Monday, January 27, 2014

Set Sakit Sendi/Lutut/Tulang Shaklee

Asssalamualaikum w.b.t

Saya nak kongsi, tentang gejala sakit sendi dan lutut d'kalangan kita. Kebanyakan mak ayah kita bila dah berumur selalu sakit sendi/lutut/tulang kan? Sangat sakit bila jalan pun terhenjut-henjut. Pergi klinik ambil suntikan, makan ubat berpanjangan tapi kadang-kadang semuanya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu sahaja. Jadi, apa kata kita cuba atau ikhtiarkan cara menggunakan supplement yang menggunakan bahan natural. Tak salah mencuba kan? Lagipun bila dah masuk usia 30-an pun dah start merasa sakit sendi, betul tak? Tak semestinya bila dah menginjak usia 50-an dan ke atas.
Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi/lutut?
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami 
keradangan, kaku dan sukar bergerak.


Berikut adalah tanda-tanda Penyakit Osteoarthritis/Sakit Sendi :-

1. Sakit pada sendi yang terlibat.

2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.

3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.

4. Adanya pembesaran tulang sendi.

  
Gambarajah 1

Gambarajah 2


Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?
Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.
Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang
Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif


Kaedah 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet- memberikan manafaat kepada sendi dalam tiga (3) cara:-
  • menyokong keselesaan sendi
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee- adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir,ia membantu kita untuk bergerakdengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Kaedah 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat
OstematrikKalsium penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthirtis.
credit info: aleesalittlezone & vitaminonlinestore

Hubungi saya, In shaa Allah.. tak rugi : 

1 comment:

sakit lutut said...

Info yg berguna untuk org yg ada sakit sendi. :)