Thursday, August 27, 2015

PUNCA ANAK SEMBELIT

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Laungkan masa seketika yerr... info bersama : 


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Kasihan anak kita, jika mereka susah nak buang air besar... :(

*******************
Selain anak tidak mahu menyusu, masalah yang cukup merisaukan ialah apabila anak tidak buang air atau mengalami masalah sembelit. Lebih membimbangkan ialah kanak-kanak terutama yang masih bayi atau baru berumur setahun tidak pandai mengadu untuk memberitahu ketidakselesaan yang dihadapi.
Seperti orang dewasa, jadual buang air bagi setiap kanak-kanak juga berbeza. Malah kekerasan najis yang keluar juga tidak sama dengan kanak-kanak yang tiada masalah sembelit. Bayi yang diberikan susu badan akan buang air setiap kali selepas disusukan atau sekali dalam masa tujuh hingga 10 hari.
Namun biasanya bayi yang diberi susu badan buang air sekurang-kurangnya sekali dalam masa dua hingga tiga hari. Mengenai kekerasan najis, anda hanya perlu bimbang jika ia menyebabkan anak mengalami masalah untuk buang air.
Sembelit adalah masalah biasa di kalangan kanak-kanak khususnya ketika mereka dilatih untuk ke tandas atau selepas melalui pengalaman buang air yang menyakitkan. 
Antara tanda sembelit ialah:
  • Sakit perut (datang dan pergi)
  • Kurang lapar berbanding biasa
  • Berkelakuan resah dan tidak selesa
  • Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  • Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  • Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya

Sembelit jangka panjang menyebabkan:
  • Buang air dalam seluar. Hujung usus besar (rektum) anak anda dipenuhi najis dan ini menyebabkan ia mengembang. Anak anda mungkin tidak terasa mahu buang air kerana rektum ini sentiasa mengembang.
  • Dalam keadaan ini, najis boleh keluar sendiri tanpa disedari. Dalam istilah perubatan, sembelit disebut enkopresis atau inkontinen feses.

PUNCA :
******
Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.

RAWATAN :
*********
Rawatan perlu diteruskan sehinggalah kanak-kanak boleh buang air besar seperti biasa. Antara rawatannya ialah:
  • Memupuk tabiat ke tandas – Kanak-kanak yang ada masalah sembelit perlu dibiasakan duduk di atas mangkuk tanda secara teratur. Ini termasuklah duduk di tandas selama tiga hingga lima minit selepas sarapan, makan tengah hari dan malam. Mereka perlu duduk di atas mangkuk tandas walaupun tiada rasa mahu buang air atau mereka sudah buang air sebelum makan. Untuk menggalakkan tabiat ini, ibu bapa boleh memberi pelekat atau bintang sebagai penghargaan.
  • Ajar anak untuk ke tandas apabila terasa mahu buang air.
  • Buang pengalaman menyakitkan. Ini boleh dibantu dengan menggunakan ubat pelawas (makan) untuk melembutkan najis selama beberapa minggu. Ia akan memudahkan perjalanan najis dan memberi masa kepada luka untuk sembuh.
  • Ramai kanak-kanak takut terjatuh ke dalam mangkuk tandas. Untuk mengatasinya anda boleh meletakkan bangku kecil dan rendah di atas kakinya.

Selain ini galakkan anak untuk makan lebih sumber serat terutama bagi yang ada kecenderungan mengalami sembelit. Berikan anak sekurang-kurangnya dua hidangan buah-buahan setiap hari seperti plum, prun, kismis, aprikot dan pic. Jika boleh, pujuk anak untuk makan hidangan sayur-sayuran setiap hari.
INFO KESIHATAN 

*********************************************
Cadang VITAMIN untuk kanak-kanak :


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :

No comments: