Saturday, November 1, 2014

Ibu Hamil: Vitamin yang boleh dan tidak boleh diambil!! - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Luangkan masa seketika ye... kongsi info yang elok saja.

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang vitamin-vitamin yang tidak digalakkan ambil semasa hamil. Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan kita dan kandungan
kita sihat dan selamat, maka kita perlu tahu beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil. 
Nak tak nak kita harus bersabar sehingga selepas kelahiran untuk 
mengambil vitamin-vitamin tersebut..

IBU HAMIL,

Sila elakkan diri kita daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:
  • Alfalfa Complex 
  • DTX Complex
  • Collagen Powder
  • Carotomax
  • Garlic Complex
  • Herblax
  • Vitamin E Complex
  • GLA Complex
  • Vivix


*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan
 doktor.

Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?
Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA dan Carotomax
tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. 
Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan
agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.

Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?
Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, 
mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi
dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. 
Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana
yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda 
mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda 
mencuba Set Ibu Hamil Shaklee.

Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?
Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu 
Set Ibu Hamil Trimester 1 dan Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3. 

Set Ibu Hamil Trimester 1
BComplex - dengan asid folik
Vitalea - Multivitamin dengan zat besi
Vita C - Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil
Ostematrix -Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran

Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
BComplex - dengan asid folik
Vitalea - Multivitamin dengan zat besi
Vita C - Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil
Ostematrix - Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran
Omega Guard Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA

Add On
ESP - Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan
Kita adalah apa yang kita makan..begitu juga dengan anak kita..Jika kita telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi kita ketika hamil, itu adalah lebih baik. Set ini hanya membantu kita melengkapkan pengambilan nutrisi kita ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan, kan..
Semoga mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..


** Mengikut bajet anda..*, in shaa Allah, saya bantu apa yang saya mampu.

Jika berminat untuk mencuba Set Hamil Shaklee boleh hubungi saya seperti di bawah:

No comments: