Tuesday, November 17, 2015

4 petua didik anak

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
 
Jom... kita luangkan masa seketika, kongsi ilmu apa yang kita tahu.
Sewaktu kita mendidik anak, ada sesetengahnya yang mungkin menggunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada ibu bapa mereka.
 
Ada juga yang tidak tegas mendidik anak dan membiarkan anak mereka sehingga menjadi liar. Sebab itu kita perlu memberi penekanan kepada cara mendidik anak kita. Maklumlah cara mendidik
zaman dahulu tak sama dengan zaman teknologi sekarang. Saya cuma nak kongsikan sedikit tips yang kita boleh sama-sama amalkan demi membentuk anak yang taat dan menjadi hamba Allah yang beriman..InsyaAllah.
 
4 tips DIDIK anak kita :
 
TIPS 1 :

 Banyakkan bercerita dengan anak berkaitan
perkara yang baik. Anda boleh ambil cerita
dari Al-Quran, kisah Rasul dan para sahabat.
Malah ibu bapa boleh mereka cerita sendiri
asalkan ia boleh menjadi teladan.


TIPS 2 :

 Selalu bersoal jawab dengan anak secara
istiqamah. Tanya hal yang dilalui oleh
mereka sepanjang hari  dan berusaha menjawab
soalah mereka secara hikmah.


TIPS 3 :

 Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran
tetapi ia perlu dibuat sesekali sahaja untuk
mengelakkan anak tidak cepat bosan
 

TIPS 4 :

 Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak
serta ajar mereka cara membuat keputusan
dengan baik.
 Walaupun sedikit harap ia memberi manfaat.
 
****
 
Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
 
Hubungi saya :
 



 

No comments: