Thursday, December 25, 2014

Anemia cetus risiko keguguran

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kepada pembaca blog saya, terlepas membaca info kesihatan di suratkhabar Utusan Harian.

Ibu hamil perlukan zat besi

Jangan pandang remeh, jika ada masalah kesihatan buruk padahnya.

LESU, letih, tidak bertenaga, semput, pening, rasa berdebar, kulit pucat, dan tidak boleh berfikir dengan jelas, merupakan di antara simptom-simptom seseorang itu menghidap anemia.
Selalunya, mereka yang mengalami simptom-simptom ini tidak begitu mengendahkannya dan hanya mengandaikan tidak mendapat rehat yang cukup.
Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi golongan yang lebih kerap dikaitkan adalah ibu-ibu mengandung.
Simptom-simptom ini dikatakan perkara biasa yang dialami wanita ketika hamil, malah mereka seringkali dimaklumkan supaya mengabaikan gejala-gejala tersebut memandangkan semua itu disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil.


Begitupun awas, kerana mungkin menandakan wanita mengandung itu menghidap anemia akibat kekurangan zat besi.
Menurut Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Kiren Sidhu, zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Tambah beliau, wanita yang menghadap risiko anemia perlu merancang serta menjaga diri semasa hamil dan selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.

Ini kerana katanya, antara komplikasi yang biasa dialami wanita hamil akibat kekurangan zat besi ialah ancaman keguguran.
“Disebabkan masalah ini semakin kerap berlaku dalam kalangan wanita hamil hari ini, amat penting supaya perhatian ditumpukan kepada penjagaan pranatal yang sewajarnya.
“Kepentingan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan juga mustahak agar kesulitan atau masalah kesihatan untuk ibu dan anak yang lebih rumit dapat dielakkan,” ujarnya ketika ditemui pada bengkel Komplikasi Berkaitan dengan Wanita Hamil, di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai penyakit anemia, ulas Dr. Kiren, penyakit ini berlaku apabila darah kekurangan sel darah merah yang sihat.
Pada masa yang sama, badan turut tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin iaitu bahagian sel darah merah yang membolehkan oksigen disampaikan ke seluruh badan.
Katanya lagi, kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk, dan kehamilan.

Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan tumbesaran bayi.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi semasa hamil, bertambah daripada 15 kepada 27mg/dl sehari.
Malangnya hari ini ramai wanita memulakan kehamilan tanpa simpanan zat besi yang secukupnya dan berlanjutan walaupun selepas melahirkan anak.

Dr. Kiren juga memberitahu, wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa bersalin, melahirkan anak beberapa kali, dan ibu yang menyusukan bayi akan berisiko kekurangan zat besi.
“Anemia yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil dan selepas melahirkan anak boleh mengakibatkan masalah lain seperti keguguran, kelahiran pramatang, kekurangan berat badan, kemurungan selepas bersalin, kerencatan perkembangan dalam seseorang kanak-kanak, kerencatan semasa dilahirkan, dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia.
“Namun apa yang lebih malang, penyakit ini jika tidak dicegah serta dirawat boleh menyebabkan ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan bagi jangka masa panjang,” katanya lanjut.

Oleh itu, golongan wanita disaran menjalani ujian darah sebelum merancang hamil bagi mengetahui tahap hemoglobin masing-masing.
Namun, senario yang lazim dilihat ialah kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas mereka disahkan mengandung dan pada masa itu, mereka sudah pun didapati mengalami anemia yang ringan.
Pada masa yang sama, wanita-wanita hamil dinasihatkan agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.


Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan, dan tauhu.
Bagi kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.
Justeru, wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil serta empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak.

Untuk mengekalkan kecergasan, pengambilan zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah turut digalakkan.
Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana, jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia terutama bagi wanita-wanita hamil.
 
***Kita perlu jaga kesihatan tidak kiralah semasa hamil ataupun tidak.
 
Mahukan supplemen untuk anda & keluarga bersama produk Shaklee,
Hubungi saya ;
 
 
** Makanan tambahan untuk semua dari usia 1 tahun hingga ke warga emas.
 
** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
 
 
 
 



No comments: