Thursday, August 14, 2014

Tip Hamil Dengan Shaklee GLA Complex

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,


Menimang cahaya mata memang menjadi impian semua
pasangan yang sudah berkahwin. Anak-anak yang bakal
dilahirkan, insyaAllah akan menjadi pewaris keluarga.
Tidak dapat dinafi, bukan semua pasangan berjaya
mendapatkan anak pada tahun pertama mereka berkahwin.
Malah ada yang menunggu sehingga 10 tahun dan lebih.
Namun kita sebagai manusia perlulah berusaha. 
Contohnya, pergi jumpa doktor dan periksa tahap kesuburan
suami isteri atau makan vitamin kesuburan serta banyakkan
berdoa.






Antara produk Shaklee yang boleh membantu
meningkatkan kesuburan wanita ialah GLA Complex.









Bagaimana GLA Complex membantu kehamilan?

GLA (Gamma Linolenic Acid) menurunkan kolesterol 
dan ia membantu memperbaiki sindrom pra haid (PMS) 
seperti senggugut dan membantu meningkatkan lendir servik
yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam 
melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan
kepada prostagdalin (utk megawal selia hormon).

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)?

Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, 
ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim 
dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku
apabila tubuh seseorang kekurangan GLA itu tadi.
Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, 
pengambilan GLA Complex adalah perlu.


Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil? 

GLA membantu  seseorang wanita menghasilkan
lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu 
lendir yang berwarna putih telur. Perasan tak sebulan
sekali wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu,
ketika sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati
cecair yang dihasilkannya sebegitu subur.
Di sinila fungsi GLA untuk membantu dalam 
penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini,
yang membantu sperma untuk berenang ke uterus terus
ke tiub fallapio untuk bersenyawa dengan sel ovum.
Bukan itu sahaja, cecair ini juga membantu sperma
untuk terus hidup dalam tiup fallopio sehingga 5 hari.
Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada peluang 
sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5.

Jadi, puan-puan yang masih belum dikurniakan rezeki anak,
cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal,
kecoklatan dan kering, itu petanda yang kurang baik kerana
ia boleh menghalang persenyawaan.

Untuk itu penting mengenali 'cecair kesuburan' kita ini.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih

subur bila ambil GLA Complex? 
Jawapannya TIDAK. GLA Complex membantu mereka yang
kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai
sebulan 2-3 kali bertelur. :)

Ada apa dalam GLA Complex? 
Dalam GLA complex terdapat GLA (asid linolenik gama),
Vitamin E & Minyak Bunga Matahari. GLA digunakan oleh
ramai wanita untukmemelihara kesihatan sepanjang kitaran
haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak
Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk 
membentuk prostaglandin. Minyak benih bunga matahari 
adalah satu sumber lemak Omega-6. Ia mengandungi 
vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri
dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

Kesimpulannya,

  • Menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid
  • Menyokong sistem imun
  • Minyak Borage, yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk                   yang mudah diserap.



Anak itu rezeki Allah. Kita hanya merancang namun Allah
jua yang menentukan, tapi jika nak sesuatu, kita perlu berusaha.
Jazakallahu khairan...

Jangan lepaskan peluang, bulan Ogos adalah bulan promosi GLA Complex. 
Mahukan, hubungi saya ;



No comments: