Tuesday, December 23, 2014

Hujan... Alhamdulillah.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Diharapkan pembaca blog saya yang budiman sentiasa di dalam keadaan sihat & ceria di samping insan-insan tersayang.

Hujan sedang melanda di pantai timur... Kelantan, Terengganu & Pahang.
Banjir di sesetengah kawasan...

Jom... kita hayati doa-doa ;

Doa ketika hujan turun
"Allahumma Shoyyiban naafi'an"

Maksudnya: "Ya Allah, jadikanlah hujan ini hujan yang membawa maanfaat" - Hadith Riwayat Bukhari
 
“Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, waktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” [HR Abu Daud]
 
 

Tatkala Turunnya Hujan Lebat

.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam suatu saat pernah meminta diturunkan hujan. Kemudian apabila hujan turun begitu lebatnya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa,
 
اللَّهُمّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالْجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosakkan kami. Ya Allah, turukanlah hujan ke dataran tinggi, gunung-ganang, bukit-bukau, tasik lembah dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR. Bukhari no. 1013 dan 1014).
 
 
 

 

No comments: