Sunday, January 10, 2016

Risaukan susu soya PUNCA kanser...? Baca dulu baru tahu...

Assalamualaikum & salam 1 malaysia,


Ada pelanggan saya hendak cuba ESP Shaklee... tapi risaukan susu soya PUNCA kanser...?
So... di sini, saya terangkan Susu soya shaklee...,
maaf susu soya selain shaklee... saya tidak tahu.. sebab saya tak minum.. hihihiii...


Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee Punca Kanser?

Woowww terkejut tengok tajuk tu kan? Benarkah soya ESP menjadi 
punca kepada salah satu penyakit yang paling digeruni iaitu kanser? 
Mungkin anda pernah mendengar mengenai cerita-cerita ini daripada 
rakan-rakan anda. Ataupun mungkin anda pernah terbaca artikel
berkaitan tentang ini. Namun, sebagai manusia yang mempunyai akal 
waras, adakah anda akan menerima bulat-bulat cerita ini mahupun anda 
memilih untuk menjadi cerdik pandai dengan menganalisa dan mengkaji 
terlebih dahulu mengenai kesahihan cerita ini? 

Benarkah ESP menjadi punca kepada kanser? 

Soya merupakan salah satu sumber makanan yang mengandungi sumber
protein tinggi. Namun, harus difahami bahawa adakah sama antara soya 
ESP non-GMO dengan soya biasa? Jom kita perhalusi sebelum anda 
membuat andaian tidak bertempat.. 

Soya ESP merupakan soya non-GMO. Apakah perbezaan antara soya 
GMO dan soya non-GMO ini? Anda boleh ikuti entri kami yang lalu, 
GMO vs Non-GMO soy..

Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai soya produk keluaran 
syarikat lain, namun hari ini saya hanya ingin berkongsi bersama anda 
tentang soya ESP itu sendiri. Saya tidak mahu membuat perbandingan 
antara produk kerana ianya bukanlah langkah betul seorang penjual 
yang bijak.

Tahukah anda, terdapat beberapa andaian tentang punca kepada 
berlakunya sesuatu kanser, antaranya andaian tentang racun perosak, 
andaian tentang lemak, andaian tentang daging dan sebagainya, 
juga tentang andaian pengambilan soya termasuk soya ESP punca 
kanser. Namun, tiada kajian yang membuktikan ianya benar-benar 
menjadi punca sebenar kepada kanser.

Faktor keturunan juga boleh menjadi salah satu punca. 
Namun, kajian mendapati 80-90% kanser juga datang daripada 
keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser!

Saya ingin memetik mengenai huraian daripada artikel kesihatan ini 
yang menyebut bahawa..

"Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh 
mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 
2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah 
dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti 
kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan 
mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai 
karsinogenesis (perkembangan kanser)"

Apakah yang dimaksudkan sebagai stres oksidatif?

Stres oksidatif secara mudahnya yang boleh kita fahami adalah bertitik 
tolak daripada kerosakan akibat radikal bebas. Kebiasaannya, apakah 
yang menjadi punca kepada radikal bebas ini? 

Seluruh kehidupan kita sebenarnya di kelilingi oleh pelbagai punca 
kepada radikal bebas. Antaranya adalah asap rokok, asap kenderaan, 
pencemaran alam sekitar, terdedah kepada cahaya matahari yang 
keterlaluan, udara yang kita hirup, pemakanan tidak sihat yang kita 
makan dan lain-lain. 

Adakah punya cari lain untuk menentang daripada radikal bebas ini? 
Ya, pengambilan pemakanan yang mengandungi antioksidan tinggi 
dapat membantu menghalang radikal bebas daripada tubuh kita. 

Apakah sumber antioksidan ini? Antara sumber antioksidan adalah 
makanan yang mengandungi Vitamin C, Vitamin A dan Vitamin E. 
Rangkaian produk Shaklee mengandungi beberapa cadangan produk 
yang mengandungi vitamin tersebut seperti di atas. 

Namun, pendapat yang mengatakan bahawa soya boleh menjadi punca 
kepada kanser masih lagi menjadi perdebatan hangat di kalangan saintis.
Tetapi, yang harus diperhalusi, soya bagaimanakah yang boleh menjadi 
punca kepada kanser? Adakah soya GMO atau soya Non-GMO seperti 
ESP Shaklee? Anda harus fahami terlebih dahulu tentang kategori soya 
yang mungkin boleh menjadi punca kepada kanser.

Pada hakikatnya, pemakanan daripada sumber GMO ini bukan hanya 
setakat pada soya sahaja, namun pelbagai lagi makanan harian lain kita 
juga kadangkala mengandungi GMO tanpa kita sedari. 

Apakah perbezaan antara GMO dan Non-GMO?

Terlebih dahulu, anda harus memahami apakah yang dimaksudkan 
dengan GMO dan Non-GMO.. Terlalu penting ke GMO dan Non-GMO ini? 
Seandainya anda 'concern' dengan mengatakan soya ESP boleh menjadi 
punca kepada kanser, seharusnya anda juga harus memahami tentang 
definisi GMO dan Non-GMO terlebih dahulu. Kemudian, baru anda buat 
keputusan samada ESP Shaklee tergolong dalam kategori soya penyebab kanser mahupun tidak. 

Apakah yang dimaksudkan dengan GMO?

GMO merujuk singkatan kepada Genetically Modified Organism yang 
merujuk kepada tumbuh-tumbuhan (mahupun binatang) yang diubah 
secara genetik samada melalui penggabungan gen antara satu tumbuhan
dengan tumbuhan yang lain lalu terhasillah gen lain. Kebiasaannya GMO 
ini menggunakan bahan kimia untuk mengubah genetik sesuatu 
tumbuhan. 

Apakah pula yang dimaksudkan dengan Non-GMO? 

Non-GMO merupakan definisi yang berlawanan dengan maksud GMO 
tadi iaitu secara asasnya yang mudah untuk kita fahami bahawa 
Non-GMO ini merupakan tumbuhan yang tidak diubah secara genetik 
atau tidak dicampurkan dengan apa-apa bahan kimia untuk 
menghasilkan sesuatu yang lain dari keadaan asalnya. 

Cuba lihat penerangan ESP Shaklee di bawah..

[klik 2x - untuk besarkan gambar]

Satu perkara yang harus saya tekankan di sini, soya ESP Shaklee 
merupakan soya yang tidak diubah suai genetiknya. Malah, soya ESP ini 
dihasilkan melalui pantauan satu program yang dinamakan sebagai 
Identity Preservation Program (IPP), di mana melalui program ini, 
kacang soyanya dijaga bermula saat proses penanaman sehinggalah 
saat pemprosesan akhir. Program ini bertujuan untuk memastikan 
kacang soya ESP bebas daripada sebarang bentuk gangguan kimia.   

Maklumat tambahan buat anda juga, kacang soya ESP dicuci dengan air 
semata dan tidak menggunakan pencuci bahan kimia.. kalau 
rasa tak yakin lagi saya tak tahu lah nak kata apa. 

Anda perlu berhati-hati dengan pengambilan minuman soya yang 
mengandungi jagung ini. Lihat label soya terlebih dahulu samada ianya 
diproses dengan cara soya GMO mahupun soya non-GMO. Begitu juga 
dengan jagung kerana kebiasaannya GMO ini banyak didapati pada soya 
dan juga jagung.

Apa kesan mengambil makanan berasaskan GMO? 

Tahukah anda, pengambilan makanan GMO ini boleh menjadi punca 
kepada beberapa penyakit lain? Antaranya? Antara penyakit yang 
berpunca daripada pemakanan yang mengandungi GMO ini adalah alergi,
toksik dan yang paling digeruni adalah potensi Kanser!

Lihat? Mungkin faktor ini lah yang menjadi punca mengapa sebahagian 
daripada anda mengatakan soya menjadi penyebab kepada kanser! 
Ya betul.. Namun, seperti yang telah saya jelaskan di atas, 
soya bagaimanakah yang berpotensi untuk menjadi punca kepada kanser? 
Sudah tentunya soya yang melalui proses pengubahsuaian dari sudut 
genetiknya dan melalui proses tumbuhan dengan bantuan bahan kimia 
iaitu tumbuhan GMO!

So, adakah ESP Shaklee terlibat dengan pengubahsuaian secara genetik 
ini dan melalui proses yang punya bahan kimia? Adakah ia bakal menjadi 
punca kepada kanser apabila melalui proses Non-GMO? 
Tentunya tidak bukan? 

Anda fikir-fikirkan sendiri.. 

Seandainya anda masih musykil dengan huraian saya di atas, a
anda boleh membaca artikel berikut sebagai maklumat tambahan buat anda : 

***

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :

** jangan malu & segan dengan saya, nanti RUGI...

No comments: