Friday, October 10, 2014

Gatal-gatal tangan & kaki - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom..luangkan masa anda seketika,
Membaca adalah jambatan ilmu...:

Mengalami gatal-gatal di badan pasti merimaskan tambahan pula kesakitan yang mencucuk-cucuk sehingga timbul bintik-bintik kemerahan di bahagian berkenaan.
Kemunculan bintik-bintik tersebut biasanya berlarutan selama dua atau tiga hari sebelum menggelembung dan pecah mengeluarkan cecair dengan bau kurang menyenangkan.
Malah ada juga yang mengeluarkan nanah di bahagian yang gatal itu, disusuli pula dengan sakit yang menyengat.
Bagi yang memandang remeh, pasti menganggap bintik-bintik tersebut sebagai masalah gatal biasa tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada simptom penyakit kayap.
Menurut Pakar Runding Sakit Kulit, Dr. Mohd. Noh Idris, jika terdapat simptom tersebut segeralah berjumpa dengan doktor untuk rawatan dengan segera.
"Serangan kayap ini sangat sakit kerana ia melibatkan urat saraf selain membahayakan kesihatan,'' ujarnya ketika ditemui di kliniknya.
Katanya lagi, keadaan ini jika tidak diberikan rawatan awal akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi jika ia menyerang pada bahagian-bahagian sensitif seperti mata.

Kita berusaha apa yang mampu... duit boleh di cari, kesihatan sepanjang masa amat diperlukan supaya diri kita & famili sentiasa sihat & ceria..dengan izinNYA. in shaa Allah.

*** Mahukan supplemen untuk kesihatan anda & famili, hubungi saya :

No comments: