Saturday, October 10, 2015

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
 
Info Sihat : Apa itu sindrom bahu beku (frozen shoulder)?

Woman-shoulder-and-neck-pain-Fotolia-849x360
 
Anda pernah dengar tentang sindrom bahu beku atau frozen shoulder? Sindrom terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral. Radang tersebut menyebabkan kapsul bahu menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Keadaan ini menghadkan keupayaan bahu untuk membuat pergerakan.
Screen shot 2013-02-27 at 2.36.16 PM
 
Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong oleh sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah. Masalah ini selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa. Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.
Simptom bahu beku :
  • Dalam bahu berdenyut terutama ketika cuaca sejuk
  • Sukar dan sakit untuk menggerakkan bahu
  • Bahu berasa lenguh, lenguh pangkal leher, tangan dan lengan menjadi kebas dan lemah.
Bahu beku terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :
Peringkat menyakitkan (paling teruk)
  • Bahu akan terasa kaku dan kesakitan mengiringi setiap pergerakan bahu. Ia kemudiannya menjadi bertambah sakit dan lebih teruk pada waktu malam. Keadaan ini boleh berlarutan di antara kira-kira tiga hingga lapan bulan.
Peringkat perekat
  • Sakit mungkin berkurangan tetapi bahu menjadi lebih kaku manakala pergerakan bahu semakin berkurangan (dalam tempoh empat hingga enam bulan).
  • Elakkan pergerakan melampau yang boleh mencetuskan kesakitan. Bagaimanapun, pesakit boleh menggunakan bahunya seperti biasa.
Peringkat pemulihan
  • Keadaan bahu menjadi bertambah baik dan tidak begitu menyakitkan (dalam tempoh satu hingga tiga bulan). Pada mulanya, amat sukar untuk menggerakkan bahu walau sedikit namun selepas seketika, kekakuan beransur hilang. Pesakit sudah boleh menggerakkan bahu semula.
 Cara rawatan :

  • Fisioterapi (atas nasihat doktor)
  • Senaman pendulum (sesuai dilakukan pada peringkat permulaan)
58-0550x0475
P/S : Menurut kajian pakar, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda untuk mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh. Jadi jaga bahu dan kesihatan anda sebaik mungkin ya!

****

Vitamin yang sesuai untuk menyokong bahu anda : Set sendi & tulang

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat  & ceria bersama anda.

Hubungi saya :
Facebook : Yusla Mahat
SMS/ WA : 012 6855282
 

No comments: