Showing posts with label set sendi/lutut/tulang. Show all posts
Showing posts with label set sendi/lutut/tulang. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Set sendi - repeat order kali ke-2

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. kengkawan, hadiahkan vitamin set sendi untuk ibubapa/ ibubapa mertua kita.


Saya pasti insan-insan tersayang kita ada yang alami sakitlutut, sukar bangun bila duduk, sukar bangun bila solat.



***

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya : 

** Jangan malu & segan yaerrr... nanti anda RUGI.
Saya OK saja. - harga kasih sayang saya tetap utamakan untuk anda.:)

Tuesday, September 29, 2015

Akan tiada Stok - AJHT shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia, 

Korang tau tak? 

Pelanggan yang biasa ambil AJHT, 
jom... pre-order vitamin menyokong sendi kat saya.


Detik 30hb September 2015, penamat order AJHT : vitamin menyokong sendi kita.

Untuk pengetahuan kengkawan, AJHT perlu didaftarkan semula (syarat baru kerajaan Malaysia berubah)

Kemudian tidak akan ada stok sehingga proses pendaftaran selesai.


JANGAN lepaskan peluang ni, jika anda sayangkan sendi anda.

***

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya :



Sunday, September 20, 2015

Sihat sebelum sakit - Shaklee


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia, 

#korangtautak : Cegah dahulu sebelum mudarat kesihatan sendi & tulang kita.


Pilihan di hati anda. "Sihat sebelum sakit".






Saya suka vitamin, 
saya jual vitamin - harga mampu milik, 
saya mahu sihat & ceria bersama anda. 

Hubungi saya :


** Jangan malu & segan yerr... nanti rugi. 

Monday, August 3, 2015

Mak tak pandai promot

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Mak apa khabar, di kampung?
Doakan yang baik-baik saja untuk mak, yer kengkawan.
Mak adalah permata hati kita.

Bertanya khabar di talian, apa sihat... alhamdulillah.
Mak cakap.. sambil sembang-sembang petang, ada makcik depan rumah tanya... : awk nampak kuat & pantas buat kerja... lutut tak sakit ke?... Maka, mak cakaplah... anak dari Kuantan bagi vitamin untuk sihatkan lutut kita ni...
Makcik depan rumah nak tengok... macam nak cuba aje... cakap kat anak tu, saya nak 1 botol..
Hihihiiii... promot lah.. tu, mak ku sayang...

Muahhh... sayang mak dari anakmu pantai timur..

** Jom, hadiahkan vitamin untuk orang yang kita sayang, tiada mereka tiadalah kita di dunia ini.
*** Serta sedekah kan, al-fatihah untuk ibu & bapa kita.

Vitamin kesihatan sendi kita :


Set sendi & tulang :



Tuesday, June 30, 2015

Sempena nak raya - hadiahkan mak..ayah vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Baju raya.. dah beli untuk :

  • diri sendiri,
  • suami,
  • anak-anak,
Mak dan ayah serta mak dan bapa mertua... tidak mahu baju raya, kata mereka adik, kakak dan abang dah belikan serba lengkap.
JADI... apa kata, kita hadiahkan vitamin untuk mak, ayah, mak serta bapa mertua.
Jika rasa macam mahal saja nak beli set... paling murah pun ada...
Vitamin OSTEMATRIX - pil kalsium. 
Orang tua kita ada yang tidak suka minum susu tepung, in shaa Allah... Ostematrix dapat meringankan masalah kesihatan insan yang kita saya. - asbab, dengan izin Allah s.w.t

*** 1 botol 120 biji RM60 termasuk postage / cod.
** Nak murah lagi boleh juga, jom sertai ahli bersama saya.
* Daftar rm85 - order online - dapat Vitalea [percuma lagi].


Tak rugi apa-apa pun... jika insan yang kita saya nak lagi vitamin, terus order online - 2 ke 3 hari waktu bekerja akan sampai ke rumah mereka.
MUDAHkan...

Nak tahu lebih lanjut lagi...
JOM...
Hubungi saya :

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Thursday, April 16, 2015

Tulang Rapuh (Osteoporosis) - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jom.. luangkan masa seketika.

Pengenalan
Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
Tanda dan Gejala
Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan; bagi setengah warga emas kualiti hidup mereka terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.
Sebab-Sebab
Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon oestrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks ( estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari dan,
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk:
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ' Coeliac disease' dan Crohn's disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan)
Diagnosa
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang rapuh lalu menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ' dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan', digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan
Komplikasi
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.
Rawatan
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis:
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
Pencegahan
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah - senaman ’weight bearing’ dan senaman ’resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman  aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi - sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • berhenti merokok -menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.
Kumpulan Sokongan
Persatuan Menopos Malaysia Persatuan Ortopedik Malaysia Persatuan Osteoporosis Malaysia
Semakan Akhir:01 Mei 2012
Penulis:Dr. Hj. Mohd Hatta M.Tarmizi
Penyemak:Dr. Heselynn Hussein

Jangan pandang remeh pasal tulang & sendi kita.


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - mampu milik
saya mahu sihat & ceria nersama anda

Hubungi saya ;


Monday, January 27, 2014

Set Sakit Sendi/Lutut/Tulang Shaklee

Asssalamualaikum w.b.t

Saya nak kongsi, tentang gejala sakit sendi dan lutut d'kalangan kita. Kebanyakan mak ayah kita bila dah berumur selalu sakit sendi/lutut/tulang kan? Sangat sakit bila jalan pun terhenjut-henjut. Pergi klinik ambil suntikan, makan ubat berpanjangan tapi kadang-kadang semuanya hanya mampu bertahan untuk sementara waktu sahaja. Jadi, apa kata kita cuba atau ikhtiarkan cara menggunakan supplement yang menggunakan bahan natural. Tak salah mencuba kan? Lagipun bila dah masuk usia 30-an pun dah start merasa sakit sendi, betul tak? Tak semestinya bila dah menginjak usia 50-an dan ke atas.
Bagaimana mengetahui anda mengalami penyakit sendi/lutut?
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit dan lembut di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami 
keradangan, kaku dan sukar bergerak.


Berikut adalah tanda-tanda Penyakit Osteoarthritis/Sakit Sendi :-

1. Sakit pada sendi yang terlibat.

2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.

3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.

4. Adanya pembesaran tulang sendi.

  
Gambarajah 1

Gambarajah 2


Bagaimana nak hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang ini?
Kaedah biasa yang digunakan untuk menghilangkan sakit lutut dan sendi ini ialah dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Penderita penyakit ini juga boleh menghilangkan rasa sakit dengan melakukan pembedahan tetapi kosnya lebih mahal dan mengambil masa untuk pesakit mudah bergerak semula.
Alternatif untuk hilangkan sakit lutut, sendi dan tulang
Bagi mengelakkan pembedahan mahupun pergantungan kepada ubat demi menghilangkan rasa sakit, mereka yang mengalami sakit lutut, sendi dan tulang ini boleh mengambil nutrien semulajadi sebagai alternatif


Kaedah 1: Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Advanced Joint Health Tablet- memberikan manafaat kepada sendi dalam tiga (3) cara:-
  • menyokong keselesaan sendi
  • memelihara tisu penyambung yang sihat
  • meningkatkan kesan kusyen
Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi
Omega Guard Shaklee- adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan.ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. Omega juga bertindak sebagai pelincir,ia membantu kita untuk bergerakdengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.
Kaedah 3: Mengekalkan sel tulang yang sihat
OstematrikKalsium penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tetapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthirtis.
credit info: aleesalittlezone & vitaminonlinestore

Hubungi saya, In shaa Allah.. tak rugi :