Sunday, March 29, 2015

Jangan abaikan.. jika alami tulang patah / retak - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Jom.. kita baca info... tentang tulang terseliuh dan patah...

Maksud KEPATAHAN
> Merupakan salah satu kecederaan yang sering dialami oleh mangsa kemalangan.

Maksud TERSELIUH
> Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut.


Patah tebahagi kepada dua:

Patah tertutup – tulang patah di dalam dan tiada kecederaan kulit

Patah terbuka – tulang yang patah akan menonjol keluar pada permukaan kulit



Ciri-ciri patah
Patah melarat – patah tulang yang mengakibatkan organ di sekelilingnya rosak. Contohnya, paru-paru rosak disebabkan patah tulang rusuk atau kerosakan otak disebabkan tengkorak pecah.

Patah rebung – hanya sebahagian daripada tulang yang patah. Ia berlaku apabila tulang kanak-kanak yang muda dan baru membesar itu cedera. Ia mungkin kelihatan bengkok seperti ranting muda dan lembut.


Tanda-tanda patah :

1.Sakit di tempat patah atau berhampiran dengannya

2.Bengkak berserta lebam

3.Hilang daya pergerakan pada bahagian cedera

4.Perubahan rupa bentuk. Ini dapat dibandingkan di antara lengan tangan serta kaki yang cedera dengan anggota yang tidak cedera

5.Wujudnya tanda-tanda renjatan

Apa yang perlu dilakukan?
-Sokong dan ampu bahagian cedera dan elakkan gerakan pada bahagian tersebut

-Tutup mana-mana luka dengan kain bebat suci hama

-Sokong bahagian cedera dalam posisi yang sangat selesa. Jika patah lengan, rehatkan bahagian tersebut menggunakan bantal atau kusyen

-Guna bahagian anggota yang tidak cedera sebagai sokongan seperti bebat jari yang patah kepada jari di sebelahnya

-Dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera


Jenis- jenis PATAH :

1. Patah tertutup ( kulit permukaan tidak luka)


2. Patah terbuka ( terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang)


3. Patah berkomlplikasi (melarat) ( kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak,paru-paru dan lain-lain)


4. Patah ranting muda ( terjadi di kalangan kanak-kanak)


5. Patah penghancuran ( tulang patah lebih dari dua)


6. Patah simple ( tulang patah dua sahaja)


Tanda- tanda kecederaan tulang

1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.


2. Mangs mendengar bunyi atau merasa tulang patah.


3. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.


4. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera


5. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.


6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.


7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.



>>Dalam Bantuan Kecemasan biasanya pembalut berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kain belacu yang kukuh digunakan. Kain selebar satu meter persegi dipotong separuh pada bahagian 2 penjuru bertentangan.


Lipatan anduh tiga segi

Lipatan lebar - Lipat dalam bentuk lipatan lebar bagi menutup tuap (splinta) atau bebatan pada bahagian besar badan.

Lipatan kecil - Lipat dalam bentuk lipatan kecil untuk menutup bebatan luka kecil.

Lipatan pelapik - Lipat dalam bentuk pelapik padat untuk mengawal pendarahan


























KERETAKAN TULANG

Tulang yang retak ataupun pecah dipanggil patah. Biasanya amat sukar untuk mengenalpasti sama ada tulang tersebut retak atau pecah. Jika ragu, kecederaan tersebut mesti dirawat sebagaimana rawatan patah.

Punca Patah Tulang :

1.Kekuatan hentakan tepat (direct force) – patah berlaku ditempat yang menerima hentakan

2.Kekuatan hentakan sipi (indirect force) - patah berlaku ditempat yang menerima hentakan


TERKEHEL

Selepas sesuatu pergerakan yang tidak semena-mena serta luar biasa, tulang di bahagian sendi mungkin terkehel. Ia diikuti dengan rasa sakit yang amat sangat serta bengkak.

Berkemungkinan hilang daya upaya di tempat cedera.

Kadang kala mungkin ada tulang yang cedera di bahagian tersebut atau berhampiran dengannya.

Oleh itu, elakkan merawat tempat terkehel kerana ia akan menyebabkan kehilangan daya rasa atau pergerakan oleh tekanan di atas urat saraf berhampiran atau saraf saluran darah.


Apa yang perlu dilakukan?

1. Bantu pesakit supaya berkedudukan dalam posisi yang sangat selesa

2. Tinggikan bahagian kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak

3. Jika berasa ragu, rawat kecederaan sebagaimana merawat patah

4. Lakukan demahan sejuk atau pek ais. Letak demahan di atas tempat cedera selama 20 minit untuk setiap 4 jam

5. Selepas 20 minit, sokong sendi dengan balutan kemas, tinggikan dan rehatkan

6. Kecederaan perlu diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada tulang patah

Vitamin yang sesuai untuk masalah di atas,


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin,
saya mahu sihat & ceria bersama anda
Hubungi saya ;

Jangan malu & segan dengan saya yerrr...

No comments: