Friday, August 15, 2014

PUNCA KENCING MANIS - Vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Hari ini, saya nak kongsi ;

Info Kesihatan : 

  1. Diabetes jenis pertama :

Dikenali sebagai diabetes bersandar ( IDDM- ‘Insulin Dependent 
Diabetes Mellitus ) atau diabetes 
awal remaja. Diabetes jenis 1 dicirikan dengan kegagalan 
penghasilan insulin oleh kalenjar pancreas. Biasanya penghidap
diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa
kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan
insulin semulajadi oleh badan,pesakit memerlukan suntikan insulin
dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

2.   Diabetes jenis kedua : 

Boleh disebabkan oleh kerintangan insulin ( penurunan sensitiviti
tisu badan terhadap insulin ) atau penghasilan insulin yang 
berkurangan. oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak 
insulin dari pancreas, boleh dikawal secara pemantauan pengambilan makanan,pengurangan berat badan,bersenam dan pengambilan
ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam 
keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan
kurang berkesan atau memberi kesan sampingan serius kepada pesakit.




                    



Penyakit kencing manis berlaku disebabkan oleh terdapat kebocoran
pada SALURAN DARAH. Disebabkan kebocoran tersebut makanan
yang membekalkan tenaga pada badan akan keluar melalui saluran 
tersebut dan mengakibatkan tenaga yang dibekalkan semakin 
berkurangan. Disebabkan itu urat saraf menjadi lemah serta kecut
dan mengakibatkan pancreas tidak aktif kerana ia tidak dapat
mengeluarkan insulin. ( rujuk rajah diatas )


Sekiranya kebocoran berlaku disebelah kanan rawatan yang biasa 
digunakan adalah melalui suntikan insulin manakala sekiranya 
kebocoran berlaku disebelah kiri rawatan yang selalu digunakan
adalah melalui kaedah ubatan seperti pil.


Akibat dari organ pancreas tidak dapat menyalurkan insulin 
menyebabkan berlakunya kencing manis,darah tinggi,kegagalan
buah pinggang dan mengakibatkan saluran jantung menjadi kecut.

Salah satu cara untuk memulihkan serta menstabilkan penyakit ini
adalah dengan menampal lubang atau kebocoran yang ada. 
Sebagai contohnya, hal ini boleh diibaratkan seperti paip air yang
berlubang tidak akan dapat menyalurkan air dengan sepenuhnya 
kecuali langkah diambil dengan paip tersebut ditukar baru ataupun
ditampal. Hal ini sama seperti kencing manis. Oleh itu cara untuk
merawat dan seterusnya menstabilkan penyakit ini adalah melalui
proses penampalan.


CARTA ALIR RINGKAS BAGAIMANA KENCING MANIS BERLAKU :
(klik pada gambar untuk lebih jelas)



Mahukan vitamin cadangan set Kencing Manis / Diabetes;

Hubungi saya ;

No comments: