Osteoporosis adalah
satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan
mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan
golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan
tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia
meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang,
menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah,
terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu
hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar
yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan
mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat
dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan
adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.Perubahan pada
paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh,
hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras
estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih
kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Osteoporosis
mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak
begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun
untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri
lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila
tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang
pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang
patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau
berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan
tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh
membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan
kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih
belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah
melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan
kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium
paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda
akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak
anda akan ada apabila semakin tua.
Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet
nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix :

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,
merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hubungi saya :
No comments:
Post a Comment