Monday, July 13, 2015

Takut tidak sempat nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. ampun maaf dipinta

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Ramadan akan tinggalkan kita tidak lama lagi... untuk tahun 2015,
Syawal akan muncul 4 ke 5 hari lagi, in shaa Allah...

Dikesempatan ini, saya memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa / terlebih kata di dalam blog saya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf sekiranya ada tersilap,terkerek,terover,terkurang,terpoyo dan semua ter lagi.
0-0 aaa.
Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”.

Pantun Raya khas untuk pembaca blog saya :

Memukul gendang pelbagai gaya
Amat meriah riang gembira
Ramai bertandang di hari raya
Tersenyum riang sanak saudara
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)
secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/ucapan-dan-pantun-hari-raya-aidilfitri-2012.html#ixzz3flP6iQ2L


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin -harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda

Hubungi saya :

Jangan malu & segan, sekiranya ada sebarang pertanyaan, pembelian tekan-tekan saja Hp.no.saya.


No comments: