'Berurusan' dengan anak-anak merupakan perkara paling sukar lebih-lebih lagi berdepan anak yang terlalu memilih makanan. Bukan saja memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, tetapi boleh jadi tidak sampai hati dibuatnya apabila melihat anak-anak mengasingkan makanan dan makan sedikit lauk.

Anak yang terlalu beremosi dan kuat merajuk tidak boleh ditegur dengan kasar apabila anda mendapati mereka sedang mengasingkan lauk.Elak memarahi anak-anak yang tidak memakan sayur sebaliknya anda ikut ke mana saja mereka membawa pinggan mereka. Elak memasang televisyen dan membiarkan mereka makan di depan komputer supaya anda boleh memantau tabiat mereka yang suka mengasingkan dan membuang lauk yang tidak digemari.

Jangan biasakan anak anda dengan kesanggupan anda memasak makanan khas untuk mereka. Sediakan hidangan di mana seluruh keluarga menikmati makanan yang sama. Jika anda memasak sayur campur, latih anak anda makan makanan yang sama. Jika mereka tetap tidak boleh menerimanya, ubah sedikit resipi untuk kelihatan lebih diterima. Contohnya seperti menghiris halus-halus sayur, membuat jus buah berbanding menghidang hirisan buah di depan mereka dan masak ikan mengikut selera mereka.

Didik anak anda merasa apa jua makanan yang anda sediakan biarpun hanya satu gigitan kecil. Kadang-kadang, anak-anak hanya menilai rasa makanan berdasarkan rupa dan warna. Dengan mendidik mereka merasa makanan walau gigitan kecil akan membantu mereka mengetahui rasa makanan yang sebenar. Sebagai contoh, mereka mungkin menolak untuk memakan timun tetapi jika diletakkan ke dalam sandwich, ia boleh mendidik mereka minat terhadap sayur seperti timun.

Ajak anak-anak membantu anda memasak di dapur. Tujuannya bukan untuk melatih mereka pandai memasak tetapi mengajar mereka supaya mengenal jenis-jenis makanan yang biasa anda masak untuk keluarga. Jika mereka mula melihat makanan yang dihidang, mereka mungkin berminat untuk merasa kerana mereka ingin tahu bagaimana rasa makanan yang mereka lihat dan bantu anda memasak tadi.

Anak-anak tidak gemar makan buah-buahan? Cuba anda kisar buah-buahan dan campurkan sedikit susu dengan ketulan ais. Sekurang-kurangnya, nutrisi buah masih boleh dinikmati oleh mereka. Jika anda kreatif ubah suai resipi, tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan kerana anak-anak pasti mendapat nutrisi yang mencukupi.

Anda mahukan makanan tambahan untuk si manja anda, hubungi saya :