Monday, November 25, 2013

Vivix & pembuluh darah otak pecah

Kisah Vivix dan pembuluh darah otak pecah
Strok ni maksudnya tiba-tiba../ dalam istilah perubatan strok bermaksud kematian mengejut. Dalam erti kata lain strok adalah serangan otak yg timbul mendadak akibat pembuluh darah otak pecah atau tersumbat. Antara punca adalah tekanan drah tinggi, kolestrol tinggi, gangguan jantung, diabetes. Faktor lain adalah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, alkohol, fastfood, kurang senaman, obesiti. Stress yang kronik juga punca terjadinya strok.
Bila saya nampak perkataan pembuluh darah pecah dan tersumbat, memang ngeri rasa. Lagi2 bila baca yang stress terlampau juga punca strok.. Memang kita takboleh nak elak dari stress2 ni semua.. dah nama pun kehidupan. kena hadapi.. Apa yg saya boleh kongsikan, antara langkah hindarkan diri dari strok adalah hentikan merokok, periksa tekanan darah anda, semak kesihatan jantung anda, semak gaya hidup dan pemakanan harian, hindari makan daging merah terlalu banyak, banyakkan makanan berserat, kurangkan garam dalam makanan harian (kurangkan fastfood), aktif bersenam. dan yang paling penting atasi dan kawal stress harian anda...  Sebut tentang stress, ada banyak cara untuk kawal stress.Antaranya senyum sentiasa, count your blessings.. berhenti dari risau terlampau.. hitung kesyukuran.. dan kalau nak amalkan suplemen.. amalkan 1biji B Complex sehari dan 1 sudu Vivix sehari.
Kenapa vivix? Kerana  Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polygonum Cuspidatum yang terkandung dalam Vivix itu mampu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, mengawal tekanan darah serta mengurangkan berat badan.Jangan khuatir kerana bahan-bahan utama Vivix telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Orang kata Vivix mahal .. tapi cuba fahamkan maksud mahal tu.... mana lagi mahal.. sebotol Vivix atau pembuluh darah otak yang pecah yang tiada galang ganti itu? harga pembuluh darah otak tak dapat dinilaikan dengan sebotol Vivix ya.. ia bernilai lebih dari itu... Kesihatan adalah anugerah rahmat dari Allah tak ternilai.. Kalau kita boleh beli baju, barang2 kehendak kita..tak salah beli sesuatu untuk yang tersayang.. lagi2 mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil? "... Pembuluh darah pecah? Oh tidak.. jom mulakan sesudu Vivix...

Tuesday, November 12, 2013

dah ada stok..vitamin C Plus 500mg

Salam 1 Malaysia,

Jommm...kita buat stok..utk Sustained Released Vita-C 500mg untuk anda & famili.


Berminat...
Hubungi saya seperti di atas...


Monday, November 11, 2013

Keperluan Vitamin C 500mg dalam badan




♥Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi

♥Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam

♥Menguatkan struktur gigi dan gusi

♥Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C

♥Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan

♥Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

♥Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi

♥Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites

♥Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan 'oxidation' terhadap kolestrol jahat

♥Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)

♥Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.

♥Membantu dalam proses pemulihan kudis

♥Pengambilan vitamin C sebanyak 1000-5000mg sehari dapat mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru

♥Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.

Berminat utk dapatkan harga menarik??




Sunday, November 10, 2013

PENYAKIT BATU KARANG DAN SUPPLEMENT SHAKLEE


Apa dia batu karang dalam Ginjal?

Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan "Buah Pinggang" terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar. Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing.

Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera. 

Adakah batu dalam ginjal penyakit biasa?

Kejadian batu dalam ginjal ini adalah masalah biasa dalam saluran kencing. Adalah dianggarkan bahawa satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk akan mengalami kejadian batu dalam ginjal ini pada sesuatu ketika dalam hidupnya. Sesetengah orang mengalami kejadian batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan tidak berulang lagi.

Dalam kebanyakkan kes batu dalam ginjal adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Biasanya orang lelaki pertengahan umur lebih ramai yang mengidap penyakit ini dari kaum wanita. Ada diantara penyakit batu karang ini disebabkan oleh zuriat keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit ini di kalangan anda, mintalah nasihat daripada doktor anda.

Apakah tanda-tandanya?

Batu dalam ginjal jarang-jarang menimbulkan masalah ketika ianya mula terjadi. Tetapi apabila batu-batu itu beralih atau bergerak di dalam ginjal atau di dalam saluran kencing, kesakitan yang amat sangat akan dirasai dan pendarahan biasanya berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Dalam sesetengah kes, batu itu tersekat menyebabkan kesakitan dan membahayakan apabila kuman itu merebak. Bila ini berlaku, tanda-tanda seperti berikut akan dirasai iaitu pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk. Ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Bagaimana batu dalam ginjal itu diubati? 

Pengubatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan seseuatu kes itu. Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka pengubatannya ialah dengan mengelakkannya dari berlaku lagi.

Dalam hal ini pesakit akan disuruh minum air dengan banyak, sebanyak 3 liter sehari. Cara ini akan dapat membersihkan ginjal. Makanan pesakit juga akan diubahsuai bagi mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian. Kajian ini perlu untuk para doktor bagi menentukan sebab musabab terjadinya batu tersebut dan boleh pula membantu dalam rancangan pengubatan bagi mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Pengubatan telah berjaya didapati untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Dalam kes-kes yang lebih serius, apabila batu itu terlalu besar untuk keluar sendiri dan memudaratkan pesakit, suatu pembedahan adalah perlu. Adalah penting diingatkan bahawa penyakit ginjal ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, maka ginjal atau buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Jenis- jenis Batu karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
  1.  Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  2. Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  3. Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  4. Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Apa dia batu Karang dalam Hempedu?

Hati menghasilkan hempedu - sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolestrol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu sehingga ia diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil anda. 

Apabila makan, pundi hempedu anda akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa. Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) di mana ia akan mula memecahkan lemak dalam makanan anda. 

Jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ia akan membentuk menjadi partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu ini adalah sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar.

 Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.
Bagaimana batu dalam hempedu diubati?

Doktor-doktor sering kali menemui 'batu-batu senyap' ini sewaktu pemeriksaan kesihatan yang rutin untuk mengesan penyakit lain dan selalunya, pesakit disarankan untuk 'tunggu dan lihat' daripada merawat. Walau bagaimanapun, jika batu karang hempedu anda menunjukkan simptom-simptom, terdapat rawatan pembedahan dan bukan pembedahan yang boleh dilakukan.

Pembedahan laparoskopik kolesistektomi. Kebanyakan surgeri pundi hempedu dijalankan menggunakan laparoskop – sejenis tiub senipis pensel dengan sistem lampu dan kamera video yang kecil.Hanya beberapa insisi kecil akan dilakukan. Anda kurang berasa sakit selepas pembedahan, kurang parut dan boleh kembali melakukan aktiviti seharian hanya dalam beberapa hari.

Pembedahan terbuka. Pundi hempedu akan dikeluarkan melalui insisi besar di abdomen. Selepas surgeri dilakukan, hati anda akan terus menghasilkan hempedu yang secukupnya untuk mencernakan diet yang normal. Bukan pembedahan. Batu-batu karang akan terbentuk berulang kali apabila rawatan bukan surgikal dilakukan.

Walau bagaimanapun, apabila surgeri bukanlah pilihan utama si pesakit, doktor anda akan mencadangkan salah satu daripada pilihan berikut:
Pil garam hempedu:  Doktor akan menyarankan pengambilan ubat ursodial (Actigall), yang akan melarutkan batu-batu kolestrol dalam beberapa waktu yang ditetapkan. Rawatan ini sesuai dilakukan untuk batu-batu karang yang kecil.
Terapi gelombang bunyi (litotripsi gelombang kejutan extracorporeal): Rawatan ini menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk memecahkan batu-batu karang. Batu-batu karang akan terbentuk kembali melainkan jika anda mengambil ursodial secara berterusan.


1. Simptom :
> Sakit pinggang / belakang
> Kencing Berdarah
> Demam menggigil
> Muntah2
> Air kencing keruh / bau busuk
> Sakit ketika buang air kecil

2. Boleh terjadi di :
> Buah pinggang
> Hempedu

3. Jenis batu karang di buah pinggang
> Kalsium
> Strurite : infeksi di saluran kencing
> Asid urik
> Crytime : penyakit keturunan

4. Jenis batu karang di hempedu
> Kolesterol
> Pigmen : banyak bilirubin dalam hempedu

5. Cara Mengatasi
> Minum air masak 8-12 gelas sehari
> Mengurangkan pengambilan daging (daging meninggikan asid urik)
> Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
> Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
> Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
> Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
>Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
> Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.


Faktor risiko
Antara faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).
  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.
  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.
Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin. Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Perlukah kita berpantang?

ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

credit to : http://penyakitbatukarang.blogspot.com

Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Pesakit Batu Karang

[1] ALFALFA : Mengurangkan keradangan akibat batu karang

[2] B-COMPLEX : Menampung B6 dalam badan - mengurangkan oksalat
                         (garam mineral yang membentuk batu karang)

[3] VITAMIN C : Membantu penyembuhan dalaman,
                       Mengasidkan urin - Batu karang tidak terhasil dalam urin berasid.

[4] LECITHIN : Membakar lemak yang berlebihan yang mendorong pembentukan batu karang.
[5] OSTEMATRIX : Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah pembentukan batu karang.
 * Ada magnisium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan sempurna

[6] ESP : Sebagai pengganti protein haiwan dan bebas kolesterol



MERAWAT BATU KARANG DENGAN SHAKLEE
     



                                                     
                                                        

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. 
                                    
                                            


Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. 

Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.





                                                  

VITA C 500MG

Sustained Release Vita C 500 mg dari Shaklee merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang boleh membekalkan Vitamin C selama berjam-jam. Satu tablet mengandungi Vitamin C yang bersamaan dengan 7.5 biji oren dan boleh membekalkan Vitamin C berterusan selama 5 jam.


Vitamin C yang juga kenali sebagai ascorbic acid sering dikaitkan dengan fungsinya untuk mencantikkan kulit. Ia bertindak melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Bagaimanapun Vitamin C bukan sahaja bertindak untuk kesihatan kulit, malah merupakan anti-oksidan yang berkuasa dan membantu memerangi kanser. Berikut adalah fungsi utama Vitamin C yang seharusnya kita ketahui.

Membentuk Kolagen – Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, sekaligus mempertingkatkan kedut dan menegangkan otot.
Meningkatkan Sistem Imun – Membina sel darah merah dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun. Ia juga mengurangkan simptom selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan – Mengelakkan masalah gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kasar, serta pemulihan kecederaan yang lambat.
Memerangi Kanser – Merangsang pengeluaran T-cells untuk memerangi sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita, serta memusnahkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel-sel tubuh kita.
Mencantikkan kulit – Melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Mengekalkan Kolestrol Sihat – Vitamin C berupaya untuk mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga menghalang pendarahan dalaman.




Wednesday, November 6, 2013

Advanced Joint Health Tablets

Kenapa Advanced Joint Health Tablets?

advanced joint health
Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini disebabkan oleh joint discomfort.
Kadang-kadang, kalau menghadap komputer lama-lama, sakit belakang, leher, lutut..kadang2 tangan pun sakit kan sebab angkat benda berat or buat sesuatu dalam tempoh yang lama. Jadi, Joint Health Tables ni melegakan dan boleh membantu. Mengikut clinical test yang dibuat, kesannya boleh dilihat/dirasai seawal 5 hari selepas penggunaan!!

Joint Health Tablet ni membantu kita dalam 3 cara:
  1. Menyokong keselesaan sendi: Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  2. Bertindak sebagai ‘kusyen’: Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
  3. Memelihara tisu penyambung yang sihat: Zinc, copper, manganese and vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi denganmembekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.
Melalui 3 cara inilah joint health tablet dpt bantu melegakan sakit-sakit sendi..Shaklee Advanced Joint Health Tablet ni sangat2 bagus sbb ianya dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.


Cadangan Supplemen : SET BAJET

Salam 1 Malaysia,

Inginkan supplemen dalam bajet anda. In shaa Allah... anda mampu.
Pilihan TERBAIK untuk kita.

Hubungi saya, kiranya berminat :

Tuesday, November 5, 2013

Meal Shakes


Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 



Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Kebaikan Meal Shake Shaklee Terbaik Untuk Anak :

Meal Shake Shaklee sememangnya menjadi pilihan ramai ibu bapa hari ini untuk kesihatan menyeluruh anak-anak mereka yang sedang membesar. Diberi nama timangan "easy-on-the go-meal" merupakan supplement multivitamin shaklee yang mudah dan pantas disediakan yang melengkapkan keperluan nutrisi untuk anak yang sedang membesar.

Kebaikan Meal Shake Shaklee yang 1001 terutama memperbaiki selera makan anak yang picky eater, memperbaiki tahap kesihatan anak yang kerap demam, batuk, asthma dan kurang berat badan sememangnya diakui oleh ramai ibu bapa yang telah mencuba meal shaklee yang terbukti terbaik, berkesan dan semestinya selamat untuk kesihatan dalaman anak-anak.


Caratomax Shaklee


CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja. 
CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:
•    Memelihara kesihatan yang baik. 
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. 
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. 





Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. 
*CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.




Saturday, November 2, 2013

Rambut kerap Gugur

Salam 1 Malaysia,

Masalah rambut kerap gugur & akhirnya makin menipis. Sekiranya dibiarkan berterusan, kulit kepala akan nampak dengan "lebih jelas"..ngerinya!!..

Punca rambut gugur, antaranya :

  • kelenjar tiroid yang terlalu aktif / pasif
  • demam, jangkitan & selesema yang serius
  • perubahan hormon
  • amalan diet yang tidak seimbang
  • kesan daripada ubat-ubatan
  • stress
Untuk mendapatkan rambut sihat & segar sepanjang hari, amat digalakan pengambilan supplemen Shaklee seperti : 
  • B Complex : Elakan uban
  • ESP : Rambut dibina dari protien
  • Zinc : Kukuhkan saf rambut
  • Collagen : Lembapkan rambut dari cabang [belah dua]
 


Serta juga :

  • Pilihan syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut
  • Guna sikat rambut bergigi jarang
  • Pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.

Vivix Shaklee

Apakah sebenarnya Vivix ini?~Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.~Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.~ Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.


Vivix bertindak dalam 4 cara:1. Mempertahankan sel (cell defense)2. Memberi tenaga kepada sel (cell energy)3. Memperbaiki sel (cell repair)4. Meningkatkan prestasi sel (cell performance)

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.“ Dalam bentuk cecair, minum 1 sudu sehari, rasa macam cordial rebina yang pekat.”

Siapakah yang perlukan Vivix Shaklee?- Golongan yang mengidap kanser atau berisiko mengidap kanser akibat keturunan atau kegagalan fungsi mana2 organ- Golongan yang mempunyai ketahanan badan yang lemah- Golongan yang mempunyai masalah selaput mata/penglihatan- Pesakit SLE- Pesakit jantung- Pesakit kencing manis- Pesakit darah tinggi- Pesakit gout- Pesakit stroke- Wanita yang mempunyai cyst- Anti-penuaan- Perokok tegar- Ketagihan dadah
***Bakal dipatenkan tidak lama lagi.  Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.