Thursday, September 24, 2015

4 cara atasi Masalah bintik atau bintil bawah mata - Shaklee


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Cer lihat wajah kengkawan ada bintik / bintil di bawah mata...tak??..

4 Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Bawah Mata Dengan Pantas


Ada tak yang mengalami masalah bintik atau bintil bawah mata? Bukan jerawat tapi bintil Kolestrol namanya. Memang sukar untuk hilangkan bintik putih bawah mata ni walaupun menggunakan pelbagai cara. Ia sukar hilang sebab jika puncanya timbul bintik ini tidak diketahui.


Ramai yang mula-mula salah anggap itu ialah jerawat. “Jerawat nasi” sebab halus dan berwarna putih. Memang siapa yang ada bintik putih bawah mata itu tandanya badan anda terlebih kolestrol jahat.

Cara Atasi Bintik Kolestrol dengan Pantas :

  1. Kurangkan makanan yang bergoreng serta berlemak yang tinggi kandungan kolestrol. Kolestrol Jahat ialah kolestrol yang tidak diperlukan oleh badan dan dikenali sebagai LDL. Kolestrol baik dikenali sebagai HDL. Contoh makanan yang perlu dikurangkan ialah daging, majerin dan dessert yang manis-manis.
  2. Tingkatkan pengambilan serat seperti sayur dan buah-buahan.
  3. Amalkan makanan yang mengandungi Omega 3. Contoh paling senang, Ikan. Tingkatkan pengambilan ikan. Ikan yang katanya Omega 3 tinggi ialah ikan keli. Ikan laut pun boleh. Cuma risaukan logam2 berat yang terdapat pada sisik ikan pulak nanti.
  4. Lebihkan bawang putih dalam masakan kerana bawang putih terkenal sebagai anti-radang serta antibiotik semulajadi. Apabila badan kita tinggi kandungan kolestrol, badan akan mudah mempunyai radang.

Bagaimana Shaklee merendahkan tahap Kolestrol - Hilangkan Bintik :

Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi Omega 3. Minyak Ikan iaitu Omegaguard Shaklee membantu membakar lemak kolestrol jahat dan membantu menaikkan tahap kolestrol baik dalam badan.
Kenapa OmegaGuard?
Kerana kandungan Omega 3 yang sangat tinggi dalamnya serta bebas merkuri dan sisa toksik.
Omega guard juga boleh menurunkan berat badan seseorang itu.
Amalkan bawang putih. Shaklee ada sediakan bawang putih iaitu Garlic Complex. Bagus untuk tingkatkan imunisasi badan serta menurunkan kolestrol jahat. Allicin iaitu sebatian dalam bawang putih yang bersifat antibakteria dan mempunyai kuasa penyembuhan. tapi, mesti ada yang tak suka telan atau kunyah Si Putih ini kan? 


*****

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :


No comments: