Showing posts with label Vitamin C Susastained Released 500mg. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C Susastained Released 500mg. Show all posts

Monday, July 27, 2015

Jangan bakar DUIT anda

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Jangan bakar DUIT anda!!... apa tu???






Vitamin untuk memberhentikan ketagihan ROKOK anda :


 Vitamin C SR - Paling bajet bawah RM100


Vitamin paling HOT - 2botol terus jadi AHLI - percuma tanpa pembayaran pendaftaran.


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya : 

** Jangan malu & segan yerrr... nanti rugi.

Sunday, July 12, 2015

KESIHATAN ADALAH LEBIH PENTING DARI WANG RINGGIT.. FIKIR-FIKIRKANLAH

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Kengkawan, jom.. luangkan masa seketika :

Kita seringkali salah faham akan perbezaan di antara kekurangan khasiat dan sakit sebenar dalam diri kita. Masalah berikut adalah tanda-tanda biasa disebabkan oleh pemakanan dan cara hidup yang kurang baik sperti merokok, minum minuman keras dan kurang senaman.

Masalah yang mungkin ada pada anda ialah :

  1. Kurang tenaga / letih / lesu / penat
  2. Berat badan berlebihan atau berkurangan
  3. Selalu pening / sakit kepala (lebih 3 kali setahun)
  4. Gusi berdarah
  5. Mudah bercalar / lebam
  6. Penghadaman yang tidak baik (Ulser perut)
  7. Sukar untuk bangun tidur
  8. Mengantuk
  9. Keinginan yang tinggi terhadap makanan manis
  10. Gugup / Gementar / Sedih
  11. Kekeringan mata
  12. Selalu menggunakan pil penahan sakit
  13. Selsema
  14. Nafas berbau
  15. Kebas tangan / kaki (simpul biawak)
  16. Kekejangan kaki
  17. Bahu / Lengan yang kaku (tidak mudah digerakkan)
  18. Sakit / Sengal badan
  19. Kuku pecah 
  20. Sembelit
  21. Rambut gugur
  22. Pemakanan yang tinggi kandungan lemak
Jika anda mempunyai masalah dari 1 - 14 makanan tambahan yang kami syorkan adalah seperti di bawah :

PRODUK /HARGA
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
JUMLAH I SET IALAH RM 297.40 
Cara pengambilan :

1. WAKTU PAGI - 2 SUDU BESAR INSTANT PROTEIN DIBANCUH DENGAN 8 OZ SUSU SEGAR RENDAH LEMAK, AIR ATAU JUS BUAH-BUAHAN

2. AMBIL 1 ATAU 2 BIJI VITA-C, VITA-LEA DAN B-COMPLEX SELEPAS MAKAN TENGAHARI ATAU MALAM

3. JANGAN MINUM CECAIR (SEPERTI SIRAP, KOPI, TEH DLL) SEMASA MAKAN. MINUM BANYAK AIR KOSONG ANTARA WAKTU MAKAN. TAMBAHKAN SEHINGGA 2 KALI GANDA PENGAMBILAN MAKANAN SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR DALAM SEHARI. KURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERASASKAN HAIWAN

4. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA, MINUMAN DALAM TIN DAN BAHAN PERISA MAKANAN

5. KEKALKAN PROGRAM SENAMAN DAN REHAT YANG MENCUKUPI UNTUK TAHAP KESIHATAN YANG OPTIMA 
Jika anda mempunyai masalah 1-14 dan masalah di antara 15 hingga 19. Produk yang kami syorkan adalah : 

PRODUK /HARGA 
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
CALSIUM MAGNESIUM = RM 50.50
ALFAFA = RM 50.50
JUMLAH I SET IALAH RM 397.40


Jika anda mempunyai masalah 1-14 dan 19, produk yang kami syorkan adalah : 

PRODUK /HARGA
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
HERB-LAX = RM 46
JUMLAH I SET IALAH RM 343.40 
Jika anda mempunyai masalah 1-14 dan 20, produk yang kami syorkan adalah : 

PRODUK /HARGA 
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
LECITHIN = RM 45
JUMLAH I SET IALAH RM 342.40 
Jika anda mempunyai masalah 1-14 dan 21, produk yang kami syorkan adalah : 

PRODUK /HARGA 
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
ZINK= RM 30.50
JUMLAH I SET IALAH RM 327.90 
Jika anda mempunyai masalah 1-14 dan 22, produk yang kami syorkan adalah : 

PRODUK /HARGA
VITA LEA = RM 84.90
VITAMIN C = RM 88.00
B-COMPLEX = RM 50.50
SOY PROTEIN = RM 74.00
LECITHIN = RM 45
JUMLAH I SET IALAH RM 342.40 



  • Jika order 1 set - postage RM10 sahaja, 
  • Jika order 1 vitamin  - postage RM7
Pilihan di tangan anda, saya suka bantu apa yang saya tahu & amalkan.

Mahukan harga lagi MURAH, jom... sertai ahli bersama saya. Bulan JULAI hingga OKTOBER 2015, ada istimewa menanti anda. Bukan saya beri pihak Shaklee dengan berbesar hati memberi secara percuma multivitamin - VITALEA yang berharga RM84.90 
Dulu, rezeki ahli baru - dulu semasa saya sertai ahli tidak dapat apa-apa pun secara percuma.
Huhuhuu...:-)

** Tidak mahu sertai ahli pun tidak mengapa... hubungi saya, jika mahu order K. Saya bagi harga yang berpatutan - tidak mahal & tidak murah yang sedang-sedang saja...:-)

# vitamin anda & keluarga,
# vitamin anak pun ada juga
# set penjagaan kulit
# set penjagaan dalam rumah
## semua ada, yang penting klik-klik WA/ SMS saya K.

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya :

Tuesday, June 30, 2015

Hari terakhir Promo 3 vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak bagi harga istimewa untuk hari ni sahaja.

Vitamin tersebut, lihat paparan saya :

Vitamin untuk kanak-kanak - beli 3 percuma 1, saya bagi harga istimewa jika anda beli 3...
cepat-cepat... 


Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.
Hubungi saya :

Tuesday, June 2, 2015

Promo JUN 2015 - Combo Vitamin E complex & Vitamin C SR

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Cuti sekolah sudah bermula, ibubapa bawa anak-anak ke mana yerrr?
Kami belum rancang mahu ke mana lagi, mungkin bawa anak-anak balik kampung sahaja
untuk bertemu nenek, datuk serta sepupu-sepupu.

Saya mahu kongsi info di sini, promo JUN 2015 : 

  1. Vitalea Kids - chewable multivitamin : BELI 3 DAPAT 4
  2. Vitamin E Complex : BELI 6 DAPAT 7 / BELI 2 potongan 5%
  3. Vitamin C SR : BELI 6 DAPAT 7 / BELI 2 potongan 5%

Lihat paparan saya :



Saya suka vitamin,
saya jual vitamin - harga mampu milik
Saya mahu sihat & ceria bersama anda,
Hubungi saya :



Tuesday, March 31, 2015

Jerawat!!!.... - shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
Muka anda berjerawat?? Tak kiralah jerawat batu ke.. jerawat kecil-kecil tu ke.. jerawat laa.. namanya. Kesan jerawat pun susah nak hilang juga.




** Cegah jerawat :

  • Minum air yang banyak,
  • Makanan kandungan yang tinggi - Vitamin C dan bawang putih (garlic)
  • Rehat secukupnya.


Jom.. dapatkan vitamin di bawah dari saya. Siap ada cara pengambilan
Yang penting konsisten




Ingat!!!... vitamin bukan ubat untuk merawat/ mencegah tapi yang pasti boleh mengurangkan masalah anda. In shaa Allah..

Saya suka vitamin,
saya jual vitamin,
saya mahu sihat & ceria bersama anda.

Hubungi saya ;

Jangan malu & segan dengan saya yerr... saya OK saja.

Tuesday, December 23, 2014

2 vitamin Gabungan untuk kulit kita - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Apa khabar, kengkawan? Diharapkan sihat & ceria bersama insan-insan tersayang.

Saya nak cerita tentang Gabungan vitamin untuk kulit bersama produk Shaklee.

*** Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit.


Vitamin C SR Shaklee : 1 biji tablet persamaan 7biji oren.
 
Selain Vitamin C SR, saya juga mengambil Vitamin E, B Complex, ESP dan pelbagai lagi vitamin untuk kesihatan dalaman dan luaran.



Tidak dapat dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh, termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink. Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.
Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.

Bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah. Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau mereka yang sihat.
Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan vitamin E, termasuklah:
"Vitamin E perlu untuk mengekalkan kesihatan dan kekuatan jantung, dinding kapilari yang sihat.

"Sebagai anti oksida larut lemak, ia menjaga tisu-tisu pelindung berlemak yang mengelilingi organ-organ utama dan mencegah penyakit degeneratif.
"Ia mengandungi bahan anti penuaan yang membantu merangsang kulit yang lembap dan lembut dengan menguatkan lapisan pelindung kulit.
Selain vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.
Beta karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan hati agar berfungsi secara optimum.
Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink. Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak melalui kelenjar minyak.
Gabungan vitamin dan nutrien antioksida ini sesuai untuk mereka yang ingin memperolehi kulit sihat, tinggal dalam persekitaran tercemar dan pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari atau radiasi UV. Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga akan memperolehi manfaat dengan amalan pengambilan formulasi ini. Gabungan beta karoten, vitamin C, E, zink dan selenium yang turut ditambah dengan kumpulan vitamin B seperti vitamin B1, B5 dan B6 bermanfaat untuk melengkapkan tindakan sinergistik anti oksida untuk membantu tubuh melawan radikal bebas.

Artikel Penuh:  Utusan Melayu

Anda tidak pernah ambil sebarang supplemen/ vitamin ataupun makanan tambahan, jom... dapatkan vitamin produk Shaklee dari saya.

Hubungi saya ;

**Cuba dahulu, pasti berpuas hati & terus nak order lagi &
nak sertai ahli bersama saya bersama rangkaian kumpulan kami.
Mahu jadi pengguna ataupun berbisnes...jom!!...roger-roger saya.:-)

Monday, December 1, 2014

promo Disember 2014 - 2 vitamin Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Nak kongsi info bersama kawan-kawan, promo harga runtuh 2 vitamin...

1.  Vitamin C SR : 

  • beli 6 percuma 1
  • beli 2 DAPAT potongan 5%
2. Vitamin E Complex :


  • beli 6 percuma 1
  • beli 2 DAPAT potongan 5%
Bestkan.... 

Saturday, November 1, 2014

Selsema - Vitamin C SR & Chewable Vita-C Shaklee

Selsema akan membuatkan kita berasa kurang selesa. Kekadang tu bermacam ubat hospital yang ditelan namun penyakit selsema makin berpanjangan. Ada baiknya dicuba beberapa petua selsema ini:-
Untuk yang dewasa, boleh dicuba cara ini.

Petua #1: Ambil beberapa batang daun sirih dan lap hingga bersih. Tumbuk atau hancurkan batang-batang sirih tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapukan lendir tersebut ke hidung dan sekitarnya.
Cecair lendir akan melegakan selsema dan melancarkan semula pernafasan kerana hidung yang tersumbat akibat selsema. Cuba amalkan beberapa kali, insya-Allah selsema akan sembuh.
Petua #2: Ambil sebiji limau nipis. Perah airnya ke dalam bancuhan teh suam kosong tanpa gula atau susu. Kacau dan minum air campuran tersebut.
================================================
Petua selsema berikut lebih bersesuaian untuk bayi dan kanak-kanak.
================================================
Petua @1:
Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya. Asah kunyit tadi pada sesuatu – lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu, menurut petua tradisional melayu.
Sapukan hasil asahan tadi ke batang hidung bayi. Waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti lepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur.
Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat. Dengan cara ini, bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan halia tadi. Cuba amalkan selama beberapa hari, insya-Allah selsema akan sembuh sepenuhnya.
Petua @2:
Sediakan 3 helai daun sirih. Sediakan juga sebiji limau nipis. Belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan. Campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika. Sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak-kanak yang terkena selsema.
Bagi mereka yang sering terkena selsema pula, cuba amalkan petua elak selsema ini:
1. Mandi dengan air suam pada sebelah petang. Air sejuk akan menjejaskan kesihatan badan.
2. Amalkan minum air halia, seminggu sekali.
3. Bersihkan hidung setiap kali mandi. Caranya masukkan air ke dalam hidung. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan kemudian hembuskan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali anda mandi.
Dengan izin Allah, penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak kerap seperti dulu.


Kita berusaha untuk sihat & ceria bersama insan-insan tersayang, apa cuba petua di atas serta makan vitamin seperti di bawah :

Untuk 12 tahun ke atas :


Untuk anak 2 tahun hingga ke 12 tahun :




**Mahukan vitamin Shaklee, hubungi saya :

Wednesday, October 29, 2014

Resdung/ Alahan - Shaklee

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

RESDUNG???.... Macam-macam ubat sudah makan & ubatinya samada cara Moden ataupun tradisional.. hilang datang kembali... RESDUNG ku...:(



Istilah Perubatan Tradisional - Ia merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan menimbulkan ketidakselesaan.

Istilah Saintifik - Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.
Dianggarkan hampir 25% penduduk negara ini mengalami penyakit resdung yang serius. Diantara tanda-tanda resdung ialah gatal-gatal, hidung berhigus atau tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. Penyakit resdung juga dikenali 'sinusitis'. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya. Untuk kanak-kanak, ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. Akhirnya boleh menyebabkan buta. Manakala untuk orang  dewasa, ia boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. Ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

**Jangan terlalu abaikan pasal RESDUNG... akan membawa MAUT pada diri anda.**

Jom.. dapatkan makanan tambahan dari saya, amalkan secara konsisten.. supplemen/ vitamin bukannya makan terus hilang RESDUNG anda. In shaa Allah...akan berkurangan sedikit demi sedikit...

**Jangan malu & segan yee... dengan saya**

In shaa Allah... akan saya kongsi info tentang  'sinusitis' 

Tuesday, June 24, 2014

HB rendah & selalu letih - Shaklee

Assalamualaikum...

HB bimbang terlalu rendah semasa mengandung?
Untuk memperbaiki dan meningkatkan HB anda lagi?
Puasa bimbang tidak dapat melakukannya dengan betul?
Tidak bertenaga & sentiasa lemah?

Bukan hanya untuk kamu mengandung ... sesiapa yang ada 
masalah Hb rendah boleh cuba mengambil Shaklee sama ada
semasa berpuasa atau tidak.

Jadi di sini vitamin Shaklee yang saya cadangkan kepada mereka
yang selalu letih dan rendah HB adalah ESP Shaklee, VITALEA
& VITAMIN C 500mg.



Mari kita lihat kelebihan vitalea, ESP dan Shaklee vitamin C;

❤ ️ VITALEA - tenaga, kecergasan badan dan kekuatan mental. 
Mengandungi zat besi yang penting untuk membawa oksigen
yang mencukupi kepada sel-sel darah.  

❤ ️ VITAMIN C - membina sel darah merah untuk penyerapan
zat besi adalah lebih baik, membantu sel-sel darah putih 
melawan bakteria dan kuman dan menguatkan sistem imun.  

❤ ️ ESP - membekalkan tenaga segera dan meningkatkan
sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah
migrain, insomnia dan tekanan.  

InsyaAllah, anda akan mempunyai lebih banyak tenaga dan 
pasti sihat selepas mengambil Shaklee.

Apa-apa soalan?, hubungi saya ;


Thursday, June 19, 2014

Sakit Tekak



Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,

Di pagi Khamis, saya nak kongsi info tentang sakit tekak. Cuaca sekarang tidak menentu. Jika cuaca panas...panas terik, hujan..hujan lebat.
Lebihkan minum air untuk mengelakkan sakit tekak.

Pengenalan
Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk. Lazimnya ia juga merupakan penyebab kita berjumpa doktor dan dikenali sebagai demam selesema di kalangan orang ramai.
Sakit tekak adalah indikasi yang kerap kepada preskripsi antibiotik dalam masyarakat, memberi kesan kepada kos penjagaan kesihatan yang penting dan boleh menjurus kepada peningkatan daya tahan antimicrobial dengan sebaran luas dan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai.
Pada tahun 1984, kajian yang berasaskan hospital telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Kota Bharu dan Hospital Ipoh, Jangkitan Saluran Pernasafan Akut (ARIs) adalah penyebab kepada 44.1% kemasukkan pesakit paediatrik . Tanpa diragui, URTI adalah alasan yang paling biasa untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta dan klinik pesakit luar di hospital.
Agen Penyebab
Virus merupakan penyebab yang biasa kepada masalah sakit tekak jika dibandingkan dengan patogen bakteria.
Kumpulan A Streptococci adalah bakteria yang paling biasa penyebab kepada jangkitan pada saluran tekak yang akut, kira-kira 15%-30% kes di kalangan kanak-kanak. Ia merupakan satu-satunya bentuk jangkitan tekak yang biasa di mana rawatan antibiotik diperlukan.
Tanda dan Gejala
Gejala-gelaja demam biasanya timbul pada 1 hingga 3 hari selepas terdedah kepada virus demam selsema. Tanda dan gejala demam selesema termasuklah:
  • Hingus meleleh
  • Gatal dan sakit tekak
  • Batuk
  • Rasa sesak
  • Sakit-sakit badan atau sakit kepala ringan
  • Kerap bersin
  • Mata berair.
  • Demam dengan suhu tidak terlalu tinggi
  • Kepenatan
Sakit tekak yang disebabkan oleh jangkitan bakteria, tanda dan gelaja adalah seperti berikut:
  • Gejala di kalangan kanak-kanak atau orang dewasa biasanya demam panas dan toksik (sakit yang lebih teruk)
Gejala
Sakit tekak secara tiba-tiba, rasa sakit semasa menelan makanan, demam, sakit kepala, sakit di bahagian abdomen, loya dan muntah.
Tanda
Tidak semua pesakit memperolehi sindrom yang teruk secara keseluruhan dan dalam banyak kes, sindrom adalah ringan dan tidak ketara. Kemerahan dan cairan pada rongga mulut dan bintikan pada lelangit (petechiae), bengkak kemerahan pada uvula, bengkak dan keras pada anterior nodus cervical dan ruam.
Komplikasi
Kebanyakan sakit tekak tidak membawa apa-apa komplikasi.
Komplikasi akibat Kumpulan A Streptococcal pada jangkitan farinks termasuklah sama ada bernanah dan tidak bernanah.
Komplikasi bernanah adalah nanah pada peritonsillar (PTA) dan nanah pada retropharyngeal (RPA). Nanah pada peritonsillar adalah komplikasi yang paling biasa dalam kes jangkitan tonsil akut. Kira-kira 15-36% pesakit yang mengalami PTA adalah mereka yang pernah mengalami jangkitan oropharyngeal.
Komplikasi tanpa nanah pula termasuklan demam sakit-sakit sengal tulang akut, masalah ginjal (buah pinggang akut) dan arthritis yang reaktif. Komplikasi tanpa nanah yang paling penting ialah demam reumatik akut yang berlaku lebih kurang 3 minggu selepas streptococcal pharyngitis.
Rawatan
Perawatan sakit tekak termasuklah:
Rawatan berdasarkan gejala.
Virus merupakan agen penyebab utama dalam kes sakit tekak. Rawatan yang dibuat mengikut gejala adalah sudah memadai.
  1. Rawatan umum termasuklah mengekalkan pengambilan cecair (minum air) dan kumur dengan air suam.
  2. Pengambilan Paracetamol adalah efektif dan selamat selamat segi analgesic dan antipyretic. Ia merupakan pilihan ubat untuk analgesia dalam sakit tekak. Pengambilan aspirin tidak digalakkan untuk kegunaan umum terutamanya untuk kanak-kanak kerana berisiko untuk sindrom Reye's.
  3. Agen Anti-Inflammatory Bukan Steriod (NSAIDs) Ibuprofen (NSAID) telah meningkat penggunaannya sekarang untuk rawatan kesakitan dan demam di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami sakit tekak.
  4. Lozenges (ubat kemam) untuk tekak dan ubat kumur kerap digunakan, dan ianya boleh membantu meredakan sakit tekak dan melegakan rasa ketidakselesaan tekak.
Terapi Antibiotik :
Hanya sedikit peratusan sakit tekak disebabkan oleh bacteria (kumpulan A Streptococci) yang menyebabkan demam reumatik akut. Penggunaan antibiotik mengurangkan kejadian komplikasi dengan nanah dan dengan bukan nanah akibat sakit tekak. Oleh itu, bagi pesakit yang mengalami pharyngitis akut, keputusan klinikal yang biasanya perlu dilakukan adalah sama ada pharyngitis adalah berkaitan dengan Kumpulan A Streptococci.
Pesakit yang mengalami streptococcal pharyngitis akut perlu menerima terapi seperti penicillin dan penicillin semi sintetik, ampicillin dan amoxicillin. Penggunaan Erythromycin adalah sesuai digunakan sebagai alternatif untuk pesakit yang alah kepada penicillin.
Rawatan Pembedahan, termasuk Tonsillectomy
Episod kejadian sakit tekak yang berulang di kalangan kanak-kanak dengan gejala halangan seperti berdengkur mungkin memerlukan Tonsillectomy selepas mendapat rundingan pakar ENT.
Dalam kes penanahan peritonsillar atau quinsy, tanda-tanda yang memerlukan tonsillectomy adalah apabila nanah gagal menunjukkan tindakbalas kepada antibiotik yang sesuai bersama-sama dengan ‘incision’ dan ‘drainage’. Tonsillectomy juga perlu dilakukan apabila pesakit mempunyai quinsy dan mempunyai sejarah jangkitan tonsil yang berulang.
Semakan Akhir:22 April 2008
Penulis:Dr. A. Khalek Abd. Rahman
 Suplemen Shaklee Untuk Rawatan Tonsil
  • Vitamin C
  • Nutriferon (immune booster Shaklee)

Mahukan supplemen di atas, hubungi saya ;

Sunday, November 10, 2013

VITA C 500MG

Sustained Release Vita C 500 mg dari Shaklee merupakan sumber Vitamin C semulajadi yang boleh membekalkan Vitamin C selama berjam-jam. Satu tablet mengandungi Vitamin C yang bersamaan dengan 7.5 biji oren dan boleh membekalkan Vitamin C berterusan selama 5 jam.


Vitamin C yang juga kenali sebagai ascorbic acid sering dikaitkan dengan fungsinya untuk mencantikkan kulit. Ia bertindak melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat. Bagaimanapun Vitamin C bukan sahaja bertindak untuk kesihatan kulit, malah merupakan anti-oksidan yang berkuasa dan membantu memerangi kanser. Berikut adalah fungsi utama Vitamin C yang seharusnya kita ketahui.

Membentuk Kolagen – Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang. Vitamin C merangsang pembentukan kolagen, sekaligus mempertingkatkan kedut dan menegangkan otot.
Meningkatkan Sistem Imun – Membina sel darah merah dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman serta mengukuhkan sistem imun. Ia juga mengurangkan simptom selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan – Mengelakkan masalah gusi berdarah, kulit kering, ruam dan kasar, serta pemulihan kecederaan yang lambat.
Memerangi Kanser – Merangsang pengeluaran T-cells untuk memerangi sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita, serta memusnahkan radikal bebas yang boleh memusnahkan sel-sel tubuh kita.
Mencantikkan kulit – Melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan jeragat.
Mengekalkan Kolestrol Sihat – Vitamin C berupaya untuk mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga menghalang pendarahan dalaman.