Friday, December 5, 2014

Pemeriksaan Pergigian Berkala bersama keluarga saya.

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kami sudah pergi klinik gigi untuk pemeriksaan pergigian dalam tahun ini, 2014. Anda sudah ke?? Jika belum, elok pergi tidak kiralah gigi kita bermasalah/ tidak. 
"Cegah dahulu sebelum melarat"

Alhamdulillah... anak-anak kami tidak takut semasa doktor membuat pemeriksaan gigi mereka.
Kami ada 2 orang cahayamata yang amat kami sayangi..  
Anak pertama ; 6 tahun...2015, 7 tahun masa berlalu begitu pantas.
Anak ke-dua ; 3 tahun...2015, 4 tahun

** Anda atau pasangan mempunyai elaun pergigian, gunakanlah peluang telah diberi kepada anda** Percuma tu, majikan bayar cuma topup sedikit jika melebihi dari elaun.;-)

Info Penting : Pemeriksaan Pergigian pada kita.
Anda mungkin biasa mendengar saranan atau nasihat berbunyi 'Periksa Gigi Setiap 6 bulan sekali' sejak zaman persekolahan lagi. Bagaimanapun sesetengah orang mungkin tidak perlu pergi terlalu kerap atau sebahagian yang lain perlu mendapatkan pemeriksaan dengan lebih kerap.
Sebenarnya, jarak masa antara pemeriksaan boleh berbeza-beza dari 3 bulan hingga 2 tahun bergantung kepada tahap kesihatan pergigian (gigi atau gusi) dan juga faktor-faktor risiko.

Pemeriksaan pergigian penting untuk anda mengetahui sekiranya anda mempunyai sebarang masalah pergigian dan juga untuk memastikan kesihatan pergigian anda sentiasa dalam keadaan baik.

Sikap bertangguh atau membiarkan masalah menjadi serius tidak patut diamalkan. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, ini bukan sahaja mengelakkan anda dari kesakitan tetapi juga boleh menjimatkan kos dan masa.
Semasa pemeriksaan, doktor gigi biasanya:-
  1. Memeriksa gigi, gusi dan mulut anda.
  2. Bertanya tentang kesihatan badan anda*.
    (*Seseorang yang mempunyai penyakit sistemik seperti Diabetes (kencing manis), penyakit Kardiovaskular, penyakit perdarahan, penyakit auto imun adalah mereka yang mempunyai risiko).
  3. Bertanya tentang apa-apa perubahan berkaitan dengan kesihatan gigi, gusi dan mulut anda semenjak lawatan yang terakhir.
  4. Bertanya dan juga memberi nasihat tentang diet, pengambilan alkohol dan rokok serta amalan pembersihan gigi (memberus, memflos gigi, penggunaan ubat kumur dan sebagainya).
  5. Berbincang tentang rawatan yang perlu anda terima sekiranya perlu.
  6. Berbincang dan menetapkan tarikh temu janji atau pemeriksaan yang akan datang.
Setelah melakukan pemeriksaan, doktor gigi anda akan dapat menilai tahap kesihatan pergigian anda. Seterusnya beliau akan mencadangkan kekerapan pemeriksaan pergigian yang sesuai bagi anda.

Sekiranya tahap kesihatan pergigian anda sangat baik, anda mungkin akan dinasihatkan untuk datang semula sekali dalam tempoh 1 hingga 2 tahun.

Bagaimanapun, sekiranya anda mempunyai masalah atau faktor risiko , anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lebih kerap sama ada 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun.

Selain mengesan masalah pergigian di peringkat awal, pemeriksaan pergigian juga boleh menyelamatkan nyawa. Ini kerana 300,000 kes baru kanser mulut didiagnos setiap tahun. Anda mungkin tidak mengetahui bahawa anda sedang menghadapi masalah kerana tanda-tanda tersebut biasanya tersembunyi. Doktor gigi anda akan memeriksa sekiranya terdapat sebarang kelainan pada mukosa mulut, bibir, lidah, lelangit dan tekak. Pengesanan awal lesi berpotensi malignan dan kanser mulut membolehkan rawatan awal dilakukan.

Anda boleh mendapatkan pemeriksaan pergigian di mana-mana klinik pergigian berdaftar berhampiran tempat anda. Sila semak di www.moh.gov.my untuk alamat klinik-klinik pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Salah sebuah klinik pergigian Kementerian Kesihatan
Kesimpulannya, pemeriksaan pergigian secara berkala amat penting bagi memastikan kesihatan anda.

Artikel: Info Kesihatan


Penyemak

:

Dr. Faizah bt. Kamaruddin

 

 

Dr. Savithri a/p Vengadasalam

Saya suka vitamin Shaklee, anda sama juga ke?
Atau anda tidak pernah ambil makanan tambahan/ vitamin... jom, dapatkan vitamin semulajadi ini dari saya, hubungi saya ;
Nak sertai keahlian bersama saya & kumpulan kami, amat saya alu-alukan.. boleh tambah duit poket. Sambil jadi pengguna berkongsi info kebaikan vitamin ini dengan keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan.

No comments: