Tuesday, June 3, 2014

SUNBURN!!... risau nya.

Kepada insan yang mempunyai kulit cerah mesti sudah mengenalikan apa itu 'sunburn'... Atau dalam Bahasa Melayu disebut terbakar panas... Sunburn ni memang berlaku kepada diri aku sendiri... Tambah-tambah apabila kita berkelah di tepi pantai dengan cuaca yang panas terik. Muka jadi gelap.. bahagian telinga ke belakang dan leher putih.. memang berbelang la.. Tangan pun sama juga.. Bahagian kaki pulak memang lekat corak selipar...hakhak...





Jadi di sini, nak bercerita la serba sedikit mengenai sunburn ni untuk dikongsikan dengan anda. Cahaya-cahaya UV yang tembus ke lapisan dalam kulit kita akan menyebabkan melaninterhasil dengan lebih banyak. Melanin ni adalah bahan yang memberikan warna kepada kulit seseorang... Sebab tu lah kita boleh lihat manusia di dunia mempunyai pelbagai jenis warna kulit.. Kita boleh lihat sendiri perbezaan ni kat negara kita Malaysia ni yang di huni oleh pelbagai kaum...

Keaadan ini dikenali sebagai "suntan".. 'Suntan" ni menandakan bahawa kulit kita tidak sihat, kerana ia adalah tindak balas kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit kita.. 'Sunburn' pula ialah proses apabila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya.. 'Sunburn" ni tak berlaku serta-merta, kadang-kadang tu sampai 24jam baru kita dapat lihat kesannya.. 

Kadang-kadang tu ada kes yang lebih teruk sampai sakit, kepala, demam dan sebagainya tu perlulah pergi jumpa doktor yer kawan-kawan.. Mencegah adalah jalan terbaik dan berkesan dari merawat.. Dan ini adalah peringatan yang paling penting kepada semua pembaca, kerosakan kulit akibat UV ini tidak boleh diperbaiki(non-reversible).. Tapi 'sunburn' atau 'suntan' ni bergantung gak kat jenis kulit dan sebanyak mana individu tersebut terdedah kepada UV tu...

Sebelum tidur ; Persediaan awal terjadinya SUNBURN, jika ada vitamin E Shaklee... buat lah masker.
Mudah & selamat.. in shaa Allah.
Cara mudah : 1biji kapsul - cucur dengan jarum - picit ke muka hingga rata.
Bangun tidur : cuci bersih..okey!!...;)
*** PERINGATAN : Saya hanya buat masker bersama Vitamin E Shaklee.., produk lain saya tak pasti k. ***

Mahukan vitamin E shaklee, hubungi saya :


No comments: