplemen untuk kesihatan mata,

 Hubungi saya ;
 

5 TABIAT YANG MENYEBABKAN MASALAH GEMUK!

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. . luangkan masa anda seketika.

5 tabiat yang menyebabkan GEMUK :

(1) Makan makanan rendah/bebas lemak
Pasti anda berasa pelik mengapa makanan yang lebih sinonim sebagai cara terbaik untuk kurus tetapi sebenarnya menjadi punca gemuk. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sememangnya kandungan kalori didalam makanan rendah/bebas lemak adalah sedikit. Tetapi ia akan membuatkan seseorang untuk berasa lapar lebih cepat. Tidak semestinya makanan yang mengandungi banyak kalori anda perlu elak seratus peratus. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan perancangan pemakanan yang betul dari pakar.


(2) Tidur terlalu sedikit/banyak
Hasil daripada kajian Wake Forest, seorang yang tidur kurang daripada 5 jam akan meningkatkan risiko perut buncit sebanyak 2 setengah kali ganda. Manakala seorang yang tidur melebihi daripada 8 jam pula akan meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Masalah tidur adalah merupakan punca gemuk yang utama.



(3) Minuman bergas
Kajian mendapati bahawa seorang yang minum 1 atau 2 tin minumun bergas sehari akan meningkatkan punca gemuk sebanyak 33 peratus. Penyelidik membuat teori bahawa pemanis buatan akan meningkatkan lagi selera makan seseorang.


(4) Elak waktu makan
Berdasarkan kajian oleh Calorie Control Council, 17% rakyat Amerika bersetuju bahawa mereka mengelak waktu makan semata-mata untuk kurus. Tetapi ia sebenarnya akan meningkatkan risiko punca gemuk. Ini kerana apabila anda tidak makan, ia akan melambatkan pergerakan metabolisme dan akan merangsang seseorang untuk berasa lapar. Peratus anda makan secara berlebihan pada hidangan seterusnya adalah tinggi.

(5) Makan terlalu cepat
Hasil daripada kajian Journal of the American Dietetic Association mendapati bahawa seseorang yang makan dengan cepat biasanya akan makan secara berlebihan. Ini kerana perut akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 minit untuk memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya. Ia adalah merupakan punca gemuk utama yang ramai masih tidak sedari.


Anda sedang berusaha mahu turunkan berat badan.

3 Peringkat Fungsi Set Kurus

BAKAR—>BUANG—-> BINA 

 Set bajet DIET
 
Set Lengkap DIET
 



**Mengikut bajet anda **

Hubungi saya ;