Saturday, September 12, 2015

6 kesan kurang minum air.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... baca 6 kesan kurang minum air.

Air putih atau air mineral sangat penting dalam tubuh manusia untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan bertenaga. 
Antara kesan kurang minum air adalah :
  1. Mudah Letih dan kurang tumpuan – Tubuh yang mengandungi toksin kerana kekurangan air apabila proses pengeluaran berlaku akan menyebabkan tubuh terasa letih. Ia juga menyebabkan individu kurang memberi tumpuan dengan baik ketika melakukan kerja atau aktiviti seharian.
  2. Mudah Pening – Antara fungsi air adalah untuk membuang toksin dari tubuh manakala otak manusia mengandungi 75 peratus air. Justeru itu meskipun seseorang hanya mengalami kekurangan air sedikit, tetapi ia berpotensi menyebabkan seseorang menjadi pening.
  3. Sembelit – Air mampu melembutkan sesuatu yang pejal. Oleh itu najis yang keras boleh dilawaskan apabila air diminum secukupnya.
  4. Air kencing kotor – Hampir 180 liter air dikitar semula oleh buah pinggang setiap hari kerana ia merupakan penapis bahan buangan dari darah dalam tubuh manusia. Tanpa air yang cukup, pengeluaran air kencing akan berkurangan menyebabkan bahan buangan menjadi lebih pekat yang menyebabkan air kencing menjadi kotor.
  5. Menyebabkan mulut berbau – Kurang minum air akan menyebabkan mulut berbau. Ia kerana cecair tidak mencukupi di dalam mulut untuk membersihkan segala sisa makanan dan kotoran dimana bakteria mudah merebak di dalam tekak dan mulut menyebabkan mulut berbau busuk jika tidak mengambil langkah pengjagaan kesihatan yang baik.
  6. Mulut menjadi kering – kurang minum air juga menyebabkan mulut menjadi kering. Perkara ini biasa berlaku dalam kalangan kita kerana air liur merupakan pelincir mulut. Oleh itu, ia akan menyebabkan individu kurang selesa.

Jangan lupa minum air yang secukupnya k ^_^
Kepada penggemar vitamin/ supplemen, anda amat digalakkan minum air secukupnya - tidak kira sebarang produk OK. 
Untuk mendapat keberkesanan yang optimum. Jangan salahkan produk jika anda kurang minum air.
Saya suka vitamin, saya jual vitamin - mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya :


2 comments:

AzzAMasturA said...

baca je entry ni terus capai botol air sebelah katil ... hahaha

aiman mania said...

nice entry dan dpt satu ilmu saintifik baru....Alhamdullilah saya seorg penggemar air putih nih ...............segelen air ta sampai 3 hari dah kna refill..info kesihatan yg bagus!