Sunday, November 10, 2013

VITA C 500MG

Sustained Release Vita C 500 mg dari Shaklee merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang boleh membekalkan Vitamin C selama berjam-jam. Satu tablet mengandungi Vitamin C yang bersamaan dengan 7.5 biji oren dan boleh membekalkan Vitamin C berterusan selama 5 jam.


Vitamin C yang juga kenali sebagai ascorbic acid sering dikaitkan dengan fungsinya untuk mencantikkan kulit. Ia bertindak melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Bagaimanapun Vitamin C bukan sahaja bertindak untuk kesihatan kulit, malah merupakan anti-oksidan yang berkuasa dan membantu memerangi kanser. Berikut adalah fungsi utama Vitamin C yang seharusnya kita ketahui.

Membentuk Kolagen – Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, sekaligus mempertingkatkan kedut dan menegangkan otot.
Meningkatkan Sistem Imun – Membina sel darah merah dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun. Ia juga mengurangkan simptom selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan – Mengelakkan masalah gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kasar, serta pemulihan kecederaan yang lambat.
Memerangi Kanser – Merangsang pengeluaran T-cells untuk memerangi sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita, serta memusnahkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel-sel tubuh kita.
Mencantikkan kulit – Melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Mengekalkan Kolestrol Sihat – Vitamin C berupaya untuk mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga menghalang pendarahan dalaman.




No comments: