Wednesday, June 18, 2014

Athma / Lelah

Lelah merupakan suatu keadaan di mana terdapat peningkatan kepada tindakbalas bronkus kepada rangsangan tertentu.  Disebabkan oleh ini, terdapat penyempitan pada salur udara dan, lapisan pada salur udara juga mengalami keradangan dan terdapat peningkatan di dalam penghasilan lendir. Biasanya, penyakit ini bermula pada zaman kanak-kanak dan jarang berlaku selepas berumur dua puluh lima tahun. Kerapkali, pada 30% kes-kes, terdapat sejarah lelah pada keluarga pesakit.


Faktor-faktor Pencetus :
  • Habuk di rumah dan  hama.
  • Bulu haiwan peliharaan berdarah panas seperti anjing dan kucing.
  • Jangkitan pada salur pernafasan atas.
  • Senaman.
  • Angin yang sejuk.
  • Menghidu produk berminyak wangi.
  • Ketawa.
  • Bahan iritan (yang merangsangkan) seperti asap, cat atau gas-gas kimia.
  • Ubat-ubatan, misalannya ubat untuk tekanan darah tinggi seperti penghalang beta, aspirin dll.
  • Punca-punca industri seperti habuk kapas di industri-industri tekstil, tepung atau biji-bijian di industri pembakaran roti, habuk papan pada pertukangan kayu.
  • Penambah (additives) makanan tertentu.
  • Tekanan emosi atau teruja.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala :

Lelah adalah berepisod. Di antara serangan-serangan, terutamanya pada kanak-kanak, mungkin tidak terdapat  gejala-gejala langsung. Sebelum serangan-serangan  tersebut, kadang-kadang pesakit mengalami bersin, perasaan ingin kentut atau gelisah dan mudah tersinggung. Gejala-gejala biasanya adalah lebih tenat pada awal pagi. Seorang pesakit  mungkin mengalami lebih dari satu gejala seperti

  • Batuk.
  • Pernafasan termengah-mengah – Bunyi bising semasa bernafas.
  • Perasaan ketat pada dada.
  • Kesukaran bernafas, terutamanya apabila menghembus keluar.
  • Nafas yang pendek. Pada kanak-kanak yang kecil, tulang rusuk bawah akan tertarik ke dalam semasa bernafas.
  • Semasa serangan berulang-ulang atau yang tenat, pesakit mungkin menjadi sianos (pewarnaan biru dan pucat serta nadi menjadi deras)

Komplikasi :
Kegagalan pernafasan akut yang boleh menyebabkan maut.

Apa Yang Boleh Dilakukan Oleh Anda :
  • Seorang doktor haruslah dirunding apabila nafas anda menjadi termengah-mengah pada pertama kalinya.
  • Gunakan suatu alat yang bernama meter aliran puncak (Peak Flow Meter) untuk mengukur angin yang keluar dari paru-paru. Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda mengenai penggunaan meter aliran puncak.
  • Ambil ubat seperti yang dipreskripsi oleh doktor anda. Tanya mengenai nama ubat yang dipreskripsi pada doktor atau pegawai farmasi anda. Pastikan anda mengetahui ubat manakah yang memberi “kelegaan” dan yang mana satukah yang “mencegah”.

Ubat-ubat “melegakan” adalah ubat-ubatan yang bertindak serta merta untuk membantu anda bernafas dengan mudah apabila serangan bermula. Jika anda harus menggunakan ubat-ubat “pencegah” dengan lebih kerap, ini bermaksud lelah anda tidak dikawal dengan sebaiknya. Contoh-contoh ubat tersebut adalah salbutamol dan terbutalin.
Ubat-ubat “pencegah” adalah ubat-ubatan yang mengelakkan anda dari mendapat serangan. Ia biasanya dipakai atau diambil setiap hari, misalannya steroid. Apabila terdapat serangan lelah, ubat “melegakan” haruslah diambil dahulu kerana “pencegah” tidak akan menghentikan serangan tersebut. Contoh-contoh “pencegah” adalah budesonid dan beklometason.
Apakah Yang Akan Dilakukan Oleh Doktor :


Lelah bergantung kepada keadaan dan tahap serangan. Perkara-perkara yang mungkin dilakukan oleh seorang doktor: -

  • Memberi pengembang bronkus – samada melalui laluan mulut (oral) atau menggunakan nebulizer. 
  • Memberikan perubatan oral atau memberikan ubat secara intravena, misalannya steroid, dalam serangan-serangan yang tenat. 
  • Memberikan perubatan dalam bentuk inhalasi (penyedutan) kerana ia bertindak cepat dan menghasilkan kesan-kesan samping yang sedikit serta sukatan ubat (dos) yang rendah boleh digunakan. 
  • Memberi oksigen.
  • Memberi antibiotik untuk merawat sebarang jangkitan sekunder yang mungkin hadir bersama. 
  • Mengajar pesakit mengenai apa yang harus dilakukan untuk menghalang serangan dan juga memberi nasihat mengenai ubat yang harus diambil semasa serangan. 
  • Menunjukkan cara penggunaan meter aliran puncak untuk memantau keterukan lelah.
  • Memberitahu mengenai apa yang harus dilakukan untuk mengelakkan dari terjadinya serangan. 
  • Merujuk kepada hospital untuk pengurusan lanjutan, jika perlu.

Tabiat-tabiat Baru :
  • Belajar untuk beristirehat. 
  • Cergaskan diri anda. Senam untuk meningkatkan muatan paru-paru anda. 
  • Pakai rantai tangan pengenalpasti lelah. 
  • Simpan bekalan ubat-ubat lelah yang secukupnya. 
  • Elakkan merokok. 
  • Elak persekitaran yang berhabuk dan tercemar. 
  • Elak faktor-faktor pencetus yang dikenalpasti. 
  • Simpan nombor telefon doktor anda dan hospital tedekat pada tempat yang mudah dicapai.
  • Jangan memberhenti atau memulakan perubatan tanpa berunding dengan doktor anda. 
  • Runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang ubat-ubatan yang diambil atau mengenai penggunaan penyedut (inhaler) yang betul.

Dengan pengurusan yang betul, seseorang pesakit lelah dapat menjalani kehidupan yang normal.

Dapatkan set combo Omega Guard dan Nutriferon untuk meningkatkan kesihatan anda!

Hubungi saya :



No comments: