Saturday, October 11, 2014

Masa itu Emas - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Macam biasa saja dengar peribahasa ini kan...


Masa Itu Emas

Lidah Pendeta : Masa  Itu  Emas
Maksudnya     : Masa itu  sangat  berharga
Contoh ayat     : Janganlah kita membuang masa dengan sia-sia kerana masa itu emas.


Masa itu emas

Teks: Rozida Ismail

Masa bagi sesetengah orang terlalu banyak. Dalam sehari, begitu banyak masa terluang untuk melakukan pelbagai hobi. Dan hobi paling mudah dan memakan banyak masa ialah tidur. Beruntunglah sesiapa yang mempunyai banyak masa untuk melakukan hobi seperti itu. Tetapi bagi kebanyakan orang pula, masa terlalu sedikit. Walaupun satu hari diperuntukkan 24 jam, namun mereka terkejar-kejar untuk melakukan banyak tugasan seharian. Tugasan rumah, pejabat, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.

Tidak kira sama ada masa untuk kita habiskan sedikit atau banyak, kita perlu pandai membahagikan dan mengadakan masa. Inilah yang sering menjadi kemusykilan pada semua orang. Mana satu tugas yang patut didahulukan dan yang mana pula patut dikemudiankan. Sebenarnya hanya diri sendirilah yang tahu mana satu tugasan yang penting dan perlu disegerakan berbanding tugasan penting yang boleh ditangguhkan (urgent vs. important). Kerana itu pepatah orang dulu-dulu mengatakan masa itu emas. Pepatah  Arab mengatakan ‘Masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita'. Pepatah Inggeris pula mengatakan 'time is money'. Semua masyarakat menghargai masa sebagai sesuatu yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diputar kembali. Masa yang sudah berlalu takkan dapat diganti walau menangisinya dengan air mata darah sekali pun.


Hargai masa, jangan biarkan ia terbuang begitu sahaja.
Sekiranya kita mempunyai banyak kerja dan perlu dilakukan dalam tempoh masa yang terhad, eloklah kita merancang masa terlebih dahulu. Susun aktiviti mengikut keutamaan dan kepentingan. Seringkali kita terperangkap dalam sesuatu aktiviti yang melekakan menyebabkan perkara yang lebih penting terpaksa dikorbankan. Contohnya, saya seorang berniaga secara online jadi harus ada jadual dari awal pagi hinggalah ke malam... senaraikan apa yang wajib, tugas yang besar hingga ke tugas yang paling kecil. Dari situ, akan kita tahu.. mana yang perlu dihabiskan hari yang sama atau keesokannya.

Jika kita berpeluang bersama :
  •  anak-anak gunakanlah peluang tersebut sebaik mungkin. - bawa berkelah, ke perpustakaan / ke taman permainan.
  • ibubapa bermesralah sebaik mungkin dengan mereka. Peluang kita...tak tahu akan dapat lagi ke tidak bersama mereka. Hadiahkan lah sesuatu walaupun tidak mahal.. tapi mereka pasti tersenyum bila dapat hadiah tersebut pemberian dari anak tersayang. Contoh hadiah : pisang goreng di tepi jalan, buah-buahan mahupun vitamin set sendi&tulang... alhamdulillah...tersenyum panjang ibubapa kita... [tak caya cer order dekat saya & hadiah kepada ibubapa anda]..:). Jika anda sudah kehilangan ibubapa...sentiasalah bersedekah al-fatihah untuk mereka. 
**Mahukan vitamin untuk ibubapa/ anak-anak kita, hubungi saya :

No comments: