Showing posts with label Vitamin E. Show all posts
Showing posts with label Vitamin E. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Hari terakhir Promo 3 vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak bagi harga istimewa untuk hari ni sahaja.

Vitamin tersebut, lihat paparan saya :

Vitamin untuk kanak-kanak - beli 3 percuma 1, saya bagi harga istimewa jika anda beli 3...
cepat-cepat... 


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya :

Tuesday, June 2, 2015

Promo JUN 2015 - Combo Vitamin E complex & Vitamin C SR

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Cuti sekolah sudah bermula, ibubapa bawa anak-anak ke mana yerrr?
Kami belum rancang mahu ke mana lagi, mungkin bawa anak-anak balik kampung sahaja
untuk bertemu nenek, datuk serta sepupu-sepupu.

Saya mahu kongsi info di sini, promo JUN 2015 : 

  1. Vitalea Kids - chewable multivitamin : BELI 3 DAPAT 4
  2. Vitamin E Complex : BELI 6 DAPAT 7 / BELI 2 potongan 5%
  3. Vitamin C SR : BELI 6 DAPAT 7 / BELI 2 potongan 5%

Lihat paparan saya :



Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
Saya mahu sihat & ceria bersama anda,
Hubungi saya :



Tuesday, December 23, 2014

2 vitamin Gabungan untuk kulit kita - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Apa khabar, kengkawan? Diharapkan sihat & ceria bersama insan-insan tersayang.

Saya nak cerita tentang Gabungan vitamin untuk kulit bersama produk Shaklee.

*** Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit.


Vitamin C SR Shaklee : 1 biji tablet persamaan 7biji oren.
 
Selain Vitamin C SR, saya juga mengambil Vitamin E, B Complex, ESP dan pelbagai lagi vitamin untuk kesihatan dalaman dan luaran.



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Artikel Penuh:  Utusan Melayu

Anda tidak pernah ambil sebarang supplemen/ vitamin ataupun makanan tambahan, jom... dapatkan vitamin produk Shaklee dari saya.

Hubungi saya ;

**Cuba dahulu, pasti berpuas hati & terus nak order lagi &
nak sertai ahli bersama saya bersama rangkaian kumpulan kami.
Mahu jadi pengguna ataupun berbisnes...jom!!...roger-roger saya.:-)

Monday, December 1, 2014

promo Disember 2014 - 2 vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi info bersama kawan-kawan, promo harga runtuh 2 vitamin...

1.  Vitamin C SR : 

  • beli 6 percuma 1
  • beli 2 DAPAT potongan 5%
2. Vitamin E Complex :


  • beli 6 percuma 1
  • beli 2 DAPAT potongan 5%
Bestkan.... 

Wednesday, June 18, 2014

Masalah Jerawat

Jerawat merupakan penyakit kulit yang paling biasa di kalangan golongan muda dan ia biasanya bermula apabila baligh. Tapak pertumbuhan jerawat ialah di muka, belakang badan dan dada. Ia disebabkan oleh perubahan hormon seks. Jerawat biasanya hilang bila dewasa. Jerawat boleh diminimakan dan parutnya boleh dikurangkan dengan penjagaan kulit yang rapi.
Jerawat melibatkan kelenjar sekresi minyak (kelenjar sebum), liang roma dan bahagian hujung folikel rambut. Terdapat penyumbatan pada folikel rambut dan kelenjar sebum oleh sebum (minyak). Bakteria pada penyumbatan itu membiak dan menghasilkan nanah pada jerawat. Bila penyumbatan sebum itu terdapat dibawah kulit, ia dikenali sebagai bintik putih, dan apabila ia mencapai permukaan kulit, ia menjadi gelap dan dikenali sebagai bintik hitam.


  • Peningkatan penghasilan hormon lelaki (androgen). Aras hormon ini meningkat pada kedua-dua lelaki dan perempuan semasa baligh.
  • Turun -temurun
  • Stres
  • Alam sekeliling - bekerja di tempat yang berminyak
  • Ubat-ubat tertentu, contohnya kortikosteroid
  • Makanan - Walaupun tiada bukti yang jelas yang mengatakan bahawa coklat dan makanan-makanan yang lain boleh menyebabkan jerawat, sesetengah orang mendapati bahawa makanan-makanan tertentu boleh mengakibatkan jerawat. 
*Elakkan makanan yang anda dapati boleh menyebabkan jerawat.

Peranan Anda :

  • Basuh muka and dengan sabun jenis mudah sekurang-kuranya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur.
  • Jangan memicit, menyubit atau mencakar jerawat pada kulit anda.
  • Basuh rambut anda lebih kerap.
  • Gunakan krim anti jerawat  yang menghalang liang dari tersumbat.
  • Jika anda menggunakan kosmetik, gunakan yang berasaskan air dan bukannya yang berasaskan minyak.
  • Jika jerawat terdapat pada bahagian belakang badan atau dada, gunakan pakaian yang ringan dan tidak ketat.
  • Bersenam selalu.
  • Elakkkan stres sebaik yang mungkin.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang dengan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan penggunaan minyak rambut.
  • Basuh tangan anda dengan kerap dan elak menyentuh muka tanpa sebab.
  • Runding dengan seorang doktor jika jerawat tidak menghilang. Jika anda diprekskripsi dengan sebarang ubat, ikut arahan doktor atau pegawai farmasi anda dengan ketat.

Peranan Doktor Anda :
  • Mensyorkan ubat anti jerawat yang bersesuaian.
  • Mempreskripsi antibiotik, jika didapati perlu.
  • Mempreskripsi tablet Vitamin B kompleks.
  • Mengelakkan pemarutan, jika boleh.
  • Mengelakkan timbulnya jerawat-jerawat yang baru
  • Merawat kelemumur pada kulit kepala.

Untuk mengelak dari terjadinya parut, jerawat tidak harus disentuh atau dipicit. Kulit haruslah dipelihara supaya sentiasa bersih, senam selalu dan rehat secukupnya.

Vitamin E Shaklee boleh mengatasi masalah Jerawat anda. Ia mengandungi ekstrak biji anggur (grape seed extract), selenium & vitamin E semulajadi yg boleh membantu mengatasi masalah jerawat, menghilangkan parut jerawat, menghilangkan kedutan dan menjadikan wajah awet muda berbanding usia sebenar anda.



**Cuba dahulu baru tahu, 1 botol 120 biji, 1 hari 1 biji untuk 3 bulan.
Nak ke?? Hubungi saya: 

Sunday, September 22, 2013

Vitamin E Shaklee


Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].



Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Ingin mengamalkan untuk supplemen harian anda. Hubungi saya ;
Email: yus2314@yahoo.com
Facebook: Yusla Mahat [pm saya ye]
WA/ SMS : 012-6855282