Tuesday, December 15, 2015

Bagaimana Kanak-Kanak Belajar Membaca?

 Hati seorang ibu terlalu risau akan anak-anak yang sudah hantar ke tadika masih tidak kenal huruf... nombor.. mahupun membaca sukukata [KV+KV].
*** saya tidak terkecuali, sentiasa tenangkan hati... anak masih kecil lagi...  

*** Di rumah adalah sekolah pertama bagi anak-anak kita. Kitalah pendidik... cikgu anak kita.
** Ajarlah anak-anak kita sebaik mungkin, tidak kira pendidikan akademik, agama mahupun sosial.

Cer...  luangkan masa.
BACA & Renung-renungkan :

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.


✎ 0 hingga 2 ½ tahun

   mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.

   belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.


   kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.


   rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang 

     mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.

   kosa kata berkembang sehingga 270.


✎ 2 ½ hingga 4 ½ tahun

   peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.

   terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.

   perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.

   kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama 
     gambar.

   pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya 
     dan ibu bapa harus bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
   
    ✪ mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.


✎ 4 ½ hingga 7 tahun

   perkembangan otak memasuki fasa terakhir.

   kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan 
     mengenali banyak perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.

   corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti 
     membezakan bunyi-bunyi binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih 
     kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.

  ✪ mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.
Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat.

Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

No comments: