Friday, September 18, 2015

Minum Air secukupnya

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Tubuh manusia terdiri dari majoriti air. Lebih kurang 60 % hingga 70%  berat badan manusia terdiri dari air.  Oleh itu air merupakan komponen terbesar dan terpenting dalam tubuh manusia.

Air bukan sekadar menghilangkan kehausan apabila dahaga, malah merupakan komponen utama yang memastikan setiap sistem dalam badan berfungsi.
Antara fungsi utama air ialah
  • menyahkan toksin dari organ-organ penting
  • membawa nutrien dan oksigen dalam darah kepada sel-sel dalam tubuh
  • menghadam makanan dan menghindar sembelit
  • menyediakan persekitaran lembab dan berair pada paru-paru, telinga, hidung dan mulut.
  • menjadi ejen pelembab kulit
  • mengawal suhu badan
  • mengeluarkan sisa dari badan melalui tahi dan air kencing
  • menjadi pelincir dan pelapit untuk sendi-sendi
Pendek kata air adalah segala-segalanya. Air adalah hidup, hidup adalah air.
Kunci kesihatan ialah air.Tanpa air manusia akan mati. Kekurangan air dalam badan walaupun sedikit akan menjejaskan kesihatan dan kecerdasan seseorang.
Kekurangan air dalam badan walaupun pada kadar sedikit boleh mengakibatkan seseorang jadi tidak bermaya.
Kajian menunjukkan kehilangan air sebanyak 1% dari berat badan akan mengurangkan daya bekerja sebanyak 10%.
Kekurangan air akan menyebabkan sistem dalam badan berfungsi tidak seimbang yang membawa kepada pelbagai penyakit.
****
Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya :


No comments: