Tuesday, December 9, 2014

24 jam sehari untuk kita

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Semua orang di dunia ini diberi masa 24 jam sehari. Tidak ada seorang pun yang kurang, tidak ada seorang pun yang lebih..walaupun sesaat..

Kadang-kadang, kenapa kita selalu merungut "takde masa la..", "tak cukup masa la..", "tak sempat la nak buat.." dan macam-macam lagi..

Sedangkan bila kita tengok orang lain yang berjaya, kita akan mula bercakap, "eh, xpela..dia banyak masa", "mm, dia tu senang la..ada orang tolong.." dan lain-lain lagi..
NO...NO...NO... 
Yang membezakan orang yang banyak masa dengan orang yang tiada masa ialah PERANCANGAN dan TINDAKAN!!

Sebenarnya, kita ini bukan tidak cukup masa. Allah dah bagi cukup masa untuk kita semua. Cuma, kita sebenarnya kurang kesedaran tentang pentingnya masa dan apakah amalan yang sepatutnya kita lakukan untuk memenuhi masa kita..

  • Displinkan diri kita,
  • Utamakan yang penting sesuatu perkara,
  • Senaraikan segala urusan untuk 1 hari, tandakan urusan yang sudah kita selesaikan.
Kumpulan kami sentiasa tekanankan betapa pentingnya Master List kepada WAHM yang mahu berjaya di dunia & akhirat.

JOM.... kita senaraikan kerja-kerja kita dalam seharian :

  1. Urusan harian,
  2. mingguan &
  3. bulanan.
**Peringatan buat diriku juga... tahun 2015, anak-anak ku akan ke sekolah & ke tadika**
* Masa mereka amat terhad bersama saya :

Anak pertama ;
7.15am - 6.00ptg : berada di sekolah & tuisyen

Anak ke-2 : 
7.15am - 5ptg : berada di tadika

Ummi akan 
  • menghantar anak-anak ke sekolah & tadika, 
  • mengemas rumah,
  • memasak untuk sarapan pagi, lunch & malam serta minuman petang,
  • bisnes on-line, ummi tak kan lupakan walaupun banyak kerja. 
Ummi berasa bangga sebab menjadi WAHM sepenuh masa, in shaa Allah.
Nampak macam mudah... tapi keletihan amat terasa.. in shaa Allah, niat ummi untuk keluarga tercinta.
Allah sayang kita...
Gunakanlah masa 24jam, sebaik mungkin.

Saya suka Shaklee,
Saya jual Shaklee.
Hubungi saya :
012-6855282 [Whats'app/ SMS]





No comments: