Monday, March 9, 2015

10 tips cantik di musim PANAS

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom... baca tips cantik di musim panas,
 

 


Walaupun kita tidak melalui 4 musim cuaca, cuaca yang panas sepanjang tahun menjadikan ramai diantara kita leka dan tidak mengambil berat perihal penjagaan diri yang terdedah kepada cuaca panas matahari dan bahang setiap hari. Persiapkan diri dengan cuaca sebegini kerana ia boleh merosakkan kulit dan rambut anda tanpa disedari. Tambahan pula, dengan keadaan cuaca yang sangat panas dan terdedah dengan sinaran UV, boleh mengakibatkan kulit kering proses penuaan yang cepat, sunburn, pitam, dan banyak lagi kesannya terhadap kulit kita.

Tips

IV ingin berkongsi tips penjagaan kulit dan rambut dimana amat penting jika kalau kita ingin beriadah dan berada diluar lebih kerap. Jom terjah tips cantik dimusim panas.
  1. Guna pelembap bibir yang mempunyai SPF sebagai pelindung bibir anda dari kering, menipis dan sun spots kerana kulit uaran bibir kita sangatlah sensitif dengan sinaran UV.
  2. Sebelum anda melakukan aktiviti riadah seperti berenang, sikat rambut anda dengan pelindung cahaya matahari untuk melindungi rambut anda dari klorin dan air laut dari rosak. Inikerana keadaan cuaca yang panas ditambah dengan klorin dan air laut akan menyebabkan rambut mudah rosak dan kering.
  3. Pakai sandal ketika berjalan di tepi pantai. Elak dari berkaki ayam kerana memakai sandal sangat baik untuk penjagaan tapak kaki agar sentiasa lembut seterusnya memberi oksigen kepada kulit kaki.
  4. Sapu tisu basah antibakteria di bahagian dahi anda setelah memakai topi atau skarf kepala untuk mengelakkan jerawat timbul kerana peluh yang melekat pada kulit dahi akan mengakibatkan jerawat mudah timbul. Tisu basah antibakteria seperti Detol sangat berguna untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kulit yang menjadi punca jerawat.
  5. Untuk lebih perlindungan kulit anda secara menyeluruh, gunakan krim tabir suria dengan SPF yang tinggi agar kulit anda terlindung dari cahaya matahari sepanjang masa berada di luar rumah.
  6. Betik adalah buah yang baik untuk kulit. caranya mudah. hanya lenyekkan betik yg sudah masak dan sapukan ke atas kulit dan biarkan selama 5 minit. Tujuannya untuk membuang sel kulit mati dan jadikan kulit lebih bersinar dan lembut.
  7. Ketika mandi elakkan dari menggunakan getah mandi bagi menggelakkan rambut terbelah dua.
  8. Gosokkan tumit kaki anda dengan batu pumice atau pengelupas kaki agar sel kulit mati dapat dibuang. Sekaligus menjadikan kulit kaki lembu dan bersih.
  9. Pakai kaca mata gelap dengan pelindung sinar UV agar mata dilindungi daripada silauan cahaya matahari ketika musim panas ini..
  10. Banyakkan minum air kosong ketika musim panas bagi memelihara kelembapan kulit kita.

Saya suka vitamin,

saya jual vitamin,
saya nak sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya ;

No comments: