Saturday, August 16, 2014

BOIKOT Shaklee???

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT Shaklee???

Copy by : Master ira&hafizan
Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua. 

Saya nak kongsi info ; isu BOIKOT SHAKLEE...
Dalam kita beraya, kita mengamalkan Shaklee dalam mengatasi masalah
kolestrol dan kesihatan jantung dengan mengambil phytocol, omegaguard,
lecithin, alfalfa dan juga coqhealth. Alhamdulillah, setelah berikhtiar
dengan Shaklee, dengan izin Allah, 
memang ramailah yang mengakui kesan produk-produk ini kepada kesihatan. 
Ramai yang mengakui kesihatan makin baik, ramai yang mengakui mereka 
sudah tidak terlalu bergantung kepada ubat-ubatan. Memang ramai yang
mengakui mereka semakin sihat selepas mengambil makanan tambahan
daripada Shaklee.

Walaupun ramai yang berpuashati dengan Shaklee, namun disebabkan 

oleh produk ini bukan buatan Malaysia, ada juga yang mempertikaikannya.
Pernah timbul isu produk Shaklee ni adalah dari USA. Jadi, kita semua
wajib boikot produk Shaklee ini kerana mahu menyekat ekonomi USA yang
mana menjadi "sahabat karib" kepada israel yang sedang menyerang Gaza
tanpa henti.

Ok, saya mengambil petikan daripada Aqsa Syarif berkaitan apa yang diboikot

ini kerana bagi pendapat saya, Aqsa Syarif lah NGO yang satu-satunya
memboikot berlandaskan disiplin ilmu fiqh dan fakta serta bukti yang jelas 
lagi benar.

Antara petikan sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan MCD:

Pengurusan MCD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika

yang lain.
Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika,
bahkan Aqsa Syarif tidak boikot syarikat Yahudi kerana ia milik orang yahudi.
Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan
Israel- sebuah regim yang zalim-tanpa mengira itu milik umat Islam.

Dalam isu boikot, saya bersandarkan kepada artikel ustaz zaharudin yang

ditulis oleh beliau sendiri. Kerana bagi saya, ustaz zaharudin adalah seorang
yang alim bab ini. Siapalah saya jika nak dibanding dengan ustaz zaharudin.
Saya cuma berkongsi isi-isi penting yang beliau kongsikan. Bila kita mahu
meletak hukum atas sesuatu perkara,kita mesti baca dari atas ke bawah satu
persatu, bukannya main terjah baca sikit-sikit, lepas tu terus buat kesimpulan.
Itu bukan caranya. Jom kita baca panjang lebar apa yang ustaz zaharudin 
kongsikan dalam artikel beliau di blog beliau. Di sini saya selitkan sedikit
info daripada petikan blog ustaz.
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyatakan bahawa boikot seperti ini adalah
bertujuan memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang 
seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaa
mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan
dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam. 
Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada
negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan
kejahatan dan serangan terhadap Islam.
Walaubagaimanapun, adakah perlu kita menjadikan seluruh Yahudi di seluruh
dunia tanpa mengira mereka membantu serangan atau tidak secara umum?.
Atau bagaimana?
Menurut pendapat spontan saya, kita perlu membezakan di antara hukum 
dan keutamaan (afdhaliyah). Secara mudahnya, hukum berurusan dengan
mereka sentiasa halal selagi mereka tidak terlibat secara langsung dengan
peperangan, cuma yang afdhalnya tidak berurusan tatkala Islam sedang
diserang oleh bangsa mereka. Bagi memahami hal ini, perkara berikut perlu
dilihat :-
1) Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan
semua syarikatnya adalah halal selagi transaksi yang dibuat menurut
syarat jual beli Islam.
2) Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Yahudi dan MoU
perniagaannya di negara Yahudi tidak boleh dianggap sebagai
membantu kerja keganasan Yahudi. Justeru, sebarang pembuktian
seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja
jahat Yahudi atau lain
3) Hukum asal ini hanya akan bertukar kepada haram berurusniaga
atau wajib memboikot mereka jika :-
a- Pemerintah Islam tertinggi iaitu Khalifah bagi seluruh dunia Islam 
mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam
Ia adalah kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam agar mentaati 
pemerintah dalam hal ehwal yang tidak bercanggah dengan Islam. 
Perintah ini tercatat di dalam Al-Quran. Hal ini dapat dilihat dalam tindakan
Khalifah Umar al-Khattab yang mengarahkan seorang sahabat agar
menceraikan isterinya dari kalangan Ahli Kitab dari negara Rome atas
dasar 'maslahat' iaitu untuk menjaga kepentingan wanita Muslimat
di ketika itu. Tatkala itu, perkara harus tadi sudah menjadi larangan
sementara waktu disebabkan arahan pimpinan Islam
(Nizam Al-Usrah Fil Islam, Dr Uqlah)  
Malangnya di ketika tiadanya seorang khalifah yang bertanggung jawab
bagi seluruh umat islam, adalah sukar untuk menggunakan peruntukan
kewajiban ini.
Sekadar fatwa ulama besar seperti Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi
masih tidak mampu menjadikan hukum boikot sebagai wajib buat
setiap individu umat Islam. Ia masih berada dalam lingkungan
'afdhal' atau 'elok' sahaja dan tidak wajib untuk boikot dan tidak
haram untuk terus berurusniaga.

Tiada Khalifah Islam:
Di waktu tiadanya khalifah tertinggi Islam, menurut Prof. Dr Syeikh Muhammad
'Uqlah El-Ibrahim (Prof Fiqh di Jordan), tugas 'ulil amri' itu jatuh kepada
kerajaan umat Islam di negara masing-masing. Jika demikian, Sultan, 
Perdana Menteri atau JAKIM adalah wakil urusan tersebut di Malaysia,
maka sekiranya ada di antara pihak ini menyatakan keperluan boikot secara
rasmi, tatkala itu adalah wajib ke atas setiap individu umat Islam di malaysia
untuk memboikotnya. Jika tidak, adalah sukar didapati sebarang nas yang
khusus lagi tepat cara pendalilannya bagi menjatuhkan hukuman wajib 
ke atas setiap umat Islam secara individu.

Justeru, di ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara
umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari
tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu 
bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan
barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda'
syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram
makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai
dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai 
tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya.

Dalil keutamaan ini antaranya adalah :-

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم
Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu,
dan diri kamu serta lidah kamu" ( Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; 
Albani : Sohih  )

b- Syarikat tersebut mendedahkan secara terus terang dengan hebahan
rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi 
menyokong serangan Yahudi ke atas negara umat Islam.
Ia seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain. Dan pendedahan
ini mestilah jelas dan bukannya khabar angin tanpa hitam putih. 
Tatkala itu ia sudah termasuk alam hukum menjual senjata kepada tentera
musuh yang menyerang Islam yang disebutkan oleh Imam An-Nawawi 
di dalam kitab al-Majmu sebagai haram secara sepakat ulama.
contoh


Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat
terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan
atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan
syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu 
pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum cukup 
kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah
tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya
polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang menyebut
kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu, kaedah fiqh ini
masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak 
( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari bukan Islam
dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak akan tergugat hanya
dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka dalam aktiviti serangan 
ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya akan berubah bila dua sebab yang
disebut di atas muncul. Wallahu'alam.

Kesimpulan umum :
Harus jual beli, guna khidmat dan makan di McDonald, KFC, TESCO, JUSCO, 
MAXIS, INTEL dan lain-lain produk walauapun berasal dari Yahudi atau
Non-Muslim selagi mana : -
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)
 serta tempoh lesen masih hidup,
b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,
c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot
mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,
d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat
bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan 
ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah
seorang individu dalam syarikat sahaja.
Walaubagaimanapun, mendapat pahala bagi sesiapa yang melakukan boikot
terhadap mana-mana barangan atau syarikat didasari oleh keyakinannya
terhadap hasil kajiannya sendiri yang mendapati penglibatan yang tidak sihat
tadi itu ada pada syarikat atau mana-mana pengeluar barangan. 
Tatkala itu, boikot adalah wajib ke atas dirinya sahaja dan digalakkan bagi
sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya.

___________________________________

Ok, di atas ni segala isi tiada sebarang olahan ataupon "edit" dari saya,
tetapi 100% diambil dari blog ustaz zaharudin berkaitan dengan boikot ini. 
Itu bermakna, KHAS untuk kupasan bagi SHAKLEE,
a) produk mereka disahkan bersih dan halal oleh JAKIM ( jika di Malaysia)
  serta tempoh lesen masih hidup
   >>>>>Shaklee miliki sijil halal yang SAH, lesen pon yang SAH. ISA (Islamic Services of America) adalah pertubuhan yang memberikan halal kepada produk USA.

Sijil Halal Shaklee 2014

Sijil Halal Shaklee 2014


b) cara transaksi dan urusniaga yang dibuat adalah bertepatan dengan Islam,

 >>>Shaklee patuh kepada syariah. Info detail boleh ke link yang 
disediakan. 

c) tiada sebarang perintah oleh kerajaan yang berwajib untuk memboikot
 mereka bagi mencapai sesuatu maslahat kebaikan untuk Islam,

>>>> tiada berkaitan dengan Shaklee atau produk lain daripada pihak
 kerajaan secara terus. 

d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat
 bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan
 ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan
 salah seorang individu dalam syarikat sahaja.
>>> Shaklee MENAFIKAN ada kaitan dengan Israel 
>>> Shaklee  TIDAK MENYATAKAN sebarang kaitannya dengan israel
Shaklee menafikan keterlibatannya dengan Israel
Penyataan dari Syarikat #1

Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel
Penyataan dari Syarikat #2



Shaklee Tiada Kaitan dengan Israel


Penyataan dari Syarikat #3
Penerangan di atas memang terang-terang menunjukkan Shaklee memenuhi
ketiga2 sebab kenapa tidak perlu diboikot produk ini...penerangan ini
diambil terus dari blog ustaz zaharudin.

Sudah sampai masakah untuk memBOIKOT SHAKLEE? 

Atau TIADA KAITAN antara keduanya?


Tapi tiba-tiba semalam menjadi spikulasi. Ustaz Zaharudin membuat post

di Facebook beliau mempersoalkan
Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
Status Ustaz Zaharudin #1
Kemudian, suami saya (master hafizan) terus hubungi ustaz bagi
mengelakkan sebarang salah faham dari semua belah pihak. 

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Apa yang dimaksudkan oleh suami saya adalah merujuk kepada artikel 
di bawah ini yang quoted daripada post ustaz berkaitan dengan boikot

Syarat Sebelum Sebaran
Perlu diingat, selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh
syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu
serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus 
berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.
Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu
pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh Yahudi juga belum
cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana
ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja
dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.
Jika sekadar maklumat tidak rasmi dan khabar angin sahaja yang 
menyebut kaitan syarikat dengan gerakan ganas Yahudi. Tatkala itu,
kaedah fiqh ini masih terpakai :-
أن اليقين لا يزال بالشك
Ertinya : Keyakinan tidak akan diketepikan hanya kerana suatu syak 
( iaitu tidakpasti kebenarannya) ( Al-Majmu, Al-Nawawi, 1/266 )
Perlu difahami hukum asal harus berurusniaga dan membeli dari 
bukan Islam dan Yahudi adalah termasuk dalam bab yakin, ia tidak
akan tergugat hanya dengan khabar-khabar angin penglibatan mereka
dalam aktiviti serangan ke atas Islam. Keyakinan asal tadi hanya
akan berubah bila dua sebab yang disebut di atas muncul. Wallahu'alam.


Dan ini yang ustaz reply balik. 

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Reply dari Ustaz Zaharudin


Ini menunjukkan, sebenarnya niat ustaz lain, tapi lain pula jadinya. 

Ustaz tidak memberitahu kenyataan yang Shaklee mesti diboikot...
kerana ustaz tidak suruh boikot, namun masyarakat fikir sebaliknya.

Kemudian, ustaz edit post beliau untuk mengelakkan ketidakjelasan 

dan kontroversi.

Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?
Status Ustaz Zaharudin #2


Tapi, bahagian komen post ini makin hangat oleh pembaca. 

Ramai yang tulis dengan emosi lebih daripada fakta ilmu sebenar.
Semua ikut kepala masing-masing tanpa rujuk kembali kepada petikan
tulisan ustaz zaharudin sendiri seperti di bahagian atas post ini.

Dan kemudian, ustaz edit kembali bagi menyejukkan keadaan dan semua

untuk faham apa yang beliau ingin sampaikan.


Benarkah Shaklee ada kaitan dengan israel?

Status ustaz zaharudin #3

Ayat terakhir dalam status ini adalah...."Maksud status ini, masing-masing
buatlah kajian lanjut dan kemudian bolehlah menentukan sikap yang paling
tepat" bukannya seperti yang difahami oleh kebanyakan insan yang buat
komen di status ustaz ini..iaitu boikot Shaklee..

Jadi, setiap orang miliki hak masing-masing. Dan adab dalam menyatakan 
sesuatu itu juga perlu dijaga dengan rapi. Setiap yang kita ingin boikot
mestilah mengikut disiplin ilmu fiqh yang betul dalam menghukum sesuatu
sebagaimana yang ditulis oleh ustaz Zaharudin sendiri di dalam 
kami berkenaan Shaklee iaitu bersandar kepada ilmu yang disampaikan 
oleh seorang ulamak yang faqih dalam bidang fiqah seperti ustaz Zaharudin. 


Kepada warga Shaklee yang ada "tersinggung" atau terasa hati dengan 
kaedah teman-teman yang menulis di facebook atau blog. tak kiralah 
daripada ex shaklee atau non shaklee atau sesiapa sahaja. Ambil ia 
secara positf. Insyaallah, kami masters akan berusaha yang terbaik 
untuk mencari solusi atas perkara ini dan ia sedang dilakukan langkah
demi langkah bersama Shaklee Corporation. 

Dan soft reminder untuk semua warga Shaklee juga, kita mesti menjaga 
adab kita dalam berdiskusi. Letakkan emosi di tepi. Dan berbincanglah 
dengan ilmu dan fakta yang betol. Elakkan daripada "kurang adab" dengan
seorang ustaz atau pon sesiapa sahaja kerana akhlak itu menjadi simbolik
utama kita sebagai seorang muslim terutamanya. 

Setiap yang susah akan diberikan kesenangan daripada Allah. Kita doakan
segala isu berkaitan Shaklee atau personal dalam Shaklee ini dapat 
diselesaikan dengan berhemah dan pastinya untuk mendapatkan sesuatu
kata putus itu perlukan kesabaran dan tahap profesional dalam berdiskusi 
dalam berbincang sesuatu perkara. 

Tujuan post ini bukan mahu mempertahankan siapa yang betul dan salah,
tetapi mahu menerangkan apa stand yang kami pegang sebagai
Shaklee Independent Distributor dan menerangkan situasi sebenar 
daripada isu yang berlaku bagi mengelakkan salah faham yang berleluasa
antara sesiapa sahaja. Wallahu a’lam

Terima kasih

No comments: