Thursday, August 20, 2015

Sos popia tak cukup bahan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Seperti yang telah saya janjikan.

Saya mudah saya buat sos popia :

Bahan-bahan :

  1. 2 genggam Cili hidup merah - dibersihkan & dipotong 3
  2. 4 ulas bawang putih - dibelah 2
  3. 4 ulas bawang kecil merah - dibelah 4
  4. 1 sudu kecil asam jawa adabi
  5. Air secukupnya.
Cara-cara :
  1. Disatukan kesemua bahan tersebut & masuk ke dalam mesin cili.
  2. Panaskan kuali - tanpa menumis masukkan bahan yang telah dimesinkan tadi.
  3. Masukkan asam jawa & air - jangan terlalu cair, sedang-sedang saja. 
  4. Sekiranya, terlebih air - suku air suam & tepung gandum dalam cawan kacau hingga tiada ketulan.
  5. Masukkan aduan air tepung tadi ke dalam kuali
  6. Garam secukup rasa. - Tunggu hingga mendidih yerr... 
  7. SIAP boleh hidang bersama popia goreng.
Jika sos banyak, boleh simpan di dalam peti sejuk, nak makan ambil sikit & panaskan.
TADAAA.... mudahkan.

Selamat mencuba..


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & kuat bersama anda.

Hubungi saya :

5 comments:

Jari Manis said...

terima kasih ummi kerana sudi singgah blog JM...salam kenal dan ini kunjungan balas ye

Jari Manis said...

sos popia x cukup bahan? mana gambar hikss

kalau cukup bahan resipi nya lain lah eh..kita tggu sos popia cukup bahan lak hihih

Kakzakie said...

Kalau rajin apa pun menjadi..
Kalau banyak simpan sebahagian, bila perlu tinggal panaskan aje:)

Yusla Mahat said...

Sama2. Jari manis. Salam kenalan juga.
Terima kasih yerr.. kerana sudi balas kunjungan ke blog ummi.:P

Yusla Mahat said...

Yup.. betul tu, kakzie..:P