Wednesday, October 1, 2014

Anak Sukar membuang...poo poo / Sembelit - Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom...luangkan masa seketika, info anak sembelit.... kesian lihat anak kecil atau kanak-kanak yang sukar membuang air besar.

Bacalah luahan...hati ibu terhadap anak nya ;

 "Kesian...kan". 
Promo MEAL SHAKES : beli 3 tong dapat 4 tong!!!....

Anak sembelit

KASIHAN apabila melihat anak gelisah dan tidak tentu arah setiap kali ingin membuang air besar, hingga ke peringkat dia akan menangis kesakitan.
Lebih serius anda perasan setiap kali anak menangis semasa membuang air besar, najis yang keluar keras dan berbentuk bulat-bulat kecil.


Perunding Pediatrik Kardiologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Azam Mohd. Noor berkata, kanak-kanak yang sembelit biasanya mempunyai masalah untuk membuang air besar melebihi tempoh dua minggu.
“Keadaan bertambah serius apabila mereka mengalami kesakitan di bahagian perut dan tempat membuang najis, menyebabkan mereka menangis.
“Najis tersebut kelihatan kering dan keras sehingga ada kala terdapat darah pada najis tersebut," katanya
Tambah Dr. Azam, sembelit boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu berlaku secara tiba-tiba dan berlaku secara berpanjangan
Katanya, kira-kira lima peratus daripada kanak-kanak datang ke klinik akan mengalami masalah sembelit.
“Ada yang datang bukan disebabkan sembelit tetapi sakit perut. Selepas diperiksa baharu mengetahui kanak-kanak tersebut mengalami sembelit
“Kanak-kanan yang sedang menahan kesakitan kerana masalah sembelit boleh dikenali melalui postur badan yang tidak normal semasa meneran, menangis semasa membuang air besar dan keadaan najis itu sendiri," ujarnya
Beliau berkata, sembelit kebiasaannya berpunca daripada perubahan pada corak pemakanan kanak-kanak tersebut.
Sebagai contoh, kanak-kanak yang menghisap susu ibu bertukar kepada susu formula yang tidak sesuai dengan mereka.
Selain itu, makanan yang diambil tidak seimbang dan tidak mempunyai nutrien yang mencukupi menyebabkan kanak-kanak mudah mendapat sembelit
“Persekitaran dan pengambilan makanan yang tidak sihat terutamanya bagi kanak-kanak yang sudah bersekolah juga menyumbang kepada gejala sembelit.
“Ada sebahagian mereka gemar menahan diri dari membuang air besar ketika berada di sekolah menyebabkan mereka mengalami sakit perut.
“Penyakit berjangkit dan pengambilan ubat-ubatan tertentu juga penyebab kepada masalah sembelit," katanya.
Dr. Azam berkata, sembelit yang berlaku secara berpanjangan memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak.
Katanya, selain berasa sakit ketika ingin membuang air besar, mereka juga berisiko mengalami kencing kotor, dan hilang selera makan kerana perut terasa kenyang.
“Walaupun secara umumnya sembelit berlaku tidak membawa maut, tetapi turut menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Masalah itu akan menyebabkan berat badan anak tidak meningkat," katanya.
Dr. Azam menambah, masalah sembelit boleh dirawat melalui pengambilan makanan seimbang dan ubatan yang sesuai.
“Ibu perlu menggalakkan anak mengambil makanan sihat yang tinggi kandungan fiber dan serat seperti sayuran dan buahan.
“Mengambil nutrien seperti probiotik iaitu sejenis bakteria yang bagus dalam usus juga membantu makanan dihadam dengan baik dan mengurangkan masalah sembelit.
“Probiotik juga membantu meningkatkan sistem imun dalam badan kanak-kanak.
“Ajar juga anak tabiat membuang air besar secara berkala supaya menjadi kebiasaan dalam rutin harian mereka," katanya.

Mahukan makanan tambahan untuk anak anda yang mengalami SEMBELIT / sukar poo poo... hubungi saya;

No comments: