Sunday, February 23, 2014

Rasa Pening, Pucat & Lesu?? Anemia...


Rasa Pening, Pucat & Lesu??.. Anda mungkin mempunyai masalah ANEMIA.

Assalamulaikum & Salam 1 Malaysia,

Saya dapat info ini di Klinik kesihatan..Mesej kesihatan ini bibawa kepada anda oleh Established Pharmaceuticals, Abbott Laboratories (M) Sdn. Bhd.

Apakah Anemia?
Anemia ialah keadaan di mana darah kekurangan sel darah merah yang sihat untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan.
Tubuh kita memerlukan ferum atau zat besi untuk menghasilkan hemoglobin. Tanpa hemoglobin, sel darah merah tidak dapat membawa oksigen. Semua tisu dan sel bergantung kepada oksigen untuk berfungsi dengan baik.
Anemia Kekurangan Zat Besi (atau IDA) merupakan masalah biasa terutamanya di kalangan wanita. Di Malaysia, anggaran 30% daripada wanita yang tidak mengandung dalam peringkat usia yang subur dan 38% daripada wanita mengandung mengalami kekurangan zat besi.

Tanda & Simptom Anemia :


 Kulit Pucat, Lesu & Lemah Fizikal

 Sakit & Pening Kepala
 Sejuk Kaki & Tangan
Kuku Rapuh

Apakah penyebab lazim Anemia Kekurangan Zat Besi?
Wanita mengandung sering mengalami IDA oleh kerana permintaan untuk zat besi dan vitamin lain meningkat disebabkan janin yang membesar. Bagi mendapat sel darah merah yang mencukupi bagi janin, jumlah darah ibu meningkat dengan ketaranya semasa mengandung.

Antara sebab lain termasuklah:
  • Diet yang tidak seimbang, zat besi yang rendah.
  • Kehilangan darah disebabkan oleh buasir atau ulser perut.
  • Menyusukan anak.
Nota; Sila bertanya dengan doktor anda untuk mengentahuo bagaimana IDA mempengaruhi kesihatan anda.

*** Anemia yang tidak dirawat boleh menimbulkan komplikasi dalam kehamilan serta gangguan dalam aktiviti harian kita.

Bagaimanakah IDA dirawat?
Apabila anda didiagnosis mempunyai IDA, doktor anda akan memberi preskripsi:
  • Suplemen zat besi untuk memulihkan tahap hemoglobin anda dan meninngkatkan simpanan ferum di dalam badan anda.
  • Memperbaiki amalan pemakanan.
  • Dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi anda.
4 Langkah Mudah untuk merawat IDA


1. Makan makanan yang kaya zat besi seperti daging, sayur-sayuran dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

2. Ambil vitamin C atau minum oren untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

3. Tingkatkan simpanan zat besi anda secara berkesan dengan mengambil suplemen zat besi berkekuatan tinggi dengan teknologi pelepasan tablet perlahan.

4. Elak daripada minum susu, atau minuman berkarbonat atau berkafeina semasa anda mengambil tambahan zat beso kerana minuman ini boleh mengganggu penyerapan zat besi.

Cadangan suplemen Shaklee untuk anda yang mengalami Anemia ataupun cegah sebelum Anemia menghantui anda :
  • Vitalea - Pelengkap Nutrisi, kerana kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Vitamin C RS - menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. 
  • Bcomplex - keperluan untuk memproses dan memperbaiki sel-sel darah merah.
Anda mengalami masalah seperti ini, hubungi saya :

No comments: