Friday, August 28, 2015

6 cara FOKUS ketika Belajar

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Masalah bagi kita sebagai ibu.. mama.. ummi.. anak-anak tidak fokus bila belajar.
Jom, baca info di bawah :

Senario itu juga memungkinkan pelajar menjadi semakin ‘malas’ atau kurang bersemangat untuk belajar kerana kesukaran menumpukan perhatian. 
Namun usah gusar kerana masih ada cara mengatasi masalah berkenaan, sekali gus melonjakkan kembali keinginan untuk berjaya dengan syarat dilaksanakan dengan penuh disiplin. Antara panduan boleh diikuti ialah: 
  • Mengaplikasi pancaindera 
    Kita perlu belajar untuk fokus terhadap sesuatu perkara dengan menggunakan segala pancaindera yang ada kerana amat rumit untuk mengingati jika tidak memberi perhatian dari awal. Memori yang kuat terhasil daripada gabungan pelbagai deria seperti pendengaran, pergerakan, bau dan rasa. 
  • Membuat petunjuk 
    Bagi meningkatkan lagi memori, buat petunjuk melalui objek yang mudah diingati menerusi imaginasi. 
  • Menggunakan emosi 
    Mainkan emosi dengan mengaitkannya dengan perkara yang indah dan menggembirakan. 
  • Imaginasi 
    Gunakan imaginasi peribadi seperti anggota keluarga, rakan-rakan, rumah, pejabat, suatu peristiwa menarik dan hal-hal yang istimewa untuk membantu lebih fokus namun pelajar perlu bijak mengawalnya kerana dikhuatiri pula menjadi angan-angan. 
  • Melakukan pengulangan 
    Ulanglah perkara yang perlu dipelajari atau diingati dengan pelbagai cara berbeza lagi kreatif seperti membuat peta minda, bercakap dengan nada yang kuat atau membuat lagu. 
  • Membuat kata kunci 
    Cuba ingat bahagian pertama dan terakhir sesuatu perkataan. Kemudian bina kata kunci yang mudah mengingati bahagian berkenaan.
    Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/29

  • Saya suka vitamin,
    saya jual vitamin - harga mampu milik,
    saya mahu sihat & ceria bersama anda.

    Hubungi saya :



    No comments: