Wednesday, August 19, 2015

Popia Frozen - tidak cukup bahan

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Persediaan awal, seperti biasa saya akan buat makanan sejuk beku untuk anak-anak.

Kali ini, saya buat popia sayur & popia daging :

Jom... lihat resepi mudah : - hiris-hiris terus tumis... hihihiii...

A. Popia sayur :

  • Bahan-bahan :
  1. 1 batang Lobak merah - dihiris nipis
  2. 1 biji kecil sengkuang cina - dihiris nipis
  3. Setengah batang timun - saya tak masukkan
  4. Secubit garam
  5. Kulit popia
  • Cara-cara : 
  1. Tumis guna bawang merah yang telah dipotong dadu
  2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi & secubit garam.
  3. Jangan terlalu lama, toskan air nya.
  4. Sedia untuk dilipat dengan kulit popia - Lipat macam samosa pun boleh juga, saya lipat memanjang saja.

Cara buat sos, akan saya beritahu kemudian... in shaa Allah.

***************############**********************

B. Popia Daging :
  • Bahan-bahan :
  1. 2 Biji kentang - dipotong dadu
  2. Daging kisar Ramli - 1 keping [guna jenama lain pun takpe]
  3. 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  4. 1 sudu besar serbuk kari
  5. 1 sudu kecil Cili mesin - [jika nak pedas letak banyak cili lah, yerr]
  6. 3 ke 4 keping daun kari
  7. Garam secukup rasa
  • Cara-cara : 
  1. Tumis bawang merah + serbuk kari +cili mesin + kentang
  2. Jika kering letak air setengah cawan
  3. Kacau & masukkan daging kisar + daun kari
  4. Garam secukup rasa.
  5. Kacau hingga kering - macam inti karipap
  6. Toskan minyak
  7. Sedia untuk dilipat dengan kulit popia  - Lipat macam samosa pun boleh juga, saya lipat memanjang saja.




* Masukkan popia dalam bekas kedap udara & simpan dalam pembeku peti sejuk...
Jika anak-anak nak makan, keluarkan seketika & goreng.

Inti popia saya...:-)


MUDAH kan... 
Masak simple takpe... janji bahan masakan yang berkhasiat.


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :



No comments: