Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Jom.. luangkan masa seketika, info MIGRAIN.
Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas
seharian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa
di bilik tidur.
Migrain.. sakit kepala...:(

Migrain
Ialah sejenis penyakit kepala yang kronik. Mangsa migrain
selalunya tidak mampu menjalankan tugas seharian, malah ada yang tidak boleh
makan, minum dan hanya menghabiskan masa di bilik tidur. Kira-kira 12 peratus
daripada golongan dewasa di negara ini menghidap migrain dan sebahagian besar
daripada mangsa adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami
migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar
penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan
berpendapat faktor genetik atau baka adalah salah satu penyebab migrain.
Di kalangan kanak-kanak dan orang tua, khususnya yang
berusia 55 tahun ke atas, sakit kepala yang dialami mungkin bukan disebabkan
migrain, sebaliknya berpunca daripada penyakit lain yang lebih serius. Migrain
juga sering dikaitkan dengan pengambilan banyak coklat, keju dan minuman keras.
Malah, ada yang mengatakan tekanan perasaan sama ada di rumah ataupun pejabat
juga boleh menyebabkan migrain.
Migrain terbahagi kepada dua jenis iaitu migrain yang wujud
bersama aura dan migrain tanpa aura. Aura ialah perasaan ataupun fenomena yang
subjektif dialami individu sebelum mendapat serangan penyakit. Pesakit migrain
dengan aura mengalami pelbagai gejala seperti pandangan menjadi kabur dan
nampak garisan seperti zig-zag ataupun gelombang seperti situasi yang dialami
apabila berada di tengah jalan dalam cuaca panas terik. Kadangkala, penglihatan
pesakit juga terhalang dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pesakit tidak
dapat melihat buat sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai skotoma.
Pesakit juga ada kalanya mengalami kebas sebelah tangan ataupun lemah anggota
badan, terutama kaki dan tangan. Aura selalunya berlaku dalam tempoh beberapa
minit hingga satu jam. Pesakit kadangkala mendapat migrain selepas satu hari
mengalami aura. Bagaimanapun, ada juga pesakit yang tidak mengalami aura dan
terus mendapat migrain.
Serangan migrain
Kira-kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40
peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20
peratus lagi bermula pada sebelah kepala dan tidak merebak ke seluruh kepala.
Serangan migrain datang secara berperingkat dan kesakitan mencapai tahap
maksimum selepas tempoh beberapa jam. Bagaimanapun, migrain selalunya dialami
antara tiga hingga empat jam dan maksimumnya mengambil masa antara tiga hingga
empat hari.
Apakah gejala migrain?
Apabila seorang pesakit menemui doktor dan mengatakan mereka
mengalami sakit kepala setiap hari, itu tidak bermakna mereka menghidap migrain
kerana migrain selalunya menyerang mangsa seminggu sekali ataupun enam bulan
sekali. Pesakit selalunya kelihatan pucat dan berpeluh-peluh serta mengalami
komplikasi migrain. Mangsa juga kadangkala mengalami strok sementara. Dalam
keadaan ini, mangsa mengalami lumpuh sebelah badan, tetapi keadaan itu hanya
sementara dan akan pulih seperti biasa. Keadaan ini berlaku berikutan
pengecutan urat darah dalam otak.
Gejala lain migrain
- Loya dan muntah-muntah. Kira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
- Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif. Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. Keadaan itu dikenali sebagai fotofobia.
- Pendengaran turut menjadi sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.
- Kemerah-merahan pada kulit, pada keliling mata ataupun dahi.
- Badan berpeluh.
- Bercakap dengan suara perlahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
- Kepala terasa pening.
- Pesakit terasa persekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
- Pitam dan boleh menyebabkan pesakit mengalami kecederaan anggota badan.
Apakah pemeriksaan yang dilakukan?
Tiada ujian khusus bagi mengesan migrain. Pakar perubatan
akan bertanya mengenai sejarah kesakitan yang dialami pesakit dan imbasan otak
hanya dilakukan apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda
menghidap migrain. Antara faktor yang memungkinkan imbasan otak dijalankan
adalah lumpuh separuh badan lebih daripada seminggu, sakit kepala berterusan
lebih daripada tiga hari dan bengkak urat saraf.
Vitamin yang sesuai untuk Migrain dan sakit Kepala bersama Shaklee :
Apakah rawatan bagi penyakit migrain?
Rawatan dapat dibahagikan kepada dua kaedah iaitu rawatan
serangan dan pencegahan. Melalui rawatan serangan, pesakit dinasihatkan supaya
berehat di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Mereka diberi ubat seperti
Paracetamol dan apabila perlu mereka diberikan Ubat Penahan Sakit dan Radang
Bukan Steroid (NSAID).
Sekiranya kesakitan masih berterusan, doktor akan memberi
ubat terkini iaitu Sumatriptan sama ada melalui suntikan ataupun ditelan.
Kira-kira 80 peratus pesakit menunjukkan tindak balas positif pada ubat itu.
Bagi pesakit yang sering muntah, mereka diberikan ubat Ergotamine yang perlu
dimakan sama ada ditelan ataupun dimasukkan ke bawah lidah ataupun melalui
suntikan.
Kita berusaha... selebihnya berserah kepada Yang Maha Esa.
In shaa Allah...
No comments:
Post a Comment