Friday, February 28, 2014

Demam Denggi - Performance Drink Shaklee

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,
Demam.. jika kita atau famili demam, haruslah segera membuat rawatan ke klinik..sebelum demam berlarutan. Nanti demam lain jadinya.
Disini saya ada info : Kenal Pasti Tanda-tanda Demam Denggi Dan Cara Pencegahan oleh CAHAYA PURNAMA 
nyamukMasyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai Demam Denggi iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pelbagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom Demam Denggi yang turut menjangkiti bayi ataupun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah Demam Denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda Demam Denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.
Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk memasuki rumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah memastikan longkang yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes. Selain seperti di atas :
Hapuskan tempat pembiakan
  • Tutup semua bekas menyimpan air.
  • Salin, basuh dan berus hingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah dan semua tempat takungan air.
  • Bersihkan saluran air hujan.
  • Jangan biarkan halaman anda ada bekas yang boleh menakung air.
  • Tanam semua bekas yang boleh menakung air.
  • Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (abate) mengikut sukatan ditetapkan iaitu 10 gram bagi 20 gelen (91 liter) air setiap tiga bulan.

Hapuskan nyamuk dewasa
  • Gunakan racun serangga di rumah.
  • Pasang jaring serangga pada tingkap.
  • Semburan kabus (dilakukan pihak berkuasa tempatan).

Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di dalam rumah.

Kesimpulannya, Demam Denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.

Apa yang boleh saya rumuskan adalah:

1. Pastikan minum air masak dengan banyak. Jika tidak mahu minum air, untuk elakkan dehyrated boleh cuba gantikan dengan air Performance Drink Shaklee



2. Pastikan makan ubat ikut jadual.

3. Kata orang minum sup ketam boleh cepat sembuhkan demam denggi. 




4. Boleh bagi supplement/ makanan tambahan untuk boost immune system dia. So bila kena penyakit taklah lama sangat dia kena.


Mahukan suppliment Shaklee - minuman Performance Drink Shaklee atau suppliment selainnya. Hubungi saya :



No comments: